Google Translator

Thursday, August 27, 2009

Islam warisan vs. Islam pilihan

Semalam saya membaca sebuah emel catatan seorang adik undergrad di Newcastle ni. Kami di Newcastle ni ada mailing list seperti Yahoo Group atau Google group tu. Membaca emel tu membuat saya berfikir sejenak, what will I do if I was in his shoes? Emelnya berkisar tentang perbualan dia dengan seorang rakan Christiannya yang mempersoalkan beberapa perkara tentang Islam seperti:-

  • mengapa Islam mengenakan hukuman bunuh ke atas orang yang murtad& homosexual
  • mengapa Islam mengenakan hukuman rejam ke atas orang berzina
  • mengapa Islam meminta 4 org saksi utk sesuatu perbuatan jenayah. Contoh yang diberi oleh rakan Christian adik undergrad tersebut ialah tentang kesukaran mangsa rogol untuk mengemukakan 4 saksi.

Ini sebahagian dari transcript yg saya copy dari blog adik undergrad tu. Selebihnya boleh baca di blog dia

Semalam aku berborak dengan sorang kawan, Andrew. A christian greek, a devoted christian. Well, good for him, sebab dia practise agama dia. He seems to know a lot pasal puasa, sebab dia cakap, in Christianity, they have to fast too. 6 weeks in Easter, and 4 weeks in Christmas. Aku cakap dalam hati "hey, this is cool. New knowledge, and seems like Christianity and Islam are not so difference after all". And I smiled :)Lepastu, kitorang cakap pasal a lot of things, casual things. From entertainment, to education. From politics, to humanitarian issues. Then dia tanya,

A: How was mosque? Did you get free
food?

H: Hehe, yes i did. The food are good. And free too.

A: You practice Islam a lot?

Aku diam... Diam sebab tak tahu nak cakap, diam sebab once someone is
talking about islam, I know that i have to be very careful with my answers. So
that i can give satisfactory explanation, so that I do not offend and insult the
other party's belief. Then aku jawab...

H: I do practise Islam, but I'm not really that religious. I mean, sometimes I miss my prayers too.That was my exact answer. And it was an honest one too. Then, he dropped the bomb.
A: But Islam says to kill people. The gays, the non-believers, and the apostates (orang murtad).

Aku terkejut giler. I know what he's talking about, but i tried to
remain compose. So that i can counter argue him.

H: Hurm, well, thats for those that's too extreme about it. All that I know is, homosexuality is forbidden. Same with how homosexuality is viewed in Christianity right?

H: Also, in Islam, it is not easy to sentence a person for a capital punishment. One will be adviced to forgo one's sinful act for 4 times, and if that doesn't work. He will undergo a trial in a shariaa court. But the prosecutor needs to produce 4
credible witnesses in order to summon that person to undergo the trial. And if here is, even one small uncertainty about whether or not that person has committed the crime, the court will have to acquit him from all the charges.

H: You see Andrew, Islam outlines a lot of strict criteria that need to be followed before giving a person a death sentence. And if this is not followed, the one giving the sentence will become the sinner, whilst the one being victimized is promised a place in heaven by Allah.He then countered my argument with these...
A: Jesus never said kill gay, Jesus said love your enemy.A: Saudi Arabia, they kill. Iran, they kill. Hadeeth, it says kill.

...

Saya membaca dan terus membaca emel tersebut hingga ayat yang terakhir. Membaca tentang jawapan-jawapan yang diberi oleh adik tersebut dengan sabar & penuh berhemah dengan perasaan yang berbaur antara malu dan geram. Malu dengan diri sendiri yang punya pengetahuan agama tidak secukupnya untuk menjawab persoalan-persoalan itu sekiranya ia dikemukan kepada saya. Geram dengan persoalan-persoalan orang-orang kafir yang sangat bias. Tapi saya tidak sepatutnya berasa geram kerana mereka adalah orang yang tidak tahu.

Alhamdulillah seorang rakan lain memberi sumber-sumber yang boleh dijadikan rujukan:
1) http://saifulislam.com/?p=2210
2) http://www.zaharuddin.net/content/view/145/91/
3) Fatwa berkenaan rogol

. Saya sedar saya perlu rajin mencari, tak perlu tunggu diuji baru terkial-kial memikirkan jawapan.

Antara pesanan Saifulislam.com yang terngiang-ngiang di benak fikiran saya ialah:

"...orang yang tiada sesuatu, tidak dapat memberikan sesuatu itu."
"Kalian tidak boleh pergi ke luar negara dengan membawa Islam warisan. Kalian mesti berIslam dengan Islam pilihan"

Ikan Cencaru Sumbat

Resepi ni saya belajar dari Tok saya. Memang favorite ni. Hari kedua puasa tahun ni, inilah menu kami disamping sup sayur.

