Ala... Sebenarnya bukan kena marah pun, kena tegur je dengan suami. Sepanjang perkahwinan, suami tak pernah pun meninggikan suara kat saya.
Punca kena tegur dengan suami simple je, saya gatal2 memanjat. Sebenarnya kami baru pindah rumah hujung Januari hari tu, 29&30 Januari to be exact. Pindah masuk rumah baru hari Sabtu, Ahad pun masih angkat lagi barang-barang yang tak habis diangkat hari Sabtu tu. Rasanya kami takdelah banyak sangat barang, tapi beberapa trip jugaklah nak mengangkut kesemuanya. Kes pindah rumah ni memang nak cerita sangat kat sini. Untuk teladan bagi sesiapa yang nak datang & bermastautin di UK sebagai pelajar macam saya. Pastu minggu depannya bermula hari Isnin sampai ke hari Ahad suami dah sibuk dengan projek restoran yang dikongsi dengan dua orang rakannya. Projek restoran tu sebenarnya dah lama dalam perancangan tapi asyik ada halangan saja. Tapi itulahkan, rezeki ni bila Allah nak bagi tu, memang datang bila kita langsung tak menjangkakannya. Suami dan rakan-rakannya perlu bersegera membersihkan restoran sebab pada 7 Februari dah nak buka pintu kedai kaedahnya. Next post la cite pasal restoran ni. By the way, restoran tu namanya Restoran Rasa Nusantara, letaknya di tengah-tengah bandar Newcastle.
Jadi bila suami saya sibuk membersihkan restoran & menyediakan apa yang patut untuk pembukaan restoran, maka barang-barang kami yang dipindahkan ke rumah baru ni berkaparanlah, berteban tak tentu hala-mengikut loghat orang Pahang. Saya pulak lepas pindah tu, penatnya ya amat. Bukannya buat apa pun, tapi penat sangat. Mungkin sebab pregnancy sickness saya masih belum berakhir. Yelah, saya ni nak makan nasi pun tak selera. Dalam dua bulan ni rasa-rasanya baru 2-3 kali saya makan nasi. Itupun keluar semula. Selebihnya makan Nestum je, sedih tau! Sob... Sob!
Minggu ni saya dah ada tenaga sikit, saya mulalah mengemas apa yang patut. Itupun angkat barang yang ringan-ringan je. Takutlah nak angkat yang berat-berat. Kawan-kawan semua pesan jangan angkat langsung. Suami pun tak bagi saya angkat barang, tapi rumah macam tongkang pecah sampai saya pening kepala. Sebenarnya kawan saya, Intan selalu pelawa untuk tolong kemas. Tapi saya rasa bersalah jugak nak minta tolong dengan Intan, sebab dia dan keluarga dah nak balik Malaysia bulan Mac ni. Maka, mereka pun sedang sibuk nak packing barang-barang mereka.
Nak minta suami buat semua, saya kesian sebenarnya. Sejak restoran mula beroperasi, suami saya memang tak cukup tidur. Balik dari restoran paling awal jam 1:30 pagi. Jam 6 dah nak bersiap untuk kerja cleaner tu. Balik dari kerja cleaner jam 9 pagi. dah nak bersiap ke restoran pulak. Mana-mana isteri pun rasanya mesti nak mengalir air mata tengok suami keletihankan?
Berbalik pasal kena tegur, pagi tadi sebelum suami keluar ke restoran, suami tanya, "Sayang panjat ye?"
Suami maksudkan saya memanjat untuk meletakkan kotak-kotak ke atas kabinet dapur.
Saya konon-konon nak buat lawak menjawab, "Taklah, sayang guna magic. Sayang tunjuk je kat kotak tu, soh dia naik atas kabinet." Sambil tu saya buat-buat gaya dengan jari telunjuk mengarah kotak-kotak supaya naik dari lantai ke atas kabinet. Mengarut je kan?
Suami saya pandang je saya. "Kalau jatuh macam mana?"
Dah saya rasa bersalah.Malas nak bersoal jawab, saya terus peluk suami. Semasa memanjat tu, saya memang berhati-hati. Kalau saya rasa penat dan mengah, memang saya takkan panjat punya.
Alhamdulillah, tiada sebarang kecederaan. Baby pun memberi kerjasama yang baik. Yelah selalunya, bila saya nak mengemas, mengangkat barang-barang dan memanjat, saya cakap dengan baby, "Ibu need to do some work. We are a team, we need to be strong. Both Ayah and Ibu love you so much, so be strong ok."
Memanglah kalau ikutkan, baby tu kecik ya amat. Baru dalam 5 cm gitu. Tapi tak kisahlah, cakap je dengan dia. Insya-Allah dia faham. Saya nak baby tahu, kami sayangkan dia. Saya mengemas dan buat kerja yang tak berapa nak ringan tu bukan sebab nak menyakitkan dia.
7 comments:
LOL. awat sama lagi!! kitorg pun baru pindah 2 bedroom last 2 weeks. sakit wooo belakang. takde lah angkat berat pun, kemas2 je. and salah teknik masa nk angkat barang. mmg backpain giler2 punya! oh sungguhlah central gravity kita dah berubah!
marah sayang tu Dilla.
its a miracle ...rezeki dah tu utk pregnant. :)
wah...cikabang bukak restoren ke? bleh la saya heboh2kan kat member2
sweetnya cara marah.. macam tu hari2 kena marah pun best jugak.. haha..
Madam pregnant??Congrats!Owh, ramainya orang2 yg saya kenal tgh pregnant ni. Hmm..
@afi:
hehehe.. kitorg punya previous flat mmg 2 bedroom pun. tapi insulation rumah cam hampeh. sejuk giler. dan tuan rumah semakin hari semakin buat peel.
@wardah:
a'ah la wa'ah. dia risau la tu. saya pun risau sebenarnya tapi tak larat nak hidup berterusan dgn unpacked boxes.
Restoran Alhamdulillah dah seminggu buka. Suami share dgn kawan2. Tgh plan nak buat fb utk restoran ni.
@Rhyati:
haha.. tak mo la kena marah hari2. Nanti rasa bersalah pastu sedih tak pasal2. huhu ;)
@Nur Adibah:
A'ah Cikgu Diba :) Makasih :))
eemm...org pompuan ni kekadang memang degil..dia tak tau ke org sayang kat dia.jgn buat lagi tauuu
eemm...org pompuan ni kekadang memang degil..dia tak tau ke org sayang kat dia.jgn buat lagi tauuu
Post a Comment