Google Translator

Wednesday, March 23, 2011

Padan Muka!

Padan muka aku, sengaja melambat-lambatkan ganti puasa. Sudahnya sekarang baru terkial-kial nak mengganti puasa. Sebenarnya separuh dah aku ganti dalam bulan Syawal. Separuh lagi kononnya aku rancang nak ganti masa winter iaitu bulan Disember. Alasannya masa bulan Disember tu, waktu Maghrib masuk awal & waktu Subuh masuk lewat, jadi pendeklah tempoh berpuasa. Walaupun tempoh berpuasa itu pendek, disebabkan oleh cuaca yang sejuk, perut kita lagi cepat terasa lapar.

Tapi apa yang aku rancang tak menjadilah pulak. Alih-alih, bulan Disember tu, aku mabuk + loya + tak berdaya bagai nak rak. So tak puasalah jugak. Aduhhh! Tunggu Januari, masih tak larat. Tunggu Februari, dah larat sikit tapi masih muntah-muntah. Sampailah dah ke penghujung Mac ni, barulah badan aku ni betul-betul rasa ada tenaga. Kalau ikutkan payah juga nak berpuasa sebenarnya. Perut aku ni pantang kosong sikit, walaupun tak lapar, masuklah angin. Bila dah masuk angin tu, memang muntahlah kalau cuba-cuba untuk makan.

Semalam aku cubalah berpuasa. Kunci jam pukul 3 pagi untuk bangun sahur. Memang dah terbangun jam 3.15 a.m tu, tapi saja je baring-baring pastu terlelap. Sedar-sedar dah jam 3.40 a.m. Hah! Kelam kabut bangun nak bersahur, mana taknya waktu Subuh masuk jam 3.58 a.m. Tak sempat dah nak makan nasi. Telan Nestum dan roti jelah jawabnya. Hemmm...

Sepanjang hari di universiti semalam, aku asik mengira berapa jam lagi nak berbuka. Parah sungguh! Macam budak kecik je. Walaupun tak delah lapar sangat, tapi angin dah mula masuk ke kepala dan dalam badan. Aduhaii... nasib baik ada skill untuk 'menyendawakan' diri. Dapatlah sikit sebanyak mengeluarkan angin.

Itulah, bila Allah bagi kelapangan dan kesihatan jangan amik mudah dan jangan leka. Bila dah tak lapang dan tak sihat macam aku ni, barulah terasa menyesal tak sudah. :(
Sebab tulah ada hadith yang mengingatkan  tentang ini.
Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara lain, yaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sehat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum masa miskinmu, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datangnya saat kematian. (Hadith Riwayat Muslim dan Tirmizi dari Amru bin Maimun r.a.)

Tuesday, March 22, 2011

Susah Senang Kita Berdua

Bila susah ramai yang menjauh, hatta saudara sendiri. Bila senang orang yang tak pernah-pernah kenal pun boleh merapat, betul tak?

Jatuh bangun, menangis ketawa, susah senang sejak berkahwin semuanya dikongsi bersama pasangan. Itulah antara nikmat perkahwinan bagi saya. Ada sahabat untuk kita kongsi gundah gulana. Nikmat perkahwinan tu bukan saja waktu gembira atau waktu senang atau ... waktu di ranjang saja ye. Walaupun yang terakhir itulah nikmat yang sering digembar-gemburkan. Isshh ...

Selingan
Di awal perkahwinan dulu, suami susah sangat nak berkongsi masalah dia dengan saya. Padanya selagi dia boleh cuba untuk selesaikan walaupun bagai nak rak memikir, selagi tu dia akan cuba. Sampaikan dulu-dulu saya sering merajuk semata-mata sebab suami tak mahu bercerita tentang perkara yang merunsingkan dirinya. Saya tahu orang lelaki ni bukannya suka nak berkongsi masalah dengan isteri. Kononnya tak nak menyusahkan isteri. Peringatan ye untuk kaum lelaki, majoriti isteri lagi gembira kalau dapat meringankan beban suami. Walaupun setakat menjadi pendengar.

Bila buat-buat merajuk tak berjaya, saya cuba teknik lain. Bila saya lihat suami senyap lain macam je, saya taulah dia sedang berfikir.

"Abang tengah fikir apa?", tanya saya.

"Takde apa", ringkasnya jawapan suamiku dulu.

"Sayang tau, Abang tengah fikirkan something kan? Cakap yes or no je. Tak payah bagitau apa yang Abang fikir tu." umpan saya lagi.

Selalunya suami mengangguk mengiakan dia sedang berfikir.