Bahan:
2 ekor ikan cencaru (saiz sederhana) - dibelah belakang & dibersihkan
6-8 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
2 lada merah
sedikit garam
minyak untuk menggoreng

Cara:
1- Tumbuk bawang merah, bawang putih dan lada merah hingga hampir lumat.
2- Gaulkan dengan sedikit garam - mengikut tahap kemasinan anda.
3- Garam sebelah dalam ikan, i.e. bahagian yang di belah belakang.
4- Masukkan bahan-bahan yang telak ditumbuk tadi. Seelok-eloknya ikat ikan dengan benang supaya bahan yang disumbat tak terburai semasa menggoreng. Kalau tak nak ikat pun OK je.
5- Panaskan minyak.
6- Masukkan ikan yang bersumbat tadi dan tutup kuali dengan tudung periuk atau tudung pengukus. Terbalikkan ikan bila agak-agak sebelah yang bergoreng tu dah masak.
Langkah menutup ni perlu supaya bahan-bahan sumbat tu tak hangus sementara menantikan ikan masak.

Selamat mencuba!
*maaf tiada gambar.

Monday, August 24, 2009

Why I Do What I Do

A friend mentioned to me that I have so many activities in spite of working towards my PhD while I was chatting with her last two weeks. I admit that I have quite a number of things on my plate. I have my gardening, cooking, baking and I just started crocheting. Oh! I read too in my spare time, not journals obviously. Truth is none of these take my focus away from my PhD. That friend is not the only one who questioned me about my outside-PhD-activities.

Thing is I don't think that working 24-7 towards my PhD will give me full life satisfaction. I want to enjoy life. Of course I want to finish on time but so far I don't get any negative comments from either of my supervisors. Well except for 'Stop being a perfectionist' and 'It's alright to be criticized.'

I have the honour of meeting few undergrad students(now graduated)-mostly medic students here in Newcastle whom in spite of their busy schedule manage to do charity works for both Malay community and Muslim community. Mind you, that's not on a yearly basis, some of the charity works that they did requires their weekly/monthly commitment.

Not to mentioned my own students, well ex-students. I know some of them were actively involced in co-curricular activities but still managed to do well in their studies. Yes, people might argue that that are undergraduate level, so it is not the same with PhD. I'm not saying its the same. All I'm saying is one can still do well in their work/study even if one do not pour all of himself into his work/study.

Back to why I do what I do. I just want to do something which can take my mind off my PhD if just for a while. I am a liar if I said I have accomplished that. Honestly when I am deep in my thinking process, my brain keeps working, searching for 'THE' solution, even though I was cooking or baking or even sleeping at that time. Many times, I get ideas while I am baking or gardening. So it's not a waste of time anyway. More so, it's not like I spent my whole day gardening, or baking, or cooking.

I share my love for gardening with my husband. So that's a bonding time there. Watching our plants to grow not just give us pure joy but make us in awe of Allah's creations; a not so pretty bulb can turns into a bunch of beautiful lilies.

Same with goes cooking and baking. My husband loves cooking. The time I spend on cooking is also the quality time I spend with my husband. But sometimes it also becomes our 'battleground'. Hahaha... Not a real battleground though. Just sometimes I will obstinately ignore his suggestion (just to tease him), be it the way we are supposed to cook certain recipes or the revision for tomorrow's menu.

I think what really matters is what my supervisors think of me. As long as they are happy with my work, why should I care about others. Surely I have to keep my sponsors happy too. Plus later I can put in another factor like journals' editorial board to which I will submit my papers into my list of need-to-keep-these-parties-happy.

Tuesday, August 18, 2009

Ramadhan tiba lagi


Insya-Allah Hari Jumaat ni bersamaan dengan 1 Ramadhan 1430 kita akan memulakan ibadah puasa. Harap-harapnya tahun ini Ramadhan dapat saya jalani dengan lebih baik dari tahun-tahun sudah.

