Google Translator

Thursday, May 8, 2008

Tunggu suap segala..

Awal Januari hari tu, saya terima panggilan dari sebuah pusat tusyen. Meminta saya datang untuk temuduga. Sebenarnya, dalam tahun lepas beberapa bulan sebelum saya berkahwin, memang saya ada mengajar di pusat tusyen tersebut. Selepas kahwin pun saya sempat mengajar selama sebulan sebelum saya disahkan menghidap( eeii.. tak sukanya perkataan ni) kanser ovari. Di sebabkan saya tak dapat nak bagi komitmen- yelah kena pergi keomterapi, pastu terlantar lembik untuk 3-4 hari. Maka saya pun minta diberhentikan.

Panggilan yg saya terima awal Januari tu terpaksa saya tolak dengan alasan kesihatan saya masih belum betul-betul pulih. Padahal saya dah habis pun menjalani rawatan kemoterapi. Saya tak ada apa-apa tak puas hati dengan pusat tusyen tu. Bayaran ok, pekerja kat situ pun peramah. Diorang bagi saya flexibility masa yg saya suka. Cumanya, diri saya tak bole menerima pendidikan yang di beri di pusat tusyen. Kiranya bertentangan dengan prinsip sayalah. Bukan pusat tusyen itu saja, semua pusat tusyen pun saya rasa sama jek. Mungkin bagi sesetengah orang, tak kisahlah asalkan boleh dapat duit. Saya pun kalau ikutkan nak buat duit, memang saya sanggup je mengajar tusyen. Tapi tulah kan, lain orang, lain caranya.

Budak-budak yg pergi tusyen ni ada 2 jenis.
1- Budak2 yang memang nak belajar.
Golongan ni pulak terbahagi 2.
- diorg datang tusyen untuk tambah apa yg diorg dah belajar kat sekolah.
- diorg nak amik peperiksaan besar seperti PMR/SPM.

2- Budak2 yg mak pak paksa soh tusyen.
Pun sama. Golongan ni pun terbahagi 2.
- diorg ni kalau kat rumah tak belajar. Mak pak diorg pk pusat tusyen ni ala2 program Akademi Fantasia yg boleh jadikan anak dia serta merta pandai.
- Mak pak risau anak diorg tak belajar padahal PMR/SPM depan mata.

Bila saya mengajar di pusat tusyen dulu tu, saya mengajar Matematik Tingkatan 1&2(T1 &T2). Matematik Tambahan& Fizik untuk Tingkatan 4&5(T4& T5). Majoritinya memang ok lah dari segi perangai. Cuma ada beberapa kerat yg memang mencabar kesabaran saya.

Contoh 1: Dalam kelas Tingkatan 1
Ada seorg murid, biar saya namakan A saja. Dia ni betul-betul lemah. Boleh diibaratkan satu apa pun dia tak tahu. Bukan saya tak cuba beri tumpuan lebih padanya. Bayangkan macam mana saya nak ajar dia silibus Tingkatan 1 kalau sifir 4 pun dia tak hafal. Operasi darab& bahagi apatah lagi. Saya jujurnya sangat kasihankan ibubapanya. Sama ada mereka tak tahu bahawa anaknya benar2lemah ataupun mereka hanya tahu hantar anak ke tusyen ataupun mereka fikir pusat tusyen ni penuh keajaiban ala2 Alice in Wonderland gitu?
Saya betul-betul tak paham. What do they expect? We to transform their son?!!
Satu hari terjadilah dialog begini antara saya dan murid A.

Murid A: Cikgu, boleh tak saya guna kalkulator?
Saya: Kat sekolah boleh tak?
Sebab saya tak tau sistem di sekolah. Mungkin sebab saya tak bagi guna kalkulator maka dia agak lambat nak pick up, pk saya.
Murid A: Boleh.
Murid- murid lain: Sekolah saya tak boleh - Sekolah saya boleh.
Bertindan-tindan respon mereka menjawab pertanyaan saya.
Saya: OK. A saja boleh pakai kalkulator.
Murid A: masih terkial-kial menyiapkan latihan biarpun menggunakan kalkulator. Saya tengok dia tekan butang itu,tekan butang ini.
Saya: Awak pandai tak guna kalkulator?
Murid A: Terkebil-kebil memandang saya.
Saya: La.. ingatkan tahu guna. Lebih baik awak hafal sifir kalau tak tahu guna kalkulator.

