Google Translator

Friday, October 29, 2010

Lagi tentang musim luruh

Berjalan kaki ke sekolah pagi ni, saya sempat snap beberapa gambar pokok-pokok yang berdaun kekuningan. Jakun ke? Hehehe... Walaupun dah banyak kali melalui musim luruh, masih lagi rasa teruja melihat daun bertukar warna. 
 
Jam 9:30a.m., nampak macam jam 7a.m kan? Ini salah satu padang yang harus direntasi semasa pergi ke universiti & pulang ke rumah. Oh! Burung-burung putih tu antara pentunjuk tibanya musim luruh & musim sejuk.

Semasa di US dulu, musim luruh digelar Fall tetapi di UK ini disebut Autumn. Padahal keadaannya sama saja. Cuma di US dulu, saya tak begitu dapat menikmati pemandangan daun-daun kuning sebab negeri tempat saya duduk tu cuacanya agak sederhana. Jadinya fasa daun bertukar warna tu seolah-olah sekelip mata. Sedar-sedar daun hijau dah jadi warna coklat.


Pokok besar di depan bangunan Chemical Engineering School. Tiba musim bunga, pokok ni mengeluarkan rimbunan bunga putih yg comel sangat.

Oh! Ini bukan haunted building atau bangunan yang ditinggalkan. Ini ialah bangunan sains Newcastle University.
 Satu perkara yang sangat sinonim dengan musim luruh ialah tiupan angin yang sangat kuat. Kuat sampai rasa bagai nak melayang. Bunyi angin yang kuat itu masih boleh didengari walaupun kita berada di dalam bangunan. Eeuuuooooo....Eeeeuuuuuoooo... Haa... Macam tulah bunyi angin yang kuat tu.

Thursday, October 28, 2010

Selamat Tinggal Musim Panas...

... Selamat datang musim luruh dan musim sejuk

Menginjak masuk ke bulan Oktober, cuaca di sini semakin sejuk. Sepanjang minggu ni, suhu di sini berlegar di antara 2-12 darjah Celcius. Kelmarin (Isnin), sewaktu berjalan kaki ke universiti, embun-embun di atas padang sudah mula membeku. Aduh! Ingin menangis rasanya mengharung tiupan angin dingin. Daun-daun pun sudah mula bertukar warna; kuning-oren-coklat, lantas luruh menyapa bumi.


Masa juga dirasakan semakin cepat. Manakan tidak, baru saja rasanya berlalunya Ramadhan dan Syawal. Sementelahan bulan Ramadhan tahun ini di akhir musim panas. Tempoh puasa yang panjang, hampir 17 jam berpuasa memang terasa sangat keletihannya. Cuma cuaca yang tidak begitu panas (+- 17 darjah Celcius) membantu mengurangkan rasa dahaga. Sesiapa yang pernah melalui musim panas, pasti faham sangat dengan waktu solat Maghrib & Isyak yang lewat dan Subuh yang awal. Bayangkan jam 9 malam baru masuknya waktu Maghrib. Kalau di awal musim panas, lagilah, Maghrib hampir jam 10 malam dan jam 2:30 pagi sudah masuk Subuh. Mujur tahun ini Ramadhan masih di penghujung musim panas, makanya dapatlah bersahur sekitar jam 3 pagi. Tahun depan, Ramadhan di pertengahan musim panas. Semoga Allah beri saya kekuatan untuk berpuasa.


Namun, masuk saja bulan Oktober, bagi kita yang Muslim ni memang terasa cepat sangat waktu berlalu. Sebabnya waktu solat Zuhur-Asar-Maghrib dan Isyak yang sangat rapat. Sekarang ini, jam 5 petang sudah mulai gelap. Masuk November nanti, lagilah cepat gelap. Bayangkan jam 3:30 petang sudah Maghrib dan jam 6 petang sudah Isyak. Yang paling best musim sejuk ni ialah, waktu Subuh yang panjang. Buat yang liat untuk bangun awal, tiada alasan Subuh gajah atau Subuh dinasor, sebabnya, waktu Subuh tamat lebih kurang pada jam 8:00 pagi.

