Perjalanan PhD ini masih jauh kurasakan
Walau waktu semakin menghambat setiap langkahku
Adakalanya aku rasa lelah
Adakalanya aku bersemangat jitu
Adakalanya aku bosan
Adakalanya aku rasa teruja
Adakalanya aku rasa gembira
Adakalanya aku rasa sedih
Lantas aku menangis
Adakalanya aku hilang rasa
Titik hujung itu
Kadangkala kurasakan semakin hampir
Kadangkala kurasakan hilang dalam terang
Kadangkala secerah sinar mentari
Kadangkala berkabus
Ya Allah
Redhailah perjalananku ini
Jadikanlah ia sebahagian dari ibadahku
Redhailah secebis ilmu-Mu untukku
Jadikanlah aku manusia yang memanfaatkan ilmu-Mu untuk umat Muhammad.
Aaamin.
*hasil luahan sendiri. Tidak dibenarkan meng"kopi-pes". Haha... budget macam A.Samad Said pulakkan diri ini.
2 comments:
Betul tuh... saya faham macam mana rasanya hilang dalam terang.. bukan senang penuh onar.. tp kemanisan dipenghujung lebih penting..
InsyaAllah.. akan sampai ke nokhtah terakhir..ewahh..tiba2 nak bersajak jugak nih..
Silakn, silakan bersajak :)
makasih kerana memahami.
Post a Comment