Contoh 2: Dalam kelas Tingkatan 2.
Seorang budak lelaki, nama B. Pencapaian sederhana. Tapi mulutnya sangat pantas menjawab terutama pada soalan2 yg tak berkaitan dengan pelajaran. Pemalas pun ye jugak. Satu hari:-

Murid B: Cikgu mengajar kat mana?
Saya: Kat Universiti.....
Murid B: Cikgu, sekarang masuk universiti pun belum tentu keluar dapat kerja.
dengan nada yg sungguh la kurang sopannya
Saya: Habis tu kamu tak mahu masuk universitilah? Kalau tak masuk universiti, apa rancangan kamu?
Murid B: Artis tu tak masuk universiti pun boleh kaya.
Saya: Oooo.. kamu nak jadi artis ke? Kamu silap. Kamu masuk universiti bukan sekadar sebab nak dapat kerja. Tapi untuk cari ilmu.
Kesian kan dengan budak2 yg secara tak langsung telah dipengaruhi mentalitinya. Tak taulah saya sama ada sekadar dipengaruhi oleh media massa ataupun ibubapa diorg ni pun pk perkara yg sama.

Di atas sekadar 2 contoh. Apa yg menyebabkan saya merasakan mengajar tusyenni tak kena dgnj iwa saya ialah:-

1- Saya bersemangat nak mengajar bila pelajar saya betul2 nak belajar. Yg penting semangat tu ada. Kalau lembab, atau susah nak paham, saya boleh terima. Tapi budak2 yg memang MALAS, aduh.. geramnya. Rasa nak cubit2 je. Dan bila ada 2-3 orang yg malas dalam kelas tu, memang menganggulah konsentrasi. Nak cubit, dah besar. Nak marah, eeeuuww.. tak larat dah.

2-Bila saya mengajar, saya nak pastikan pelajar2 saya faham apa yg saya ajar. Kalau diorg tak paham, mesti ada sebab. Sama ada cara penyampaian saya tidak bagus, atau diorg tak mau berusaha untuk faham. Kalau jenis yg paham atau tak paham, dia tak kisah. Sebabnya, bukan dia yg nak sgt pegi tusyen. Bukan dia jugak yg nak sgt ambik exam. Mak pak dia je yg beria-ia. Budak2 mcm ni, kalau ikutkan hati saya nak belasah jek. Yelah, kecik2 dah menyusahkan mak pak.

3- Pusat2 tusyen ni sebenarnya bukan kisah sgt budak2 ni paham atau tidak apa yg diorg pelajari. Yg penting, budak2 ni boleh jawab soalan exam. Kalau budak2 ni boleh jawab soalan exam, pusat tusyen akan dapat nama. Jadik, apa cara sekalipun kita yg mengajar ni kena pastikan budak2 ni boleh jawab soalan exam. Paham tak paham tu belakang kira.

4- Dan perkara yg paling memualkan saya dengan kebanyakan pusat tusyen ialah kebanyakan pusat2 tusyen ni membocorkan soalan kepada para pelajarnya (pusat tusyen tempat saya mengajar dulu tu, setakat yg saya tahu tak terlibatlah). Termasuklah soalan PMR/SPM. Yelah kan, bila diorg bagi soalan bocor, mesti ramai pelajar kat pusat diorg yg cemerlang. Bila ramai pelajar cemerlang, naiklah status pusat-pusat tusyen ni di mata mak bapak. Makin tinggi status, makin glamer. Lantas, banyaklah masyuk untuk tahun-tahun seterusnya.

Kesimpulannya, pusat tusyen ni tak semuanya bagus. banyak yg tak bagus dari yg bagus. Buat ibubapa yg berkemampuan mengajar sendiri anak2 korang, cubalah.
Dan saya ni konon2nya buat masa ni memang berazam. Seboleh mungkin saya tak mahu anak-anak saya nanti dihantar ke pusat tusyen. Harap2nya saya mampu mengajar & memantau perkembangan akademik anak2 saya nanti. Insya-Allah.

3 comments:

Sad said...

Tudia dilla tingkatan 1 dan 2 dah ada hati nak jadi artis awat hang tak tanya dia, falsetto awak bagus? Cuba vibrato saya nak dengaq. Hah kalau sumbang tu hang cakap ja, kalau macam ni bukan setakat akademi fantasia yg reject segala lah so lebih baik awak masuk universiti at least tak dak awak merempat kemudian hari. :D

dla said...

ye betul sgt tu sad. Dia ingat dia boleh hidup dgn jadik artis tu. Berapa kerat sgt le yg kaya raya dgn jadik artis ni. lain la kalau kat hollywood tu. *sigh*

Che' A aka Cik CT Albany said...

Rajin yek hang gi ngajar tuisyen...
aku kalau budak cam tuh...ketuk sket kepala die...