Google Translator

Friday, June 26, 2009

Ikut Sedap...

Kak, Alhamdulillah saya lulus temuduga DPLI (Diploma Perguruan Lepasan Ijazah) tu.
Terima kasih doakan saya - Mas
Alhamdulillah.
Mas, nanti bila dah jadi cikgu jadi cikgu yg berhemah & berdedikasi tau! -aku
Dulu sebelum Hari Guru dah cerita pasal cikgu. Kali ni pun nak cerita pasal cikgu jugak. Tapi kali ni pasal cikgu-cikgu yang kurang berdedikasi. Bukan niat aku nak mengutuk bekas cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku tapi kalau perkara yang dah tak betul takkan nak kata betul. Memori ni timbul bila aku ada letak komen kat gambar kelas aku yang ex-classmate aku upload kat facebook dia. Lepas komen aku yang berbunyi begini:
Honestly saya kurang berminat dgn cikgu tu. bukan tak mengenang budi tp boleh ke dia ajar cara nak mengenal kesalahan tatabahasa dgn cara baca ayat tu sedap ke tak sedap. kalau tak sedap maknanya ada kesalahan tatabahasa & agak2 je kesalahan tatabahasa yg mana satu. Alhamdulillah lg beberapa bulan nak SRP dapat cikgu BM yg mantap dtg dari sekolah Ahmad.

*peace*
adalah beberapa komen lain yang berbaur menafikan kenyataan aku tu. Aku malas la nak sambung, nanti jadi gaduh pulak kat facebook tu. Tak koser aku.

Sepanjang aku jadi pelajar sekolah menengah, ada dua pengalaman yang memang tak seronok untuk diingati tapi aku memang tak boleh nak lupa. Yang pertama masa aku Tingkatan 1. Aku sebenarnya memang tak suka nak sekolah kat situ sebab sekolah tu sekolah campur (co-ed). Bukanlah sebab aku ni alim tapi sebab aku dari Darjah 1 sekolah semua perempuan jadi pada aku budak-budak lelaki ni ala-ala kelembapan sikit. Tapi tak kisahlah tu, bila masuk kelas dapat geng yang sekepala OKlah kan. Cikgu-cikgu pun best kecuali ustazah yang ajar Pendidikan Agama Islam(PAI). Dalam kelas masa tu ada 3 orang je pelajar perempuan yang tak pakai tudung. Salah seorangnya aku. Bukan tak nak pakai tudung, tapi masa tu masih berfahaman kalau nak pakai tudung kena betul-betul ikhlas dan tak boleh nak buka-bukaan lagi. Padahal pakai tudung tu WAJIB, maknanya kena berlatih ikhlaskan hati. Kena betulkan akidah, kalau betul akidah, Insya-Allah dengan mudah je pakai tudung.

Nak dijadikan cerita tulisan jawi ustazah tu jenis tulisan pelajar-pelajar sekolah agama i.e. jawi yang bersambung-sambung tu. Aku ni masa kat sekolah rendah kalau tulis jawi mesti cantik-cantik, kalau huruf 'sin' tu mesti ada dua rumah, well you know the drill. Makanya tiap kali matapelajaran PAI aku sering resah sebab aku tak faham tulisan ustazah tu kat papan hitam. Aku pun cerita dengan Tok aku ( aku duduk dengan mak kepada mak aku sejak lahir). Tok aku pulak cerita dengan abah aku. Abah aku bawa perkara masa mesyuarat PIBG.

