Google Translator

Thursday, August 27, 2009

Ikan Cencaru Sumbat

Resepi ni saya belajar dari Tok saya. Memang favorite ni. Hari kedua puasa tahun ni, inilah menu kami disamping sup sayur.

Bahan:
2 ekor ikan cencaru (saiz sederhana) - dibelah belakang & dibersihkan
6-8 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
2 lada merah
sedikit garam
minyak untuk menggoreng

Cara:
1- Tumbuk bawang merah, bawang putih dan lada merah hingga hampir lumat.
2- Gaulkan dengan sedikit garam - mengikut tahap kemasinan anda.
3- Garam sebelah dalam ikan, i.e. bahagian yang di belah belakang.
4- Masukkan bahan-bahan yang telak ditumbuk tadi. Seelok-eloknya ikat ikan dengan benang supaya bahan yang disumbat tak terburai semasa menggoreng. Kalau tak nak ikat pun OK je.
5- Panaskan minyak.
6- Masukkan ikan yang bersumbat tadi dan tutup kuali dengan tudung periuk atau tudung pengukus. Terbalikkan ikan bila agak-agak sebelah yang bergoreng tu dah masak.
Langkah menutup ni perlu supaya bahan-bahan sumbat tu tak hangus sementara menantikan ikan masak.

Selamat mencuba!
*maaf tiada gambar.

3 comments:

Jannah Ibrahim said...

eh dilla.. ni pun resipi mak aku...huhu ikan cencaru sumbat..dulu kitorg dok makan ni la.. ala2 ikan bakar..tapi goreng ngan minyak sket..huhu

ko leh sumbat ngan kelapa jugak..sedap !!!
kelapa tuh ko letak cili, bwg dan serai sket..meletops..

ani said...

sedappppppppppppnya, resepi mak saya juga, tp tak pernh buat:)

Dilla said...

che'a& ani:
rasanya ni mmg resepi turun temurun kot. sebab mmg famos amos kan resepi ni. hak sumbat kelapa tu tak pernah try. ikan cencaru tinggal 3 ekor je dlm peti ais tu. Kwn Amran kata kat sini susah nak dapat ikan cencaru. Kenalah makan bercatu. huhuhu..