Google Translator

Wednesday, May 6, 2009

Namanya pun PhD

and

Ramai orang yang beranggapan hanya orang yang TERER ala-ala Kesatria Baja Hitam(cite Jepun hujung 1980-an) saja yang layak buat PhD ni. Termasuklah aku satu ketika dulu. Aku bukanlah nak menafikan orang-orang yang berpangkat Doktor Falsafah tu tak terer. Tidak begitu.

Tapi ini mengikut kata beberapa orang yang dah berjaya mendapat PhD, part of getting your PhD is pure luck. Tak kiralah orang tu pandai mana pun, tapi kalau tak lucky tak dapat PhD.

Aku lebih suka kalau gantikan perkataan luck tu dengan 'rezeki'. Pada aku seluruh perjalanan mendapatkan ijazah PhD ni memang bergantung pada rezeki. Mana tidaknya, dapat biasiswa atau tidak, tu bergantung pada rezeki kita. Lepas tu, dapat supervisor yang bersesuaian dengan kita, tu pun satu rezeki. Jatuh bangunnya kita sepanjang perjalanan mendapatkan PhD tu, itu pun bergantung pada rezeki. Kalau rezeki kita Allah mudahkan, maka mudahlah mendapat idea untuk menyelesaikan masalah-masalah mendatang. Itu belum kira lagi masalah-masalah sekeliling.

Ada orang mempertikaikan kalau dah memang rezeki kita, makanya tak perlulah bersusah payah berfikir sampai dalam tidur pun termimpi pasal research, sebab akhirnya memang dapat PhD tu. Betul jugakan? Tapi tahukah kita sesuatu itu rezeki kita atau tidak melainkan kita berusaha untuk mendapatkannya? Contoh paling mudah, setiap orang Islam Allah janji akan dimasukkan dalam syurga. Maka adakah dgn sebab itu kita boleh buat sesuka hati sebab in the end masuk syurga jugak? Takkan.

Akhir-akhir ini banyak aku membebel pasal PhD ni. Bukanlah nak mengada-ngada atau apa. Tapi aku come in contact dgn beberapa orang yang kurang/tidak memahami nature of PhD ni. Ada orang yang menganggap buat PhD ni macam amik first degree. Asalkan belajar bersungguh-sungguh, pasti berjaya gitu. Rasa nak tepuk dahi saja. Tapi aku tak salahkan mereka. Sesetengah tu memang tak ada pendedahan pun terhadap working towards a PhD. Tapi sesetengah tu, gaya bercakapnya macam tahu tapi sebenarnya hampeh. Bila kita nak betulkan pemahaman dia tu, ala-ala tak mahu menerima pulak. Aduh!!! Geram pun ada.

Analoginya, bak kata suami aku, orang buat PhD ni ala-ala tukang masak yang perlu merekacipta satu resepi baru. Ataupun resepi lama yang perlu diperbaharui dari beberapa segi atas sebab-sebab tertentu & resepi yg diperbaharui ni perlulah superb & marvellous gitu.

Hemm..penat dah membebel... I just need to get this thought out of my head.

3 comments:

ummi iman said...

butui2,saya setuju..
ani pun pernh ckp kat rizan, phd ni mcm masak (cos ms buat phd br rajin masak)..contohnya first time masak gulai udang, dicuba masak, mula2 mcm tak jadi, tapi teruskan juga, dgn hrpan berjaya, dicampur garam gula, ikut rasa yg sepatutnya, n dicampur juga dgn nenas utk lagi sedap..last2, makin lama, nmpk makin menjadi..sabar, teruskan usaha dptkan rasa gulai yg sebnarnya..atlast, tu dia..gulai ku menjadi (masak lemak udang dgn nenas)..mcm tu la phd kan, terus berusaha..n berusaha..walaupun kat tgh2 rasa mcm tak jadi, tetp usaha n cuba jalan lain utk sampai ke pointnya..pnjg pulak..huh:)
semoga kita sama2 diberi kekuatan dan kesabaran utk sampai ke sana..
"A PhD is 90% persistence and 10% intelligence" indeed!

Dilla said...

setuju dgn analogi 'Masak lemak Udang dgn Nenas' ummi Iman. hehehe..
tp Ummi, ada org yg tak paham. They thought that if we bury ourselves in books 24-7 we can complete our PhD faster. kalau kita dok termenung atau berjalan2 tu kita tak buat kerja. Padahal masa bersiar2 tulah dapat idea untuk next step kan..
hemmm...

ummi iman said...

That's why sometimes, rasa rimas bila rizan pandang semacam masa2 ummi iman ni rehat, n menghabiskan masa dgn 'perkara2' lain..rasa mesti die heran, they must think..
phd = degree?? phd=master??
the truth= 101% NO WAY!