Kali pertama saya berpuasa jauh dari keluarga ialah sewaktu umur saya 14 tahun. Masa tu bersekolah di sekolah berasrama penuh(SBP). Saya bukanlah jenis anak manja, jadi apa yang dihidangkan di Dewan Makan(DM), itulah yang saya makan. Cuma kadang-kadang tu, geram jugak dengan pekerja DM yang memasak ikut suka mereka saja. Kalau sesiapa yang pernah menetap di asrama, antara menu yang paling corot dalam list ialah ikan jaket (ikan cencaru). Saya pelik kenapalah pekerja DM di sekolah saya dulu menggunakan ikan jaket tu untuk masak asam pedas. Tak sesuai langsung! Padahal ikan jaket tu kalau digoreng dan disumbat sambal, sudah meletop-letop enaknya. Waktu sahur pula, pelajar perempuan jarang bersahur termasuklah saya. Malas betul nak bersiap-siap untuk pergi bersahur. Memang kami jeles dengan pelajar lelaki yang berkain pelikat dan ber'T-shirt' saja ke DM. Mengikut cerita kawan-kawan, ada tu yang matanya terkatup-katup lagi berjalan ke DM. Heemm.. memang tak aci betul. Akhirnya sahur saya hanya dengan biskut dan air kosong. Alhamdulillah larat berpuasa. Oh! Lagipun waktu itu saya memang INGIN SANGAT untuk kurus, jadi konon-kononnya mahu diet bila bersahur dengan biskut saja.

Bermula dari SBP tu, Ramadhan saya memang sebahagiannya dihabiskan berjauhan dari keluarga. Kemudian bila ke US bermula Januari 1997, memang the whole Ramadhan saya berpuasa dengan kawan-kawan. Baru beberapa hari tiba di US, sudah bermula bulan Ramadhan. Saya masih ingat lauk pertama yang saya masak di US ialah kari ikan. Selalunya di rumah sebelum itu, saya cuma membantu Tok menghiris bawang, memasak nasi dan membuat kerja-kerja kecil yang lain. Cuma bab-bab membuat biskut & kek raya, dan mengemas rumah, tu memang tugas saya. Jadi semasa di US saya memasak hanya berdasarkan pemerhatian saya sewaktu menolong Tok di dapur. Tak taulah sama ada saya ni keras hati atau apa, Alhamdulillah saya tak pernah menangis atau sedih kerana berpuasa jauh dari keluarga.

Tahun 1990-an tu tak macam sekarang. Internet pun baru nak berkenalan, sayalah tu. Orang lain mungkin lebih advance. Tak macam sekarang, terlintas je nak makan sesuatu, boleh cari resepi di internet. Insya-Allah untuk satu-satu jenis masakan tu, beratus-ratus variasi resepi boleh kita dapati.

Antara yang seronoknya berpuasa dengan kawan-kawan ni, bila kami bergilir memasak. Termasuklah pelajar lelaki. Diorg pun sama bergilir dengan kami. Jadi tak perlulah memasak setiap hari. Dan yang paling seronok sepanjang 3 tahun saya di US, bulan puasa jatuh pada musim winter. Ya Allah! seronoknya. Hahaha.. manakan tidak, tempoh berpuasa jadi pendek. Antara jam 5-6 petang tu dah masuk waktu berbuka. Best!

Saya pernah sekali berbuka di dalam kelas. Rezeki agaknya kelas saya setiap hari habis paling lewat jam antara jam 2 hingga 4. Sempat balik, memasak dan bersedia untuk berbuka. Cuma sekali itu ada kelas apa entah sampai masuk waktu berbuka. OKlah, tak lapar pun.

Terawih pula saya buat sendirian di rumah. Nak ke Islamic Centre di Stillwater, Oklahoma tu agak jauh jugak. Lagipun saya kurang selesa solat di situ bila anak-anak orang Arab ni dengan selamba saja memijak karpet tempat solat dengan kasut mereka. Sememangnya tak jadi masalah untuk bersolat dengan memakai kasut kalau kita yakin kasut tu tidak ada najis padanya. Kalau kasut kita tu, kita bolehlah yakinkan. Tapi kalau kasut budak-budak yang masih kecil kemetot tu, hemm... susah rasanya saya nak yakin.

Kali ni saya berpuasa di UK pula. Hemm.. puasa kali ni jatuh musim summer. Musim summer di UK ni tidak sama dengan di US. Walaupun waktu siangnya panjang seperti di US juga, tapi cuacanya bearable. Summer pun masih sejuk macam dalam aircond di Malaysia. malahan adakalany lebih sejuk bila angin bertiup. Tambahan pula rumah kami tingkat bawah (rumah tingkat bawah lebih sejuk dari tingkat atas). Insya-Allah jam 8.30pm sudah masuk Maghrib. Syukur sangat. Kira OKlah kan. Kalau dibandingkan dengan bulan Mei baru-baru ni di mana jam 10 baru masuk Maghrib. Huhuhu....
Selamat Berpuasa buat semua :)
Semoga kita dapat sama-sama berusaha menambah ibadah di Ramadhan ini.