"Boleh Sayang tau apa yang Abang fikir?" konon je tadi tu tak payah bagitau, tapi masih lagi nak menyiasat. Di situlah silapnya saya dulu. Suami jadi geram sebab saya seolah-olah mendesak walaupun cara halus. Huhuhu... Bila suami tak jawab, saya merajuk lagi. Hodoh betul rasanya.

Tapi lama kelamaan saya semakin bijak. *Perasan*. hehe... Lagipun kata suami dia tak gemar didesak. Jadi bila saya terus-terusan bertanya, saya seolah-olah meletakkan suami dalam posisi didesak. Makanya, selepas suami dah explain macam tu, saya pun ubahsuai teknik di atas.

Lepas suami mengiakan bahawa dia sedang berfikir, saya terus berhenti bertanya walaupun dalam hati meronta-ronta nak tau. Tulah impact asik dok menonton CSI, Criminal Minds bagai tu. Selagi tak tau sampai  ke akar umbi, selagi tu susah nak berhenti menyiasat. Tapi saya kuatkan hati untuk berhenti bertanya. Selalunya saya ubah topik lain atau saya tengok TV atau buatlah apa saja asalkan saya tak bertanya lagi pada suami. Dan... yang bestnya, teknik ni memang berkesan. Berkesan sebab akhirnya suami akan buka cerita tanpa saya bertanya. Paling lama pun 24 jam tempoh saya menunggu. Hehehe...

Dan Alhamdulillah, tahun ni masuk tahun ke-4 perkahwinan kami, kami berdua semakin matang. Sekarang saya pun dah tak perlu bertanya banyak seperti dulu. Suami dengan rela hati bercerita tanpa dipinta. YESSS!!! :)

Tamat Selingan

Berbalik pada susah senang dikongsi bersama pasangan, bila jauh merantau ni lagilah macam-macam yang dilalui. Sampaikan saya dan suami pernah berbicara, "Takpelah, whatever it is, we have each other. Kita ingatlah tu. Waktu kita susah, memang payah nak minta tolong sesiapa hatta dari orang yang kita pernah tolong sekalipun. Esok-esok bila senang, kita jangan lupa waktu kita susah."

Thursday, March 17, 2011

Orang dah viva, awak?

Kelmarin, hari Selasa, kawan seopis/ sebilik saya Heather, datang untuk viva. Dalam 2.5 jam lebih dia kembali ke opis dengan senyum riang gembira. Lulus dengan minor correction (1 bulan untuk buat correction). Macam syok je kan dah viva. Saya taklah berangan pun nak viva lagi, menulis pun baru ada sepatah dua kata. Tapi bila memikirkan viva memang rasa berdebar je. Even when writing discussions and analyses on my results pun dah terfikir, agak-agaknya nanti examiner akan tanya apa pasal discussion ni.

Memang pun sebenarnya masa kita menulis kita patut keep in mind perkara-perkata seperti:
-kalau tulis macam ni, tala mana examiner akan tanya
-kalau guna perkataan "claim" instead of "suggest", agak-agak examiner akan argue tak
-elakkan dari menggunakan frasa "My method/study is the best solution to the problem." Ini statement mungkin akan makan tuan. Jaga-jaga ;P

Pada saya setakat ni, perkara yang paling susah dalam perjalanan PhD ni ialah MENULIS!. To master the art of writing an academic piece of work is not easy. Kalau tak percaya, cubalah ambil kelas Scientific Writing ataupun Thesis/ Dissertation Writing.

Sekarang bilik tempat saya duduk buat kerja ni tinggal dua orang je. Masa saya mula-mula mendaftar dulu, dalam bilik ni ada 4 orang. Dua orang post-doc dan dua orang post-grad, Heather dan sayalah tu. Awal tahun lepas, sorang post-doc tu habis kontrak dan seorang lagi pindah bilik lain, dia dapat kerja tetap ke apa ntah dengan school ni. Kemudian, dalam bulan April/ Mei tahun lepas, Heather tu dah habis tempoh PhD dia dan dapat kerja. Masa tu dia tinggal nak writing up je. Tinggallah saya seorang sampailah awal tahun 2011 ni, ada seorang lelaki Sepanyol datang menghuni bilik ni. Kami sama-sama tak peramah, jadi taklah berborak pun, cuma cakap Hi, Hello gitu je.

Sebelum Heather balik lepas viva tu, kami borak-borak sikit. Borak pasal PhD ni la. Betapa adakalanya susah nak keep the motivation going and to stay focus. Tulah, untuk buat PhD ni pada saya tidak memerlukan seseorang tu bijak yahamat; atau perlu seseorang yang sentiasa top in the class. Pada saya, perkara yang menduduki carta teratas ialah disiplin diri. Saya bukan nak menasihat sesiapa ye.

