Baru siap solat Zuhur berjemaah di masjid universiti. Penuh tingkat atas masjid dengan budak-budak sekolah dan cikgu-cikgu mereka. Yang bagusnya walaupun cikgu-cikgu dan budak-budak ni majoritinya bukan Muslim mereka senyap sunyi je sepanjang kami berjemaah. Umur budak-budak tu dalam lingkungan sekolah rendah, dalam 8-10 tahun rasanya. Sekolah-sekolah kat sini memang selalu je buat lawatan ke masjid. Mungkin ada dalam rangka silibus mereka kot.
Adalah beberapa kali lepas usai solat Zuhur, saya stay kejap kat masjid. Saja nak dengar penerangan imam kepada budak-budak tu. Selepas imam bagi penerangan tentang masjid, tentang cara orang Islam solat, imam akan tanya kot-kot ada antara mereka yang ada soalan. Sekali tu adalah sorang budak ni bertanya, "When you pray, I see you raise you index finger. Why is that?" That little boy must be referring to our tahyiat. Imam pun menjawab, "Good question. We are actually renewing our faith in the prayer whilst doing that."
That day not only the boy learned something, so do I. Small but extremely crucial thing in my life as a Muslim. Thing that I know of and practice it but somehow the reason why just slipped to back of my mind.
Ya Allah, sedarkanlah aku bila mana aku lalai dan alpa. Aaamin.
1 comment:
berbagai jawapan diberi tentang perkara ni di antara nya ada yang kata angkat jari tu makna nya allah tu satu ,ada juga yang kata jari tu menunjukkan allah ada kat depan kita..tapi apa yang imam tu kata tu lah yang sebenar nya..
Post a Comment