Google Translator

Thursday, August 6, 2009

Tak semuanya indah di UK.

Kalau ada antara korang atau sedara mara atau kawan-kawan korang nak datang dan menetap lama kat UK ni, ini adalah antara cerita-cerita dalam kain yang korang patut tau.

Pertamanya, tentang penyelenggaraan perkhidmatan bekalan elektrik dan gas(E&G). Macam kat Malaysia, hanya ada satu badan/syarikat saja yang menguruskan bekalan elektrik. Kat UK ni, bahagian penyelenggaraan tu syarikat lain. Bahagian nak membekalkan tu pulak syarikat lain. Jumlah syarikat-syarikat pembekal tu pulak, tak terkira dengan jari jemari mulusku ini.

Bila masuk rumah sewa, antara tugas-tugas awal yg perlu dibuat ialah, apply bekalan letrik dan gas. Nasihat kebanyakan orang-orang lama kat Newcastle ni, jangan continue dengan supplier tenant lama. Bimbang kita menanggung hutang orang. Juga perlu amik bacaan meter E&G masa 1st day masuk rumah. Itu memanglah sangat mustahak. Kalau dapat tuan rumah yg kuat menipu, nahaslah kita disuruh menanggung penggunaan E&G tenant lama.

Untuk tujuan menukar supplier E&G, aku & Amran pergi ke website USwitch. Lepas dah buat kira-kira dan membezakan harga bekalan E&G dari setiap supplier, kami decide untuk daftar dengan Scottish Power. Daftar melalui internet saja. Konon canggihlah kan. {Kat UK ni, kadar E&G berbeza-beza di antara pembekal. Ada juga E&G yg boleh dibeli menggunakan prepaid/top-up gitu. Meter di rumah kami tak membolehkan penggunaan prepaid ni. Jadi kami guna yang standard je.}

Kemudian dapatlah confirmation e-mail dari Scottish Power, katanya mereka akan contact supplier lama yang supply E&G ke alamat tempat tinggal kami untuk uruskan penukaran pembekal. Kami memang tak tau siapa pembekal lama sebab masa masuk rumah ni dulu, tenant lama dah keluar. Tuan rumah memang tak tau punya pasal ni.

Ingatkan semua dah OK. Alih-alih , awal April hari tu, hampir terduduk & pengsan aku bila dapat bil gas, GBP407.22 untuk tempoh tak 16 hari. GILAAA!!! memang kitorg banyak pakai heater sepanjang Februari hingga Mac tapi sungguh tak tercapai akalku boleh mencecah sampai macam tu. Tak sempat nak call customer service, beberapa hari lepas tu dapat amended bill pulak. Katanya, hanya GBP172.21 saja. Selang beberapa hari kemudian dapat lagi amended bill, GBP195.23 pulak, kali ni bil untuk tempoh sebulan. Dah weng kot kalkulator Scottish Power ni.

Settle pasal bil. Tak lama lepas tu, dapat pulak e-mail dari Scottish Power. Katanya "We're sorry you're planning to leave ScottishPower in the next week or two." Eh! Apasal pulak ni. Bila masa pulak aku notify depa yg aku nak tukar supplier. Aku call customer service, katanya diorg akan siasat. Pastu dapat surat, katanya minta maaf, ada salah faham. Lepas tu dapat lagi satu surat, katanya memang bukan by mistake, memang ada supplier lain yg akan bekalkan. Aduuuuhhh!!! Pening.

Aku pergi Student Advice Centre(SAC) kat universiti. Minta nasihat diorg pasal ni. Oh! Sebelum tu, rumah kitorg ada terima surat yg sangat mencurigakan. Biasalah bila duduk rumah sewa ni, surat-surat penyewa lama tu memang banyak. Yang satu ni atas nama James Herbert, surat tu pada envelopenya tertulis Southern Electric. Eh! Ini pun E&G supplier ni. Satu kesalahan jenayah sebenarnya kalau buka surat orang. Tapi kitorg belek2 melalui sampul tu, nampak sikit-sikit surat tu tentang E&G supply ke alamat kami. Kami pun buka surat tu. Tertulis pada surat tu pasal James Herbert ni ada apply bekalan E&G ke alamat kami. Eh! Bila masa pulak James Herbert ni dok kat alamat kami.

Berbalik kat SAC, pekerja kat SAC tu sampai tolong callkan customer service Southern Electric. Macam dah settle masa tu. Tapi rupa-rupanya tak settle jugak lagi.

Memang le bingung dibuatnya. Sapakah hantu James Herbert ni aku pun tak tau. Yang dia ni pi register E&G dengan Souther Electric untuk supply ke rumah kami buat apa? Eeeii... pening betul dibuatnya. Padahal setiap kali dapat surat atas nama tenant lama, memang aku & jiran tingkat aku, si Miss Toor tu, either one of us, akan hantar balik surat tu ke Post Office, siap-siap tulis Not at this address. Jadi patutnya orang kat Southern Electric tu ada dapat surat yg depa hantar kepada James Herbert the hantu ni.

Aku call lagik Scottish Power. Soh diorg selesaikan perkara ni. Diorg kata diorg dah hantar komplen pasal Souther Electric ni tapi Southern Electric kata diorg ada contract yg sah untuk bekalkan E&G ke alamat kitorg.

Sekarang ni, hal ni masih belum settle. Aku rasa aku kena pergi SAC sekali lagi. Sekarang ni aku sangat curious sapakah gerangan James Herbert ni. Gedik betul James Herbert ni. Betul-betul pembuat onar.

2 comments:

ajezahmad said...

"tapi sungguh tak tercapai akalku boleh mencecah sampai macam tu" - Haha! LAwak ar madam.

Btw, dah jumpa ker saper James Herbert? Ntah2 dia mmg ada dalam umah tuh. madam jer yg x perasan. Hahaha!

Sky said...

Ignoring the aberrant appearance choices of the young, you accept to see that ugg boots are a abundant women's ugg . Cheap uggs are an even bigger women's ugg suede boots .What is so abundant about ugg suede anyway?