Google Translator

Monday, May 23, 2011

Week 26 & 27

Dalam post terdahulu saya ada sebut, di UK ni wanita mengandung hanya discan 2 kali. Itu bukan bermakna wanita mengandung hanya 2 kali jumpa doktor. Tidak. Kat sini perkembangan wanita mengandung diselia oleh bidan (midwife). Jumpa bidan pun sekejap je. Sebelum jumpa, saya selalunya dah siapkan sample air kencing untuk diperiksa jadi tak payah susah-susah nak buang air di klinik. Kemudian bidan akan amik bacaan tekanan darah. Selepas tu bidan akan periksa 'perkembangan' perut dan denyutan jantung bayi. Itu saja. Berat badan memang takdenya diambil melainkan saya yang minta nak ditimbang. Tak sempat lagi nak timbang berat badan ni. Tapi rasanya berat saya tak naik banyak perut je yang semakin besar.

Bidan yang saya jumpa tu memanglah baik tapi saya selalu tak puas hati dengan dia. Sebabnya bila saya mengadu sakit tang situ, sakit tang sini, jawapan dia mesti, "We'll see in another XX weeks." (XX merujuk pada appointment yang seterusnya). Saya taulah dia dah menjadi bidan mungkin berpuluh tahun tapi tolonglah faham saya yang baru kali pertama mengandung ni. Kadang-kadang tu risau tau. Last resort, saya buat appointment lain untuk jumpa doktor. Barulah lega sikit perasaan risau tu sebab doktor selalunya akan bagi penerangan dan kadang-kadang bagi prescription untuk ubat juga.

Minggu ni Alhamdulillah kandungan saya dah masuk 27 minggu. Sekejap je dah nak habis 2nd trimester ni. Bila diingat-ingat semula, macam manalah saya mengharungi 1st trimester dulu. Rasa macam ajaib pun ada bila teringat keadaan saya yang tak berdaya, tak ada selera nak makan, asyik nak baring je, dan macam-macam lagilah. Tapi ada beberapa keadaan yang tak berubah walaupun kandungan dah masuk 2nd trimester ni.

Saya masih tak tahan bau detergent & softener yang kita guna untuk basuh baju kotor. Jadi setiap kali basuh baju saya terpaksa buat bilasan tambahan. Nasib baiklah mesin basuh tu sungguh patuh arahan. Masalah angin yang menyelinap masuk dalam badan pun masih tak berkurang. Saya makan atau tak makan, keadaannya sama je. Angin jahat tu akan suka-suka hati dia je masuk dalam badan saya. Cuma satu yang best, sekarang saya dah boleh sendawa & kentut. Semasa 1st trimester dulu nak kentut pun susah. Saya tak bermaksud nak cakap tak senonoh ye, tapi itulah hakikat yang terpaksa dilalui oleh sesetengah wanita mengandung yang mengalami masalah angin satu badan ni.

Minggu lepas, iaitu minggu 26, bayi kami semakin aktif bergerak. Kalau sebelum ni dia bergerak saya terasa seperi angin bayu menyapa perut; sekarang rasa macam digeletek dengan kuat gitu. Seronok sangat bila bayi ni bertindakbalas bila kita bercakap dengan dia. Saya tak tau sama ada saya yang perasan atau perkara ini memang hakikat, ada 2-3 kali saya panggil bayi kami dengan namanya, dari keadaan diam, dia bergerak-gerak. Apakah seseorang ibu itu memang kuat perasan? Hehehe...

Saya selalu terjaga dari tidur sewaktu suami pulang dari restoran malam-malam/pagi-pagi buta tu, kadang-kadang kami borak-borak sekejap- itulah antara quality time yang ada pun; nanti bayi kami pun akan bergerak bila dengar suara papanya. Satu lagi yang saya perasan, kalau saya pasangkan lagu dan lekapkan earphone di perut, ada satu lagu ni memang bayi kami akan respons. Lagu favorite dia kot. Ini lagunya :)


5 comments:

ajezahmad said...

Madam, pic before and after xder ke? Upload la sket. Hahaha! Aper2 pon, semoga semuanya baik2 aja.

afidalina said...

tunggu sampai later weeks, boleh nampak movement dia lagi apparent. hehe. good luck kak. i'm entering 9 months of pregnancy this week. counting weeks and days.

tasha said...

ha'ah la akak..nk jgk tgk rupa akak time pregnant..beat xnaik bnyk esti no problem kan nk upload gambor..hehe..mesti comel jer..nnt dh 8-9 months pun jgn lupa upload gmbr jgk ek..

knv said...

heeee bestnyerrrrrrrrrrr! teringat2 zaman aku dulu! :D

iKa iVy said...

Salam kak,

saya akan buat phd pada Oktober 2012 di University of reading. sekarang saya pregnant 3 bulan. by the time register, kandungan saya dah 6 bulan. macam mana dengan hospital fee dekat sana ya? boleh bagi pencerahan? Terima kasih
atikah.othman@gmail.com