Google Translator

Thursday, August 6, 2009

Kerana Sebiji Bola

Petang Ahad lepas, pintu pagar belakang rumah kami diketuk-ketuk dengan kuat. Pintu pagar sebelah belakang kat sini tak macam kat Malaysia, yang kat sini diperbuat dari kayu. Macam dalam gambar ni.
Aku taulah kalau yang mengetuk pintu sampai macam nak runtuh tu, mesti kerja budak-budak Pakistan tu, umur baya sekolah rendah. Diorg ni selalu betul main-main bola pastu terlantun masuk dalam kawasan rumah aku. Aku faham budak-budak kalau bermain memang excited, tapi yang aku menyampahnya tu diorg ni bukan reti nak cakap elok-elok minta bola diorg tu. Kasar je. Kengkadang tu terima kasih pun tak ada. Jadi petang Ahad tu aku memang penat dan memang tak ada mood nak pergi buka pintu pagar belakang tu. Aku biarkan je diorg ketuk-ketuk. Suami aku masa tu tak ada kat rumah. Jadi memang takde sapa nak pergi buka pintu pagar belakang. Jiran tingkat atas sah-sah tak dengar.

Tak lama lepas tu, loceng jiran tingkat atas rumah aku berbunyi. Aku boleh dengar kalau loceng dia berbunyi. Biarlah dia yang layan budak-budak tu. Tapi tak pulak aku dengar dia turun tangga. Loceng rumah kami ni pulak kadang-kadang berbunyi, kadang-kadang tak. Agaknya budak-budak Pakistan tu dah tekan tapi kebetulan loceng kitorg tak berbunyi. Aku duk dendiam main game Build A Lot 3 kat dalam rumah. Kacau betullah budak-budak ni.

Malamnya, aku dengan Amran pergi dinner kat rumah Zun, aku cerita pasal budak-budak Pakistan tu. Pastu Amran cakap, "Patutlah loceng rumah kita dah takde."
"Hah! Ye ke? Eeii.. geramnya."

Kata Zun, kemungkinan besar budak-budak Pakistan tu yang tanggalkan, sebabnya diorg geram orang tak layan. Rumah Zun dulu pun pernah jadi macam tu; dahlah diorg cabut loceng, sepanjang diorg berjalan diorg tekan-tekan loceng rumah Zun tu. Asyiklah si Zun ni terjenguk-jenguk menengok siapa yang datang rumah dia. Masa tu tak tau lagi yang loceng diorang kena cabut. Ingatkan ada orang main hide and seek. Esoknya bila keluar rumah baru nampak loceng dah tak ada.

Dan sampailah semalam(Selasa), budak-budak Pakistan ni masih mengetuk-ngetuk dengan ganasnya pintu pagar belakang rumah aku. Sekarang ni aku nak bagi balik bola tu pun aku dah menyampah. Mula-mula aku rasa macam nak slash bola tu, kemudian campak ke jalan belakang, biar dijumpai dek anak-anak Pakistan tu, tapi dah macam psiko la plak- so kensel plan tu. Fikir-fikir semula, rasa nak masukkan je bola tu dalam tong sampah recycle- macam kesian pulak. Amran senyap je bila aku cakap macam tu. Tengoklah sehari dua ni, kalau mood masih memberang, nasib bola tu dalam tong sampah recylce la kot. Kalau mood berbuat baik sesama insan, dapatlah anak-anak Pakistan tu bola mereka semula.

3 comments:

PrincessHangLiJo said...

hahha..otai la madam ni ;))

Anonymous said...

Dilla,
Jangan layan marah tu...syaitan tu...orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan api kemarahan. lagipun depa budak-budak...nak dibandingkan dengan kita ni, diorang agaknya di tempat lagi atas disisiNya...ye lah..budakkan belum ada dosa....maafkan diorang k.
Zaireen

Dilla said...

Una: kalau sekali dua boleh la saya bukakan pintu. tp boleh kata setiap hari skrg ni.

Zaireen: mmg sedang cuba bersabar. Kalau tak sabar, rasanya dah lama kena budak-budak Paki tu.