Google Translator

Friday, September 19, 2008

Sindiket GORES&MENANG

Hari Rabu lepas cuti Nuzul Quran. Pagi tu aku sempat pergi ke Carrefour. Adalah barang-barang keperluan rumah yang aku perlu beli. Aku pergi sorang. Suami aku mulanya nak temankan. Tapi aku kesian plak tengok dia mengantuk. Lagipun rancangan asalnya aku cuma nak beli inflatable matress tu je. Jadi, aku pergi le sorang.

Dah sampai kat Carrefour tu, macam-macamlah pulak yang aku beli. Tapi bukanlah barang yang tak penting. Penting sumanya; macam pencuci pinggan mangkuk, pewangi kereta & rumah, kotak buku dan jus sayur.

Sampai kat tempat parking tu, tak muatlah pulak aku nak tolak troli menuju ke kereta aku. Jadi, aku terpaksalah mengangkut barang-barang yang aku beli. Aduh!!! Beratnya. Rasa kebas jari-jemariku yang runcing ni ;)

Tengah aku tercari-cari kereta aku, adalah sorang amoi ni datang mendekati aku. Aku cuak jugak. Takut le kan. Kot-kot geng pukau ke, penyamun ke. Amoi tu tegur aku. Dia tanya pasal kotak yang aku beli tu. Sambil aku menjawab soalan dia tu, aku terus berjalan. Yelah, aku ni dah le menjinjing beg-beg plastik yang berat ni. Tak kuasalah nak beramah mesra berlebih-lebihan kat parking lot tu.

Masa aku berlalu meninggalkan amoi tu, sorang kawan dia datang dekat dia. Aku terdengar le sikit perbualan mereka. Aku dengar amoi yg menghampiri aku tadi kata kat kawan dia "Kakak tu tak mau."

Terdetik kat hati aku, apa benda yang aku tak mau. Aku dah rasa tak sedap bila nampak sekumpulan budak-budak muda Cina berkeliaran kat parking lot Carrefour tu.
Dah le tu, aku tak jumpa cari kereta aku pulak. Issshhh... Aku ingat lane mana, cuma lupa belah kiri hujung ke belah kiri tengah. Tambah dengan beratnya barang-barang yang dijinjing kan.

Pastu, sorang lagik amoi approach aku. Kononnya nak tolong angkat barang aku. Aku kata "Tak payah. Saya boleh angkat sendiri."

Akhirnya, aku jumpa gak kereta aku. Elok je aku selesai sumbat suma barang dalam boot kereta, ada dua orang lelaki Cina datang kat aku. Aku cepat-cepat masuk dalam kereta, terus aku kunci kereta. Dari luar kereta, diorang cakap " Kakak, kita mau bagi voucher saja. Free voucher." Bising pulak tu. Tensen aku. Aku memang malas nak layan. Ditambah dengan kepenatan pulakkan. Aku dapat idea. Aku terus tekan dada aku sambil buat aksi ala-ala tak cukup nafas gitu. Huhuhu.. Aku dengar diorang cakap " Oh! Mau mati ka?" Pastu diorang beredar dari kereta aku.

Sampai kat rumah, aku cite la kat suami aku. Kata suami aku, kumpulan tu mungkin sindiket GORES& MENANG. Yelah, Isnin sebelum tu kakitangan kerajaan baru dapat gaji+bonus kan. Tambah pulak sekarang musim nak raya. Jadi memang masa yang sangat sesuailah untuk sindiket tu menjalankan kegiatan diorang.

Aku bersyukur sangat aku tak terpedaya atau diperdayakan. Sempat jugak aku berseloroh dengan suamiku. Kataku "Berguna jugak skill berlakon saya Bang." Hehehe...

Apa-apa pun, aku harap korang berhati-hatilah semasa pergi membeli-belah waktu dekat-dekat nak raya ni. Kalau boleh, bawa duit cukup-cukup je. ATM kad whatsoever tu, tinggallah kat rumah.

Kalau dah terkena dengan sindiket GORES& MENANG ni, bukan mudah nak dapatkan balik duit kita.

3 comments:

Jannah Ibrahim said...

Depa ni memang pandai nk menipu org... sekrang ni mana ada benda free???tapi mana pihak berkuasa.. harus ko report kt polis ka??

Anonymous said...

"Aku terus tekan dada aku sambil buat aksi ala-ala tak cukup nafas gitu. Huhuhu.. Aku dengar diorang cakap " Oh! Mau mati ka?" Pastu diorang beredar dari kereta aku."

-hebat2 idea nih leh menang award nih...
paling sengkek pelakon terbaik anugerah skrin...
hehe...

Dilla said...

che'a:
aku tak leh nak wat report sebab aku belom kena tipu. Tp aku pernah baca cite sorang pompuan yg kena tipu dgn skim gores& menang ni, dia kata wat report kat pihak berkuasa even polis pun tak jalan. Last2 dia wat report kat bank. aku tak pasti bank negara or bank pengeluar kredit kad.

*(",)*: drama queen memang la begini :P