Google Translator

Friday, June 24, 2011

Hello Girl!

Semasa scan untuk minggu yang ke-20 pada 5/4/2011 hari tu, kami diberitahu kami akan dapat bayi perempuan, Insya-Allah. Kami tak kisah pun lelaki atau perempuan, yang penting sihat. Sebelum mengandung lagi saya dah prepare satu nama untuk anak lelaki dan satu nama untuk anak perempuan. Advancekan? Tentunya cadangan datang dari saya, suami tinggal cakap setuju atau tidak :)

Sejak dah tahu jantina bayi dalam kandungan ni, kami dah mula memanggil dia dengan namanya, Auni. Pertama kali saya jumpa nama Auni ialah ketika membaca novel Biru Ungu Cinta karya Noor Suraya kira-kira 8 tahun yang lalu. Bukan nama heroin pun, sekadar nama adik heroin yang masih bayi. Tapi masa tu saya tak terfikir pun nak ambil nama tu untuk dijadikan nama anak. Kemudian bila saya dah berkahwin dengan suami dan berfikir-fikir tentang nama anak, saya teringat tentang nama Auni. Sesuai awalan nama berhuruf A itu dengan huruf awal nama suami saya. Kemudian saya cari maksudnya. Auni yang membawa makna ketenangan dan ketetapanku sangat memikat hati saya :X Bunyinya pun indah. Suami pun setuju.

Insya-Allah nama anak kami kekal sebagai Auni. Tak ada nama panjang atau nama pendek. Tak taulah saya kalau masih ada yang ingin memendekkan nama Auni menjadi Oni atau Nini. Saya khabarkan pada suami, nanti saya akan ajar Auni supaya jangan menyahut kalau orang tak memanggil namanya dengan betul. Huhuhu... Ganas sungguh ibu Auni ni :P

Jujurnya saya suka nama yang ringkas dan mempunyai maksud yang baik. No offense pada orang yang sukakan nama yang panjang cuma pengalaman saya selalu tak cukup kotak sewaktu mengisi borang membuatkan saya lebih suka nama yang ringkas. Padahal nama saya pun bukanlah panjang berjela. Semoga saya tak berubah fikiran tentang perihal menamakan anak ni.

8 comments:

Unknown said...

me likey! :D
ju pun suka nama pendek2 & ada makna. sampai lani lenguh tangan bila isi borang. sudahnya pandai2 sendiri singkatkan :p

Cik Specky said...

Mdm, sebaik-baiknya macam tu la. Biar nama pendek tapi ada makna. At least bila kita panggil nama, i.e Auni dengan pronunciation yg betul kita dah mendoakan dia mengikut sifat nama tersebut.

Macam saya, I don't mind orang call me Una, terbiasa since matrik bila kawan saya start panggil camtu..katanya husna tu pjg sgt..saya tak kisah pun. Tapi, bila orang panggil saya dengan nama penuh,Husna, I really feel something. Seolah-olah sampai kat hati. Hehe~

knv said...

hhahahaha pasal itulah wujudnya aimie, aisyah dan arina.

akmal faris takleh tolong pasal aku nak faris ayah aku suruh letak akmal. hihihihihi!

ok je auni tu. short and sweet. yang penting makna kebabom! :D

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

sedap nama tuh kak...
anak sedara saya yg ke2 nama Nur Zara Saffiya..

Dilla said...

Ju:
saya suka nama Nuha anak Ju tu. Tapi sebab start huruf N kan, tak jadi nak amik. Tu pun saya jumpa dalam novel Noor Suraya gak. I suggest you buy her novels for Insyirah when she is old enough to read love story because Noor Suraya's love stories are different from mainstream love stories. (Cinta dalam iman gitu) :)

Una:
Saya nak start panggil awak Husna la. Una tu comel bunyinya tapi takde maksud kan?

KNV:
kaaann... aku suka gak nama aisyah tu. next kot kalau ada rezeki. hehehe... eh! org nama faris ni selalunya bijak Ana. Macam bos aku :)

LIBL:
Oh! Saya suka nama zarra & saffiya tu, lembut je bunyi dia.

tasha said...

ngehehe..kak dilla..auni sama cam nama cousin umar..anak si diyana, adik si acap tu la...ekeke...

nway, umar can pronounce auni correctly, much better that auni can pronounce her own name pun..tapi kdg2 ikut mood dia, dia akan panggil aoni...huhu..but, dia x geng dgn auni nie..hopefully dgn auni binti amran nnt, dia leh geng!

tasha said...

owh lagi satu kan kak..tasha n acap mmg prefer nama pendek jgk..kalo x, nama umar is umar jer..tapi biasa la, org tu interfere, org nie interfere, jadi berjela2 pulak..tapi kami tetap panggil dia umar jer..even though "org2 lain" tu berusaha jgk nk panggil dia dgn nama lain tu, tapi x lekat pun..huahuahua...

erk..aisyah for the next one?? nnt sama dgn nama adik umar la kalo gitu, insyaAllah >_<

wardah said...

weeeeeeeeee.
sama lah ngan nama my first daughter itu. just auni.
situasi kita almost similar. bersalin kat UK nun. so decided to keep it simple. senang sket dokter mat/minah saleh nak menyebutnya. as my name is a bit problematic for them to pronounce :D