Google Translator
Tuesday, August 24, 2010
Terharu
Petang tadi perancangannya nak balik jalan kaki ke rumah dari sekolah (universiti). Intai-intai ke luar tingkap, tengok awan mendung je. Tengok lantai kawasan yang tak beratap, basah. Sahih! Hujan tanpa saya sedari.
Terus saya telefon suami, minta dijemput. Selalunya memang suami jemput pun tapi sebab dia masih tak telefon, baik saya telefon. Line kat dalam ofis ni macam dalam gua. Pernah suami menunggu saya hampir sejam sebab bila dia telefon dari tempat parkir, terus masuk ke voicemail.
Masa telefon suami minta diambil tu dalam jam 5 petang. Katanya, "Abang sampai dalam pukul 5.25 OK?"
"OK. Abang, tolong keluarkan nanas dari peti boleh. Nanti balik boleh terus masak."
"Abang dah siap masak. Ayam pun Abang dah bubuh garam kunyit."
Oh! Terharunya saya. Sungguh! Memang suami rajin menolong di dapur. Tapi bila pertolongan yang sungguh 'unexpected' ni, terharunya jadi lebih.Pertolongan suami ni walaupun mungkin pada orang lain tak semahal intan berlian yang berkepuk-kepuk, tapi pada saya nilainya tiada tara. Perkara-perkara macam nilah jadi penawar bila timbulnya rajuk dengan suami. Mengingatkan saya supaya bersyukur dengan rezeki dan nikmat ini yang Allah anugerahkan buat saya.
Abang, terima kasih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
lelaki mcm ni adalah terbaik yer...
bukan mcm lelaki kat blog member kita tu..wahhh rasa diri mcm KING.... nak cari isteri yang superwoman so that dia boleh goyang kaki jer...kesian lelaki yang mcm tu ...ha haha...
Salam
waah, kita yang baca ni pun macam nak terlopong..sebab bukan senang husband nak jadi serajin ini.. takde perkataan yang sesuai nak digambarkan, tu yang jadi terlopong.. hihi.. hmm, jangan rajin ada makna sudah ler.. *wink*
Salam kenal.
Wah bestnya hubby dia sggh rajin, blk nti makan je...hubby sy kdg2 je cam tu...tgk angin, tp sgt blh harap bab bsh kain (guna mesin boleh la).
alhamdulillah..susah nk cari lelaki yg rajin kot cerok dapoq hehe
Alhamdulillah. Bertuahnya madam. Saya pun nk gak la 1 mcm suami mdm. hehehe.
terbaik n tabik spring wat abg amran...=)) mahu jadi seperti dia juga...
Post a Comment