Sejak sampai ke Newcastle hari Sabtu minggu lepas, saya tak ada mood nak memasak mahupun nak makan. Tak taulah kenapa. Kalau tak de mood nak memasak tu bolehlah difahami, ini mood nak makan pun tak de. Nasib baik suami saya rajin ke dapur. Memang dia saja yang memasak juadah untuk berbuka. Minggu ni masakan suami bertemakan resepi mamak dan resepi india/pakistan. Kari ikan ala mamak la, chicken tikka la, sampaikan sayur pun goreng ala mamak juga. Terima kasih Abang! *love*
Saya balik dari universiti dalam jam 5 petang, terus baring dan tidur. Badan macam tak berdaya gitu. Dalam jam 8 p.m. suami kejutkan untuk solat Asar dan seterusnya bersiap untuk berbuka (berbuka lebih kurang jam 8.45p.m.). Ada tak ada tugas saya, sekadar memanaskan nasi dan lauk pauk untuk bersahur. Harap-harapnya hari ni saya lebih bertenaga dan boleh memasak. Terasa rindu pulak nak memasak.
No comments:
Post a Comment