Aduh! Mengamuklah ustazah tu. Terus aku dapat surat kata dua. Aku perlu minta maaf secara terbuka ATAU kalau tak nak minta maaf jangan masuk kelas PAI, masuk kelas Pendidikan Moral saja. Ustazah tu bila masuk dalam kelas siap bahasa-bahasakan aku. Siap cakap lagi 'Siapa yang makan lada dia yang terasa pedasnya'. Bisakan? Memang sedih juga tapi aku buat dek je. Alhamdulillah pengetua pun masuk campur selesaikan perkara ni. Dalam seminggu dua lepas kejadian tu aku dapat tawaran ke sekolah berasrama penuh(SBP), Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan, Pahang (SHAH Pekan). Alhamdulillah, lega rasanya.
~Aku jumpa ustazah tu semula selepas aku grad & balik dari US. Masa tu jadi cikgu sementara kat situ. Aku elakkan dari bertentang mata. Malas nak mengimbas kenangan silam tu tapi dia macam nak berborak-borak pulak dengan aku. Jadi aku buat biasa jelah kan.

Itu yang pertama. Yang kedua, masa kat SHAH Pekan, masa aku Tingkatan 3. Kalau ikutkan sekolah sains a.k.a SBP ni cikgu-cikgunya sepatutnya MELETOPkan. Tapi tak semua macam tu. Inilah punca komen aku kat facebook kawan aku tu. Cikgu perempuan tu cikgu Bahasa Malaysia merangkap cikgu tingkatan kitaorang. Aku memang hormat cikgu-cikgu aku tapi kalau cikgu tu malas mengajar aku memang tak suka. Tak yahlah jadi cikgu kalau malas nak mengajar.

Bila waktu karangan, dia masuk kelas, tulis tajuk karangan kat papan hitam & cakap, "Buat karangan ni ye". Lepas tu dia terus pergi duduk kat meja guru dia. Aku rasa aku yang paling selalu angkat tangan dan tanya "Cikgu, macam mana nak buat karangan ni." Selalunya soalan aku tak berjawab ataupun kalau berjawab memang jawapan yang menghampakan. Dahlah tahun tu nak SRP, giler cuak. Bila tiba waktu tatabahasa pulak, dia akan suruh kitaorang buat latihan, lepas tu sama-sama bincang jawapan. Kalau korang ingat, tatabahasa tu ada bahagian yang kita perlu kenalpasti di mana letaknya kesalahan ayat dan apa jenis kesalahannya itu. Ada ke patut dia kata baca saja ayat tu, kat mana rasa tak sedap kat situlah kesalahannya. Eeeiiii!!!!!... Geram! Disebabkan aku selalu bertanya dan bertanya tak seperti rakan setingkatan aku yang prefer menerima seadanya, maka jadilah aku ni kambing hitam dalam kelas tu. Aku yakin sangat cikgu tu memang anti dengan aku sebab dia memang tak layan aku dalam kelas. Lantak! Nanti dapat keputusan SRP nama aku kan kat sijil tu, bukan nama dia.

Beberapa bulan sebelum SRP, kelas aku dapat cikgu BM yang baru. Ya ALLAH! besarnya rahmatMU. Cikgu perempuan baru tu memang mantap sangat. Aku rasa belajar dengan dia beberapa bulan tu menjadikan aku seolah-olah pakar bahasa. Aku leh kenal semua jenis kesalahan tatabahasa tanpa perlu fikir panjang. Sayang cikgu tu tapi namanya aku dah lupa. Selepas peperiksaan percubaan SRP, Alhamdulillah result aku yang kedua tertinggi dalam kelas. Tak sangkalah pulak cikgu yang tak best tu ajak aku dan budak lelaki yg dapat no.1 tu makan mee goreng kat rumah dia. Aku tak taulah apa motif dia. Gayanya macam nak berdamai. Mungkin korang akan cakap aku tak berterima kasih. Of course aku berterima kasih dia belanja makan mee goreng tu, tapi tu tak bermakna aku boleh lupakan dia tak mengajar kami dengan bersungguh-sungguh.

Sebab tu aku memang pesan kalau ada bekas-bekas pelajar aku nak jadi cikgu, jadilah cikgu sebab awak memang betul-betul berminat nak mendidik ataupun sebab awak rasa ada sumbangan yang awak boleh bagi. Aku tau aku bukanlah tersangat bagus mengajar pun. Tapi aku juga tau yang aku sentiasa cuba memperbaiki skill mengajar aku. Aku cuba seboleh mungkin menyampaikan lecture/tutorial supaya pelajar-pelajar faham.

