Tak kisahlah sama ada korang tengah amik degree, master atau PhD, hatta sijil dan diploma sekalipun. Pernah tak ada orang yang cakap dengan korang apa yang korang buat tu senang ataupun mudah? Semudah mengorder roti canai dan teh tarik kat kedai mamak? Tak pun semudah berhutang dengan Kot Mamot yg hampeh itu? Pernah? Tak pernah? Kalau tak pernah, luahan aku ni tak berkaitan sangatlah dengan korang.
Ini kisah pasal PhD aku. Ex-student aku Aziz @ Aku Dan Hidupku Yang Agak Bosan (panjangnya tajuk blog dia ;P ) pernah tanya, PhD Madam ni pasal apa? Ceritalah sikit.
OK, basically PhD aku berkaitan dengan analisis data dari bioproses, dalam bahasa Inggeris, Bioprocess Data Analysis. Data yang aku analisis ni datangnya dari industrial process. Maksudnya, ia bukanlah data yang aku kutip dari eksperimen dalam makmal tetapi data yang datangnya dari kilang. Tentunya bukan aku yang collect data tu. Tentunya bukan aku juga yang set up eksperimen tu. Data yang dikutip dari proses kat kilang ni jujurnya lebih dari beribu-ribu lemon. Senang cite, kilang ni nak cipta sejenis ubat/antibodi. Untuk menghasilkan satu-satu ubat atau antibodi, memakan masa bertahun-tahun. Bukan macam ubat kurus dari China atau dari Malaysia, kajian setakat 2 tahun dah boleh market ubat kurus yang konon-kononnya sangat mujarab itu.
Proses dari awal hingga akhir penghasilan ubat/antibodi membolehkan terhasilnya 3 hingga 4 PhD tesis dan beberapa ketul Master tesis. Yelah, untuk set up eksperimen saja dah dapat 1 PhD tesis. Pastu untuk data collection dan segala yang berkaitan saja, dah boleh menghasilkan satu PhD lagi. Nampak tak? Untuk menghasilkan sesuatu benda baru, banyak level dan proses yang terlibat. Ini seterusnya membuahkan penghasilan beberapa PhD tesis lagi. Satu perkara yang aku nak tekankan di sini ialah, penghasilan satu-satu PhD itu bukanlah seperti persepsi sesetengah orang kat Malaysia.
Tak percaya? Korang pergilah interview beberapa pensyarah orthodoks kat Malaysia tu, dijaminlah mereka akan cakap, "Eh! Ini je PhD you? Tak cukup ni. Mana cukup you buat model je. You kena buat hardware jugak. You kena buat bla.. bla.. bla..." Bukan nak kutuk, just nak err... sindir sikit je. Pensyarah-pensyarah orthodoks ni la yang melemahkan semangat orang-orang nak buat PhD. Orthodoks di sini menjurus pada cara berfikir bukan pada umur mereka. Ada je pensyarah-pensyarah muda yg berpemikiran orthodoks sebegini. Sesedap rasa je aku menulis ye, tapi itulah hakikat. Doakanlah semoga aku tak tergolong dalam golongan orthodoks ni bila balik bertugas nanti. Dan... dan... orang-orang berpemikiran orthodoks ni menganggap you have to come up with something totally NEW or totally "NOVEL" (ni perkataan orang-orang PhD) totally on your own! True, there has to be at least something novel about your work, but you are not expected to be Al-Khawarizmi or Einstein!
Tak percaya? Korang pergilah interview beberapa pensyarah orthodoks kat Malaysia tu, dijaminlah mereka akan cakap, "Eh! Ini je PhD you? Tak cukup ni. Mana cukup you buat model je. You kena buat hardware jugak. You kena buat bla.. bla.. bla..." Bukan nak kutuk, just nak err... sindir sikit je. Pensyarah-pensyarah orthodoks ni la yang melemahkan semangat orang-orang nak buat PhD. Orthodoks di sini menjurus pada cara berfikir bukan pada umur mereka. Ada je pensyarah-pensyarah muda yg berpemikiran orthodoks sebegini. Sesedap rasa je aku menulis ye, tapi itulah hakikat. Doakanlah semoga aku tak tergolong dalam golongan orthodoks ni bila balik bertugas nanti. Dan... dan... orang-orang berpemikiran orthodoks ni menganggap you have to come up with something totally NEW or totally "NOVEL" (ni perkataan orang-orang PhD) totally on your own! True, there has to be at least something novel about your work, but you are not expected to be Al-Khawarizmi or Einstein!
