Google Translator

Friday, May 15, 2009

Bukan Sekadar Itu

Selamat Hari Guru!
Ya, Selamat Hari Guru untuk semua yg pernah atau sedang jadi cikgu, jadi pensyarah atau apa sekalipun nama jawatan anda. Saya pernah menjadi guru ganti semasa menunggu keputusan SPM (orang lain sibuk masuk tingkatan enam, saya sibuk nak bekerja), dan selepas pulang dari Amerika (sementara nak mencari kerja tetap). Jujurnya itu antara pengalaman yang paling bernilai dalam hidup saya, dapat melalui liku-liku dan suka duka menjadi seorang guru walaupun tak lama. Berdepan dengan murid-murid yang bukan saja pelbagai kerenah dan latar belakang tetapi juga tahap akademik yang berbeza. Ada yang pandai tapi pemalas, ada yang tidak tahu apa objektif dia ke sekolah dan bermacam-macam lagi. Mungkin kerana itu saya begitu sensitif bila ada orang yang memperlekehkan kerjaya guru. Kononnya kerja seorang guru ni senang. Kerja separuh hari. Tak perlu masuk hutan seperi askar ataupun tak perlu kerja shift seperti jururawat. Pada saya setiap kerjaya itu punya pakejnya yang tersendiri.

Memanglah ada guru yang tidak komited dengan kerjaya mereka tapi berapa peratus sangatkah jumlah mereka ini berbanding dengan peratusan guru-guru yang benar-benar prihatin dengan masa depan anak murid mereka? Bila saya jadi pensyarah pula, ada jugalah nada-nada sinis yang berkata, "Member aku pun lecturer jugak, dia cerita dia masuk kelas, dia suruh je student buat presentation, kalau student tanya, dia suruh cari sendiri jawapan". Atau "Senang ye kau jadik lecturer, flexible hours. Kerja aku sekarang kena balik lewat, tak tentu masa. Aku ingat nak minta jadi lecturer jugakla".

Nak ketawa pun ada dengan kelompok yang berfikiran sebegini. Maaf cakaplah, belum cuba belum tahu. Cubalah jadi pensyarah~itupun kalau layakkan(sorry, I'm being cynical here). Jangan bandingkan kawan pensyarah anda yang pemalas itu dengan pensyarah-pensyarah lain yg bersusah payah menyediakan slide, soalan kuiz, soalan assignment dan pelbagai lagi untuk anak-anak muridnya. Juga jangan sewenang-wenangnya mencemburui flexible hours para pensyarah kalau anda tak tahu apa kerja kami yang sebenarnya. Anda tentunya mampu menyiapkan tugasan anda jika anda berada di ofis 8-5, tapi kami belum tentu. Sebabnya ofis kami tidak putus-putus dikunjungi para pelajar. Not that I do not welcome my students. They are most welcome to see me almost anytime. Just it irked me when they said something like, "Madam, I went to your room but you weren't there", in such an accusing tone. I usually asked back, "When did you come? During my consultation hours?" And most of the time the answer was NO. Itu belum dicampur lagi dengan pelajar-pelajar yang study last minute, esok exam, hari ni baru beria-ia datang ke ofis bertanya itu ini. Sebetulnya mahu menanyakan apa soalan yang bakal keluarlah tu.

Apa pun, saya enjoy dengan kerja saya. Walaupun cita-cita sebenar saya nak jadi cikgu matematik. Saya teringat kata seorang colleague, "When I received the offer letter, I am quite worried because it states in here that we are not just to teach but we are to be murabbi(pendidik)". Ya, menjadi pensyarah ataupun cikgu bukanlah sekadar mengajar tetapi mendidik. Dan untuk mendidik bukanlah perkara enteng, perlu ada hemah. Saya sendiri masih belajar dari kesilapan-kesilapan diri sendiri pada waktu lalu dan cuba memperbaiki kelemahan saya dalam mendidik.

Sememangnya ramai cikgu-cikgu yang telah banyak berjasa pada saya. Bermula dari yang mengenalkan saya dengan ABC, 123 dan seterusnya sehingga saya melanjutkan pelajaran sekarang. Dalam ramai-ramai tu, seorang Cikgu yang paling saya takkan lupa ialah Cikgu Rashid. He inspired me so much that I did a 180 degree turnaround concerning my interest in Science subject.

