Menginjak masuk ke bulan Oktober, cuaca di sini semakin sejuk. Sepanjang minggu ni, suhu di sini berlegar di antara 2-12 darjah Celcius. Kelmarin (Isnin), sewaktu berjalan kaki ke universiti, embun-embun di atas padang sudah mula membeku. Aduh! Ingin menangis rasanya mengharung tiupan angin dingin. Daun-daun pun sudah mula bertukar warna; kuning-oren-coklat, lantas luruh menyapa bumi.
Masa juga dirasakan semakin cepat. Manakan tidak, baru saja rasanya berlalunya Ramadhan dan Syawal. Sementelahan bulan Ramadhan tahun ini di akhir musim panas. Tempoh puasa yang panjang, hampir 17 jam berpuasa memang terasa sangat keletihannya. Cuma cuaca yang tidak begitu panas (+- 17 darjah Celcius) membantu mengurangkan rasa dahaga. Sesiapa yang pernah melalui musim panas, pasti faham sangat dengan waktu solat Maghrib & Isyak yang lewat dan Subuh yang awal. Bayangkan jam 9 malam baru masuknya waktu Maghrib. Kalau di awal musim panas, lagilah, Maghrib hampir jam 10 malam dan jam 2:30 pagi sudah masuk Subuh. Mujur tahun ini Ramadhan masih di penghujung musim panas, makanya dapatlah bersahur sekitar jam 3 pagi. Tahun depan, Ramadhan di pertengahan musim panas. Semoga Allah beri saya kekuatan untuk berpuasa.
Namun, masuk saja bulan Oktober, bagi kita yang Muslim ni memang terasa cepat sangat waktu berlalu. Sebabnya waktu solat Zuhur-Asar-Maghrib dan Isyak yang sangat rapat. Sekarang ini, jam 5 petang sudah mulai gelap. Masuk November nanti, lagilah cepat gelap. Bayangkan jam 3:30 petang sudah Maghrib dan jam 6 petang sudah Isyak. Yang paling best musim sejuk ni ialah, waktu Subuh yang panjang. Buat yang liat untuk bangun awal, tiada alasan Subuh gajah atau Subuh dinasor, sebabnya, waktu Subuh tamat lebih kurang pada jam 8:00 pagi.
Bila sejuk-sejuk begini, memang cepat sangat rasa mengantuk. Tambahan pula dah selesai solat Isyak & dinner, memang nak tidur je rasanya. Tapi kalau tidur jam 7 malam, takkan nak bangun jam 2 pagi kot? (merujuk pada jumlah jam tidur yang ideal: 7-8 jam sehari). Jam 2 pagi tu, sejuknya memang tak dapat nak diceritakan. Kalaulah boleh angkut heater tu ke mana saja seperti payung, pasti saya dah buat.
Tapi, tak baik komplen banyak-banyakkan. Bersyukurlah masih ada rumah yang boleh dijadikan tempat berteduh. Saya tak dapat bayangkan macam mana homeless people boleh survive kesejukan winter.
1 comment:
baca kak dilla bercerita pasal 4 musim kat sana buat tasha rasa mcm tasha sendiri lak yg alaminyer..hehe..x dpt nk rasa sendiri, baca experience org pun jadi la kan..nway kak, ada contact br.malek x? lama dh x contact dgn dia..
Post a Comment