Ini cuma apa yg saya perhatikan pada diri sendiri. Nak maintain disiplin diri bukanlah perkara mudah. Tambah-tambah, bila buat PhD ni, kita sendiri yang atur jadual kita dan kita sendiri yang tentukan waktu bekerja kita. Memanglah ada due date tertentu untuk conference papers, presentation dan sebagainya tapi >90% dari tugasan PhD terpulang pada kita.

Saya sendiri pun, kadang-kadang bersemangat tapi kadang-kadang rasa lesu. Tambah-tambah bila perasan dapat result yg kekonon best gitu. Bila tunjuk kat supervisor, katanya, "This is really great. Very interesting."
Dalam hati saya fikir, bestnya, dah boleh bersenang-senang ke i.e. dah takde further tasks, alih-alih, laaa... Tak habis lagi ke, ada lagi nak buat ke... Emm... walaupun topik atau bidang PhD yang kita buat kajian tu menarik, tapi kadang-kadang naik muak jugak tengok benda yang serupa.

Sunday, March 6, 2011

Rice is (almost) welcome now :)

Went out to the mall last Tuesday with my friend Intan. It has been about three months since the last time I went to town. The cold weather and my sudden fatigue attack are enough to keep me at home. Its already March but the weather here is still around 1-6 degree Celcius. Most days I wish I can wrap myself in a duvet (like a comforter but it gives various degree of warmth) and go to school like that. Picture Michelin tyre mummy ;)

If it is not because Intan is going back to Malaysia next week, I will definitely postpone our outing. She is showing me the things I need to have to welcome the baby. Things like baby humidifier, baby bouncer and orthodontic soothers. Why orthodontic soothers? "Orthodontic soothers are marketed as being specially shaped to help develop the formation of teeth". Read more HERE. I just take notes and will buy it later. Probably search online first to find a good price deal :) One thing I love about shopping here is that I have the luxury of comparing prices online either between different department stores or with Amazon and e-bay.

Child Ionic Humidifier

Baby Bouncer

Orthodontic Soothers
Week 15 & 16

Good news this week: I finally manage to eat and keep down (well, part of ) some rice. It is a big ACCOMPLISHMENT really :)) Nausea is almost gone except in some evening, Alhamdulillah.

Baby news: My baby is about 10cm and 100g this week, about a size of an avocado. Still itty bitty but my tummy is growing even though its not obvious. I know I have to enjoy every moment now until the day I can't see my feet anymore but deep down I am quite excited to see how big my tummy will be. Hahaha...

Not so good news: I started to feel a little pain surround my waist and some other kind of pain. This website, babycentre has really good info in explaining the symptoms and methods for cure for most pains that we experience during pregnancy. Bloating has become part of me. It doesn't matter whether I eat or not, I can hear this churning sound of gas going round and round in my stomach. I keep massaging Losyen Pati Halia or Losyen Pati Limau Nipis on both side of my legs to keep my feet warm. A friend who just gave birth advices me to massage a few drop of Minyak Afiat inside my belly button to help soothe the bloating. Since I don't have minyak afiat on hand, I use Minyak Mestika instead (just google minyak mestika, you will find lots of online shops which sell it). Alhamdulillah, it does helps. Work wise, I still find it is REALLY hard to concentrate at work. Reading a paragraph feels like reading a whole 15 pages journal paper. I keep praying to Allah to help me overcome this obstacle.

Addition:
Untuk menjawab pertanyaan Che'a Riccarton :)
Humidifier: Untuk menambahkan kelembapan dalam ruang lingkup. Juga bertindak sebagai pembersih udara. Faham-faham sajalah rumah kat UK ni, bila masa sangat nak buka tingkap. Kok dibuka, angin luar yang sejuk tu buat diriku menggigil. Bila dipasang heater, budak-budak, bayi terutamanya akan naik ruam pada kulit. Anak-anak yang lahir di UK ni juga kebanyakkannya terdedah pada 'gejala' ekzema.

Orthodontic Soothers/Pacifier: Berdasarkan maklumat kawan saya Intan, yang telah pun bertanya pada kawannya seorang doktor gigi, orthodontic soothers ni kebaikannya ialah ia tidak akan menyebabkan baby jadi jongang. Kalau kita tengok bentuk puting palsu tu pun, putingnya terkepit berbanding dengan puting biasa yang bulat. Itulah setakat pengetahuan yang saya ada.