Cikgu Rashid mengajar saya subjek Sains waktu saya dalam Tingkatan 3. Walaupun saya sangat minat pelajaran Matematik tapi saya sangat tak suka pelajaran Sains sampaikan saya dah membuat keputusan akan ambil Sosial Sains bila saya masuk Tingkatan 4 nanti. Padahal waktu tu baru nak masuk Tingkatan 3. Saya tak salahkan Cikgu Murni, cikgu Sains saya semasa Tingkatan 2. Lemah lembut & baik hati orangnya. Mungkin pendekatan dia tak sesuai dengan saya maka saya jadi tak berminat. Memang boring gila belajar Sains masa Tingkatan 2. I don't see the point in doing all that experiment when you already know the outcome. Tapi bila masuk Tingkatan 3, Sainslah subjek yg saya paling suka selepas Matematik. Bukan bermaksud untuk riak tapi sayalah antara pelajar harapan Cikgu Rashid untuk dapat A1 dalam SRP. Sedih jugak bila saya hanya dapat A2 tapi oklah daripada sekadar kredit sajakan.

Oh! Ya, Cikgu Rashid ni pernah koyakkan kertas ujian Sains saya walaupun saya dapat markah yg tertinggi waktu tu, sebabnya saya tak hadir ke kelas atas alasan mengikut team basketball untuk menonton satu pertandingan tu. Tapi itu sikit pun tak membuatkan saya menyampah atau sakit hati pada Cikgu Rashid tu. Cikgu Rashid pernah bercerita dengan saya tentang bekas anak muridnya.Katanya, "Saya dulu ada anak murid serupa dengan awak ni [perwatakan], sekarang dia dah sambung belajar di US". Waktu tu saya tersengih je, tak termasuk dalam kepala pun apa maksud cikgu tu. Tapi bila saya fikir-fikirkan sekarang ni, baru saya faham (agaknyalah). Mungkin maksud Cikgu Rashid saya pun boleh berjaya untuk melanjutkan pelajaran ke US~which I did~ ataupun peringkat lebih tinggi. Selepas habis sekolah saya terus terputus hubungan dengan Cikgu Rashid.

Bersempena Hari Guru ni, saya nak ucapkan Terima Kasih Cikgu(walaupun 1 dalam sejuta kemungkinan Cikgu Rashid come across this blog) kerana telah memberi saya inspirasi. Saya tak mungkin terlintas/termimpi untuk ambil jurusan kejuruteraan kalau bukan cikgu yang memberi inspirasi pada saya untuk belajar & minat pelajaran Sains 17 tahun yang lalu.

Moral of the storynya kat sini (untuk diri saya & juga rakan2 seangkatan), menjadi cikgu atau pensyarah bukanlah sekadar mengajar tetapi juga untuk mendidik dan yang paling penting ialah TO INSPIRE!

6 comments:

AINI NORAINI said...

~selamat hari guru~
terima kasih utk segala ilmu yang dah dikongsikn....insyaALLAH akan digunakan ke jln yang betol....rindu mdm...
ps: blog sy da tukar address..www.aininoraini.blogspot.com

Dilla said...

makasih ira :)

Hazwani said...

salam... madam...meremang bulu roma baca entry ni. thanx madam, sbb secara x langsung dah bagi INSPIRATION pd sy gak

shoppingugg said...

I know not everyone is going to like Breitling . While I think they are beautiful, I can understand why some wouldn't like Breitling Avenger . They aren't as 'rounded' as others like Tag or Seconda. Although stylish, Chrono Superocean have a certain old fashioned, harder-edged style to them. I learned later that most collections of Superocean were designed over 50 years ago and, despite some changes to the movements and minor aesthetic modifications; they are pretty much the same wristwatch as they were 50 years ago.


The look is flattering when you wear the Louboutin Shoes . They enable you to have the right style cutouts that one can ever see and find the perfect Christian Louboutin Pumps that will leave you purring like a kitten. The reason behind this is the amount of time and effort that goes into putting Christian Louboutin Boots together. The ultimate thing about Christian Louboutin Sandals will be the way things finally look on the feet of the person wearing them.


It is Hardy clothing provides you with designer hats, caps and beanies for more style and fashion craze. The only thing is that hardy shirt are a bit highly priced and it becomes difficult for common men to buy more than one or two ED Hardy Shoes . The designs and colors are no doubt unmatched and ED Hardy Shoes tend to stay long in the fashion world.

Anonymous said...

Salam. Tumpang tanya. Boleh ke mohon jadi guru ganti sementara menunggu result spm? Atau kene ada result spm baru boleh mohon?

Anonymous said...

Salam. Tumpang tanya. Boleh ke mohon jadi guru ganti sementara menunggu result spm? Atau kene ada result spm baru boleh mohon?