Thursday, August 6, 2009

Tak semuanya indah di UK.

Kalau ada antara korang atau sedara mara atau kawan-kawan korang nak datang dan menetap lama kat UK ni, ini adalah antara cerita-cerita dalam kain yang korang patut tau.

Pertamanya, tentang penyelenggaraan perkhidmatan bekalan elektrik dan gas(E&G). Macam kat Malaysia, hanya ada satu badan/syarikat saja yang menguruskan bekalan elektrik. Kat UK ni, bahagian penyelenggaraan tu syarikat lain. Bahagian nak membekalkan tu pulak syarikat lain. Jumlah syarikat-syarikat pembekal tu pulak, tak terkira dengan jari jemari mulusku ini.

Bila masuk rumah sewa, antara tugas-tugas awal yg perlu dibuat ialah, apply bekalan letrik dan gas. Nasihat kebanyakan orang-orang lama kat Newcastle ni, jangan continue dengan supplier tenant lama. Bimbang kita menanggung hutang orang. Juga perlu amik bacaan meter E&G masa 1st day masuk rumah. Itu memanglah sangat mustahak. Kalau dapat tuan rumah yg kuat menipu, nahaslah kita disuruh menanggung penggunaan E&G tenant lama.

Untuk tujuan menukar supplier E&G, aku & Amran pergi ke website USwitch. Lepas dah buat kira-kira dan membezakan harga bekalan E&G dari setiap supplier, kami decide untuk daftar dengan Scottish Power. Daftar melalui internet saja. Konon canggihlah kan. {Kat UK ni, kadar E&G berbeza-beza di antara pembekal. Ada juga E&G yg boleh dibeli menggunakan prepaid/top-up gitu. Meter di rumah kami tak membolehkan penggunaan prepaid ni. Jadi kami guna yang standard je.}

Kemudian dapatlah confirmation e-mail dari Scottish Power, katanya mereka akan contact supplier lama yang supply E&G ke alamat tempat tinggal kami untuk uruskan penukaran pembekal. Kami memang tak tau siapa pembekal lama sebab masa masuk rumah ni dulu, tenant lama dah keluar. Tuan rumah memang tak tau punya pasal ni.

Ingatkan semua dah OK. Alih-alih , awal April hari tu, hampir terduduk & pengsan aku bila dapat bil gas, GBP407.22 untuk tempoh tak 16 hari. GILAAA!!! memang kitorg banyak pakai heater sepanjang Februari hingga Mac tapi sungguh tak tercapai akalku boleh mencecah sampai macam tu. Tak sempat nak call customer service, beberapa hari lepas tu dapat amended bill pulak. Katanya, hanya GBP172.21 saja. Selang beberapa hari kemudian dapat lagi amended bill, GBP195.23 pulak, kali ni bil untuk tempoh sebulan. Dah weng kot kalkulator Scottish Power ni.

Settle pasal bil. Tak lama lepas tu, dapat pulak e-mail dari Scottish Power. Katanya "We're sorry you're planning to leave ScottishPower in the next week or two." Eh! Apasal pulak ni. Bila masa pulak aku notify depa yg aku nak tukar supplier. Aku call customer service, katanya diorg akan siasat. Pastu dapat surat, katanya minta maaf, ada salah faham. Lepas tu dapat lagi satu surat, katanya memang bukan by mistake, memang ada supplier lain yg akan bekalkan. Aduuuuhhh!!! Pening.

Aku pergi Student Advice Centre(SAC) kat universiti. Minta nasihat diorg pasal ni. Oh! Sebelum tu, rumah kitorg ada terima surat yg sangat mencurigakan. Biasalah bila duduk rumah sewa ni, surat-surat penyewa lama tu memang banyak. Yang satu ni atas nama James Herbert, surat tu pada envelopenya tertulis Southern Electric. Eh! Ini pun E&G supplier ni. Satu kesalahan jenayah sebenarnya kalau buka surat orang. Tapi kitorg belek2 melalui sampul tu, nampak sikit-sikit surat tu tentang E&G supply ke alamat kami. Kami pun buka surat tu. Tertulis pada surat tu pasal James Herbert ni ada apply bekalan E&G ke alamat kami. Eh! Bila masa pulak James Herbert ni dok kat alamat kami.

Berbalik kat SAC, pekerja kat SAC tu sampai tolong callkan customer service Southern Electric. Macam dah settle masa tu. Tapi rupa-rupanya tak settle jugak lagi.