Berbalik pada PhD aku, data yang aku dapat dari kilang tu aku perlu analisis. Bila sebut analisis ni, orang selalu membayangkan macam buat analisis dalam Excel tu. Yes, for some part of it. However, the kind of analysis that I am working on is to develop a model for the purpose of fingerprinting and something more for that bioprocess. Untuk develop model tu, aku perlu menggabungkan teknik-teknik dari bidang yang berbeza. Aku guna teknik dari signal processing yang dipanggil wavelet transform dan teknik dari statistik yang dipanggil principal components analysis. Dalam wavelet transform dan principal components analysis tu pula ada cabang-cabang yang aku perlu selusuri dan cuba dan kemudian pilih yang mana satu bersesuaian dengan model yang aku nak develop tu.
Waima dah siap model tu sekalipun, PhD aku tak siap lagi. Aku perlu hubungkaitkan kembali model tu dengan apa sebenarnya yang terjadi semasa proses penghasilan data tu. Cari relationship antara model dengan chemical properties dan biological properties of the data pulak. Ini bermakna, aku perlu faham proses di sebalik terhasilnya data tu, macamana data tu dikutip. Jadi korang boleh imagine yang aku ni perlu berimaginasi (imaginasi berasaskan fakta & sains) tentang proses yang berlaku. Memanglah ada gambar dan penerangan dari engineer yang terlibat, tapi aku tak pernah jejak kaki pun kat kilang tu.
Makanya, bila ada suara-suara pitching ke laut yang suka suki mengatakan, "Ala, modelling senang je. Aku ni kena dok dalam siang malam lab kutip data." ataupun "Senanglah kerja awak, tak payah masuk lab, data dah tersedia." aku terasa jugaklah. Tapi aku taklah melatah dengan memaki hamun sang empunya suara. Dah dewasa ni, malas nak bergaduh sebenarnya. Sebab nanti kalau terlepas kata-kata yang menyakitkan hati kena minta maaf. Paling-paling pun, aku jawab dengan berbudi bahasa "Kenapa tak buat modelling?" Hahaha... Dah kata senangkan, apsal tak buat? Betul tak?
Hatta aku buat modelling sekalipun, bukannya aku dapat data tu aku boleh terus buat analisis. Wavelet transform tu aku kena belajar dari scratch. Walaupun degree aku asasnya Electrical Engineering, aku cuma belajar Fourier Transform je. Wavelet Transform tu subjek postgrad tau! Masa amik master, aku bukannya buat master in Electrical Engineering pun. Pastu, statistik tu, kalau setakat nak harapkan statistik zaman degree dulu, hahaha... takat nak tekan-tekan kalkulator tu boleh la. Basic probability and what not. Tak pernahnya aku dengar apakebendanya principal components analysis tu sebelum aku start PhD ni. Dan... dan... walaupun aku guna MATLAb programming yang user friendly itu untuk buat analisis dan create model untuk data aku tu, last aku sentuh MATLAB programming zaman aku buat degree. Masa mengajar sebelum datang buat PhD ni, adalah sekali dua, itupun setakat nak ajar student analisis matrix. Tu je. Jadi, boleh kata aku ni buat PhD memang start dari scratch. Walaupun begitu, aku tetap bersyukur sebab Allah menolong aku dengan memudahkan aku faham. Adalah jugak kadang-kadang tu susah nak faham tapi tu perkara biasa dalam belajarkan?
Natijahnya, setiap PhD tu berbeza. Tak kiralah bidang apa, tajuk apa sekalipun kita buat, kalau kita rasa kita punya susah, orang lain pun mungkin rasa begitu juga. Eh! Even orang yang beli PhD dia pun rasa susah jugak tau! Apa korang ingat senang ke nak sorok-sorok perihal membeli sekeping kertas ijazah tu, tak kisahlah ijazah sarjana muda atau ijazah sarjana atau ijazah doktor falsafah. Cuba pergi tanya pada orang yang pernah beli ijazah, apa kata mereka? Hehehe....
Apapun, kejadian ni menginsafkan aku juga. Teringat zaman aku buat degree dulu, aku eksyen la jugak. Maklumlah budak enginekan. Lagipun, masa aku kat US dulu, dalam kelompok budak Melayu yang tak ramai mana kat Oklahoma State tu, aku sorang je budak perempuan Melayu yang amik engineering. Dalam kelas aku yang ada +-30 orang tu, ada 2 orang je perempuan, aku dan sorang budak local. Mula-mula tu aku takdelah eksyen hatta sebesar hama pun, tak baik tau riak! Tapi bila ada sorang brother ni (dia study business) suka kutuk-kutuk aku, katanya, susah-susah je study engine, balik jadi kuli. Tengok dia yang study business, balik tentu jadi bos. Hek eleh... benci + meluatnya aku. Tak taulah apa cite dia skrg, dah jadi bos besar kot?!