Oh! Satu lagi. Untuk ibu-ibu mengandung, bila perut dah besar, eloklah mula menyapu krim atau losyen yang dapat membantu mengurangkan stretch marks. Mengikut Puan Ani Liza, beliau pakai jenis Palmer's Cocoa Butter For Stretch Marks. Hak ni jenis losyen. Bau pun sedap jugak. Cuma masa minggu-minggu awal mengandung, satu jenis losyen pun saya tak boleh bau. Hatta bau detergent untuk cuci baju pun buat saya pening. Mengikut Puan Intan pula, beliau pakai jenis Avent Future Mother Moisturising Light Oil. Hak ni jenis spray. Bau pun nyaman je. Ikutlah nak pakai yang mana satu. Saya ada kedua-dua jenis. Bukan tamak, tapi saja nak cuba dua-dua :)

Avent Moisturising Light Oil


Palmer's Cocoa Butter For Stretct Marks


Wednesday, March 2, 2011

Sungguh *&*^*&%*%

Kawan-kawan kata, masa mengandung tak elok cakap yg tak baik. Salah konsep la diorg ni. Kita ni sebagai orang Islam kena cakap yang elok-elok sepanjang masa. Bukan tertakluk pada tempoh mengandung je, betul tak?

Rajin sungguh saya update blog kan sekarang? Sebenarnya nak tulis kat status FB je, tapi karang ada pulak yang sentap walaupun saya tak memaksudkan orang-orang yang sentap itu. Sesiapa yang ada terbaca status saya, rasanya korang dah boleh buat conclusion bahawa status saya selalunya biasa-biasa aja. Walaupun korang boleh detect saya geram, marah atau bengang, status saya takdenya nak memaki hamun sampai mencarut bagaikan? Dari dulu, kini dan insya-Allah sampai selama mana saya berFB. Motip? Tak semua orang faham tahap kebengangan kita. Lagipun tak kuasalah nak memaki-maki dalam FB tu. Paling-paling teruk pun, status saya sinis-sinis cili ditumbuk dalam sambal belacan je.

Kebelakangan ni saya ada bengang dengan seorang yang sungguh OPPORTUNIST!. Eeiii.. Geram betul. Saya perhatikan saja perlakuan dia. Samaada secara life atau di alam maya. Stalkerkah aku? Hah! Tak koser nak stalk-stalk orang ni. Baik aku baring, letak kaki atas bantal dan tidur. Kemudian ada juga cerita-cerita tentang dia yang saya dengar dari orang lain. Tapi AWAS! Saya bukanlah dengar dan terus percaya bulat-bulat. Saya menjalankan proses CSI ala-ala hero idamanku Horation Caine itu sebelum saya percaya. Dan memang sahlah cerita-ceriti yang saya dengar.

Keji betullah perangai manusia nan seorang ini. Asal boleh je dia akan mengambil kesempatan. Memang muka tak malu sungguhlah. Sana sini dia mengambil kesempatan ye. Nasib baiklah aku ni sudah tak laser macam zaman aku sekolah menengah dulu. Kalau tak, aku rasa manusia nan seorang ini dah tak sanggup nak tengok muka aku. Silap-silap terus lari kalau nampak aku kot? Muka nampak baik, bak kata pepatah, pijak semut pun tak mati. Atau kita bagi moden sikit, kentut pun tak berbau. Dah lama-lama baru berbau tengit!

Takpe... takpe... Tunggu sikit masa lagi. Bila dia dah bertemu saingan sebenar dia, ala-ala dalam WWF tu, masa tu baru dia sedar tok mudim tak habis khatankan dia. Itupun kalau nak sedarlahkan, kalau hati tu dah hitam macam warna taik lepas makan arang, tak mungkin akan sedar. We'll see, we'll see...

p/s: *&*^*&%*% dalam tajuk bermaksud Bengang. Tiada kaitan dengan sebarang carutan okies :)

Makasih sudi baca walaupun ntah hapa-hapa.

Maha Melihat


Dari hujung minggu lepas, asik dok ulang-ulang dengar lagu ni. Best sangat! Cubalah dengar. Terpikat dengan kecomelan budak Amanda tu. Nasib baik nama Amanda tu nama ala-ala omputih gitu, so tak de la terfikir nak masukkannya dalam list nama anak. Antara bait-bait lirik yang menyentuh kalbu:

Tiada satu tersembunyi
Tiada satu yang terlupa
Segala apa yang terjadi
ENGKAUlah saksi...

Yang dicintakan pergi
Yang didambakan hilang
Hidupkan terus berjalan
Meskipun dengan tangisan