Semester kedua aku jadi pensyarah aku berhadapan dengan pelajar-pelajar yang sangat pasif. Aku yang sentiasa ceria ni pun tak mampu nak buat diaorang participate dalam kelas sampaikan ada masa-masanya tu aku naik angin. Masa tu aku ajar 2 kelas untuk subjek yang sama. Kelas yang pertama tu memang seronok giler nak pi sebab pelajar-pelajarnya pun join aku ceria tapi bila tiba kelas yang kedua aku hilang mood nak masuk kelas. Lama kelamaan aku faham aku tak boleh tackle semua pelajar dengan cara yang sama. Lawak yang boleh membuatkan satu kelas ketawa tak berhenti mungkin hanya mampu membuatkan sorang dua dalam kelas yang lain tersengih dan yang selebihnya menten muka serius.

Moralnya, bukan mudah nak jadik cikgu/pensyarah ni. Kalau dapat anak murid yang jenis tak kisah & cikgu tu pun bukan jenis yang nak mengajar kira parallel la kan. Garisan parallel ni sentiasa seiring & sejalan bak lagu Tok Pah tu.
Seiring & sejalan
Seindah bunga di taman
Bak ... (aku pun dah lupa)

Tapi kalau dapat murid macam aku ni, yang tidaklah demand, cuma mahu cikgu yang bersungguh, seksalah jugak kalau memang cikgu tu jenis yg nak tak nak mengajar. Jadiklah ianya garisan bersilang pada sudut 90 darjah. Hak tu takde lagu yang sesuai. Mungkin lagu Mac Rahayu 'Ditakdirkan Kita Bersama' kot yang sesuai.
Tak pasti siapa tang tersentuh
Bila terserempak tempat kita bertemu dulu
Adakah aku yang khayal kehadiranmu
Atau sememangnya kau disini

Wallahualam.

2 comments:

PrincessHangLiJo said...

cerita mdm psl ustazah tu buatkan saya ingat kat sorang cikgu ni..ceritanya lebey kurang ngan mdm la.. cikgu ni ajar bio..d sbb kan dia, saya rasa xnak blaja bio..kesnya, mmg dia msk class suh baca buku sendiri pastu ngumpat org sana cni..pastu lak, dia suka ckp org otak udang..

biasa la bdk, saya pon luah la kat kwn saya dr class lain yg saya x leh go on ngan cikgu ni..kwn saya ni lak sengal, dia g blk crita kat sedara dia yg berjiran ngan cikgu ni..apo lagi, sampai la kat cikgu tu..

esoknya dia panggil saya, soal yg bkn2 depan cikgu2 lain..huaaaa! masa tu rasa mcm nak berenti skolah je..tp sib baik la PK1 skolah sy mmg kamcing n kenal saya..cikgu2 yg lain pon mmg baik ngan saya, so diorang la backup..

lagi la hangin cikgu ni, masuk class je, mmg mcm2 ayat sarcastic la saya kena..saya wat dek je..masa tu form 4, nasib baik la form 5 cikgu lain ajar bio..sekarang ni rasa mcm nak p blk je jumpa cikgu tu ckp saya pon blaja BIO..haha..kurang asam tul cik una..hihi

Dilla said...

Una, tulah kan. Adakah kita ni yang agresif? Ataupun?

Bila saya sok sek dengan sorang x-classmate saya, rupa2nya dia pun kata cikgu tu malas nak mengajar. Masa zaman sekolah dulu kalau tau, sure saya tubuhkan kelab reformasi dgn 2 ahli je. hahaha...
Tapi yg paling saya pelik, ada classmates yg boleh kata cikgu tu OK??!!!

Rasanya memang patut pun awak g jumpa cikgu BIO tu & declare yang awak pun boleh mengajar BIO. hahahaha... *statement yg sangat kejam ni*