Memang le bingung dibuatnya. Sapakah hantu James Herbert ni aku pun tak tau. Yang dia ni pi register E&G dengan Souther Electric untuk supply ke rumah kami buat apa? Eeeii... pening betul dibuatnya. Padahal setiap kali dapat surat atas nama tenant lama, memang aku & jiran tingkat aku, si Miss Toor tu, either one of us, akan hantar balik surat tu ke Post Office, siap-siap tulis Not at this address. Jadi patutnya orang kat Southern Electric tu ada dapat surat yg depa hantar kepada James Herbert the hantu ni.

Aku call lagik Scottish Power. Soh diorg selesaikan perkara ni. Diorg kata diorg dah hantar komplen pasal Souther Electric ni tapi Southern Electric kata diorg ada contract yg sah untuk bekalkan E&G ke alamat kitorg.

Sekarang ni, hal ni masih belum settle. Aku rasa aku kena pergi SAC sekali lagi. Sekarang ni aku sangat curious sapakah gerangan James Herbert ni. Gedik betul James Herbert ni. Betul-betul pembuat onar.

Kerana Sebiji Bola

Petang Ahad lepas, pintu pagar belakang rumah kami diketuk-ketuk dengan kuat. Pintu pagar sebelah belakang kat sini tak macam kat Malaysia, yang kat sini diperbuat dari kayu. Macam dalam gambar ni.
Aku taulah kalau yang mengetuk pintu sampai macam nak runtuh tu, mesti kerja budak-budak Pakistan tu, umur baya sekolah rendah. Diorg ni selalu betul main-main bola pastu terlantun masuk dalam kawasan rumah aku. Aku faham budak-budak kalau bermain memang excited, tapi yang aku menyampahnya tu diorg ni bukan reti nak cakap elok-elok minta bola diorg tu. Kasar je. Kengkadang tu terima kasih pun tak ada. Jadi petang Ahad tu aku memang penat dan memang tak ada mood nak pergi buka pintu pagar belakang tu. Aku biarkan je diorg ketuk-ketuk. Suami aku masa tu tak ada kat rumah. Jadi memang takde sapa nak pergi buka pintu pagar belakang. Jiran tingkat atas sah-sah tak dengar.

Tak lama lepas tu, loceng jiran tingkat atas rumah aku berbunyi. Aku boleh dengar kalau loceng dia berbunyi. Biarlah dia yang layan budak-budak tu. Tapi tak pulak aku dengar dia turun tangga. Loceng rumah kami ni pulak kadang-kadang berbunyi, kadang-kadang tak. Agaknya budak-budak Pakistan tu dah tekan tapi kebetulan loceng kitorg tak berbunyi. Aku duk dendiam main game Build A Lot 3 kat dalam rumah. Kacau betullah budak-budak ni.

Malamnya, aku dengan Amran pergi dinner kat rumah Zun, aku cerita pasal budak-budak Pakistan tu. Pastu Amran cakap, "Patutlah loceng rumah kita dah takde."
"Hah! Ye ke? Eeii.. geramnya."

Kata Zun, kemungkinan besar budak-budak Pakistan tu yang tanggalkan, sebabnya diorg geram orang tak layan. Rumah Zun dulu pun pernah jadi macam tu; dahlah diorg cabut loceng, sepanjang diorg berjalan diorg tekan-tekan loceng rumah Zun tu. Asyiklah si Zun ni terjenguk-jenguk menengok siapa yang datang rumah dia. Masa tu tak tau lagi yang loceng diorang kena cabut. Ingatkan ada orang main hide and seek. Esoknya bila keluar rumah baru nampak loceng dah tak ada.

Dan sampailah semalam(Selasa), budak-budak Pakistan ni masih mengetuk-ngetuk dengan ganasnya pintu pagar belakang rumah aku. Sekarang ni aku nak bagi balik bola tu pun aku dah menyampah. Mula-mula aku rasa macam nak slash bola tu, kemudian campak ke jalan belakang, biar dijumpai dek anak-anak Pakistan tu, tapi dah macam psiko la plak- so kensel plan tu. Fikir-fikir semula, rasa nak masukkan je bola tu dalam tong sampah recycle- macam kesian pulak. Amran senyap je bila aku cakap macam tu. Tengoklah sehari dua ni, kalau mood masih memberang, nasib bola tu dalam tong sampah recylce la kot. Kalau mood berbuat baik sesama insan, dapatlah anak-anak Pakistan tu bola mereka semula.