Google Translator

Friday, October 29, 2010

Lagi tentang musim luruh

Berjalan kaki ke sekolah pagi ni, saya sempat snap beberapa gambar pokok-pokok yang berdaun kekuningan. Jakun ke? Hehehe... Walaupun dah banyak kali melalui musim luruh, masih lagi rasa teruja melihat daun bertukar warna. 
 
Jam 9:30a.m., nampak macam jam 7a.m kan? Ini salah satu padang yang harus direntasi semasa pergi ke universiti & pulang ke rumah. Oh! Burung-burung putih tu antara pentunjuk tibanya musim luruh & musim sejuk.

Semasa di US dulu, musim luruh digelar Fall tetapi di UK ini disebut Autumn. Padahal keadaannya sama saja. Cuma di US dulu, saya tak begitu dapat menikmati pemandangan daun-daun kuning sebab negeri tempat saya duduk tu cuacanya agak sederhana. Jadinya fasa daun bertukar warna tu seolah-olah sekelip mata. Sedar-sedar daun hijau dah jadi warna coklat.


Pokok besar di depan bangunan Chemical Engineering School. Tiba musim bunga, pokok ni mengeluarkan rimbunan bunga putih yg comel sangat.

Oh! Ini bukan haunted building atau bangunan yang ditinggalkan. Ini ialah bangunan sains Newcastle University.
 Satu perkara yang sangat sinonim dengan musim luruh ialah tiupan angin yang sangat kuat. Kuat sampai rasa bagai nak melayang. Bunyi angin yang kuat itu masih boleh didengari walaupun kita berada di dalam bangunan. Eeuuuooooo....Eeeeuuuuuoooo... Haa... Macam tulah bunyi angin yang kuat tu.

2 comments:

Anonymous said...

salam madam,
lama saya x komen dlm blog ni wlwpun saya slalu visit...
lawanya la kat sana...teringin nak g gak la...
hows life madam.
mine is so depressing..
tension ngan keje nih...later kita chat2 la ye...
tc mdm...sampai kan salam pada husben madam...
=)) - x0x0fixa

NenetPenne (NP) said...

how i wish i could be there... hiding from him...