Bila sejuk-sejuk begini, memang cepat sangat rasa mengantuk. Tambahan pula dah selesai solat Isyak & dinner, memang nak tidur je rasanya. Tapi kalau tidur jam 7 malam, takkan nak bangun jam 2 pagi kot? (merujuk pada jumlah jam tidur yang ideal: 7-8 jam sehari). Jam 2 pagi tu, sejuknya memang tak dapat nak diceritakan. Kalaulah boleh angkut heater tu ke mana saja seperti payung, pasti saya dah buat.

Tapi, tak baik komplen banyak-banyakkan. Bersyukurlah masih ada rumah yang boleh dijadikan tempat berteduh. Saya tak dapat bayangkan macam mana homeless people boleh survive kesejukan winter.

Thursday, October 14, 2010

Kenapa kita mengucap syahadah semasa tahiyat?

Baru siap solat Zuhur berjemaah di masjid universiti. Penuh tingkat atas masjid dengan budak-budak sekolah dan cikgu-cikgu mereka. Yang bagusnya walaupun cikgu-cikgu dan budak-budak ni majoritinya bukan Muslim mereka senyap sunyi je sepanjang kami berjemaah. Umur budak-budak tu dalam lingkungan sekolah rendah, dalam 8-10 tahun rasanya. Sekolah-sekolah kat sini memang selalu je buat lawatan ke masjid. Mungkin ada dalam rangka silibus mereka kot.

Adalah beberapa kali lepas usai solat Zuhur, saya stay kejap kat masjid. Saja nak dengar penerangan imam kepada budak-budak tu. Selepas imam bagi penerangan tentang masjid, tentang cara orang Islam solat, imam akan tanya kot-kot ada antara mereka yang ada soalan. Sekali tu adalah sorang budak ni bertanya, "When you pray, I see you raise you index finger. Why is that?" That little boy must be referring to our tahyiat. Imam pun menjawab, "Good question. We are actually renewing our faith in the prayer whilst doing that."

That day not only the boy learned something, so do I. Small but extremely crucial thing in my life as a Muslim. Thing that I know of and practice it but somehow the reason why just slipped to back of my mind.

Ya Allah, sedarkanlah aku bila mana aku lalai dan alpa. Aaamin.

Tuesday, October 12, 2010

Pretty Happy

Am pretty happy today. I bought a brown corduroy skirt at the charity shop. I plan to make a bag with it. May be a hobo bag or a tote or a sling bag. We'll see. Can just imagine how beautifully that bag will turn out to be :) Well, if I manage to sew a corduroy fabric using my tiny little machine without breaking the needle. I'll probably use the pattern I found here. Pretty thing huh? So yummy!

Oh! I also managed to get hold of a king size duvet cover at the car boot sales last two weeks. Love the itty bitty print. I've washed it although I'm pretty sure the seller have washed it before she sells it. It's a habit of mine. I will wash every garment I buy, be it new ones or used ones. I plan to make a laundry basket cover with this fabric. Or if I can find a basket to put our magazines in, I'll whip one basket liner like the one here.

Monday, October 4, 2010

I'm in the university brochure

A friend informed me on Saturday that she saw my photo in one of the university's brochures. Then another friend wrote a wall post on my Facebook wall today informing me of the same thing. It takes me quite some time to dig the brochure.

I did participated in the photo session for the In-Sessional English Language Programme brochure last year. The person in charge said he will send an e-mail once the brochure is done. I haven't received any e-mail since so I was assuming that my photo just didn't make it. So it was quite a surprise to see myself in the brochure. *blushing* I am saving this brochure forever. Hehe...
If you are interested to have a look at the brochure, click here. :)

p/s: Some of my friends and relatives back home in Malaysia informed me that my Salam Perantauan dedication (with photo of my husband and I) make it to the print. I was really hoping someone saves it for us.