I.SIMPLY.DON'T.CARE. Ditambah pula aku tengok budak-budak yang study business ni relaks je memanjang, dekat nak exam baru study bagai nak rak. Kalau compare dengan student engine, bagai langit dan bumilah. Pastu aku ada amik satu elektif subjek bisnes, marketing kot. Alahai... serius tak yah study boleh score. Kemudian masa amik subjek Probability & Statictics, adalah beberapa org dalam kelas tu budak bisnes, student mat saleh la; boleh dia tak tahu y=mx + c tu apa. Hemmm... sejak tu aku menganggap entengnya study business ni.
Tapi sekarang, aku dah semakin matang (baca = tua), aku faham setiap bidang tu cabarannya berbeza-beza. Setiap bidang ada sumbangannya pada masyarakat. Tak adanya bidang yang senang macam order roti canai & teh tarik. Hatta nak menceburi bidang buat roti canai pun perlukan kesungguhan menebar, tak gitu? Jadi kita tak bolehlah angkuh dan riak terlampau dengan apa yang kita buat. Kalau orang kutuk, kalau rasa perlu, buatlah atau cakaplah sesuatu dengan berhemah supaya mereka faham. Tapi kalau jenis yang nggak mau faham tu, tak yah buang masa layan. Biarkanlah mereka hidup dalam belon-belon riak mereka itu.
K, jumpa lagi. Terima kasih sudi baca :)
8 comments:
berbalik kepada tempt kerja i yang boleh disamakan dengan apa yang u kata tu bahawa setiap bidang tu ada sumbangannya pada masyarakat...
sorang CEO mempertikaikan orang ni tak buat kerja, orang tu tak buat kerja, dia sorang jer buat kerja... kelakar...
setiap orang ada sumbangannya pada organisasi syarikat... tukang kebun punya sumbangan tak boleh nak disamakan dgn secretary pnya sumbangan. secretary punya sumbangan tak boleh disamakan dengan ceo punya sumbangan..
Madam, memang tak semua benda itu senang. Setiap org ada kelebihan dan kekurangan masing2. Uhuuu...Bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian. Good luck!!!
Hush, modelling susah kot. Sy dah beberapa kali kena reject ngan agensi bila pergi go-see. Last kali kena reject nagn Elite Modelling Agency. Hehe!
Tp betol la, walopon x masuk lab, nak deal dgn data2 tuh bukaknya senang. nak paham software tuh awal2 pon dah makan masa. kan dibut?
pengalaman buat multivariate data analysis masa praktikal yg ciput dlu tu pun dah cukup membuat idup saya stress selama 16hari setengah..huhu
berusehe mdm! *ohhh kagumsss*
sape yang kata phd tu senang mmg la sangat ngongnya.. walau apa pun bidangnya tetap la susah jugak.. kalu senang org tak panggil phd der..
aziz..cantik ker ko nak pergi modelling agency..boleh kalahkan aku ker..madam..chaiyo chaiyo..!!!
-syfulicious-
Netnet:
Hey! apa kabar? You dah tutup ke blog you? Puas saya sekodeng tak leh tembus gak pandangan.
Payahlah kalau CEO pun perangai cam budak2 sekolah tadika. Cuba semua org jgn buat kerja, tengok betul tak dakwaan dia tu. hehe...
Diba:
Betul Diba. Mula-mula dulu adalah jugak hangin bila org kata phd you senang. Tapi skrg, malas dah nak amik pot. biarkanlah mereka jadi Giant dalam katun Doraemon tu. (apa kena mengena ntah. haha...)
Aziz:
Tu la awak, portfolio tak lengkap dah go-see. Awak tak expert lagi smiling with ur eyes tu. haha...
Pd 'kebanyakkan' org yg masuk lab,kitorg yg buat modeling ni keje enteng aziz. kalau dah senang, apsal tak buat modeling kan? kan?
Leyha:
Yeee... multivariate data analysis tulah bendanya yg yg saya dok ngadap ni. multivariate, multiway, multipening... huhu...
Rhyati:
Kengkadang tu org yg buat phd gak yg ckp mcm tu. As if Phd dia saja yg hebat banget! eeeuuuww kan...
Epul:
Pekabar? Dah habis kontrak jadi anak angkat Dr. P?
OM LV, saya mmg tau keje ngan modeling amat susah even i used to be part time model*sambil jeling epul n aziz* wakakakaka....
saya x ske bnda yg deal ngan sistem mcm tuh...saya ske programming je...matlab paling saya benci...hahaha...
Post a Comment