Kawan-kawan kata, masa mengandung tak elok cakap yg tak baik. Salah konsep la diorg ni. Kita ni sebagai orang Islam kena cakap yang elok-elok sepanjang masa. Bukan tertakluk pada tempoh mengandung je, betul tak?
Rajin sungguh saya update blog kan sekarang? Sebenarnya nak tulis kat status FB je, tapi karang ada pulak yang sentap walaupun saya tak memaksudkan orang-orang yang sentap itu. Sesiapa yang ada terbaca status saya, rasanya korang dah boleh buat conclusion bahawa status saya selalunya biasa-biasa aja. Walaupun korang boleh detect saya geram, marah atau bengang, status saya takdenya nak memaki hamun sampai mencarut bagaikan? Dari dulu, kini dan insya-Allah sampai selama mana saya berFB. Motip? Tak semua orang faham tahap kebengangan kita. Lagipun tak kuasalah nak memaki-maki dalam FB tu. Paling-paling teruk pun, status saya sinis-sinis cili ditumbuk dalam sambal belacan je.
Kebelakangan ni saya ada bengang dengan seorang yang sungguh OPPORTUNIST!. Eeiii.. Geram betul. Saya perhatikan saja perlakuan dia. Samaada secara life atau di alam maya. Stalkerkah aku? Hah! Tak koser nak stalk-stalk orang ni. Baik aku baring, letak kaki atas bantal dan tidur. Kemudian ada juga cerita-cerita tentang dia yang saya dengar dari orang lain. Tapi AWAS! Saya bukanlah dengar dan terus percaya bulat-bulat. Saya menjalankan proses CSI ala-ala hero idamanku Horation Caine itu sebelum saya percaya. Dan memang sahlah cerita-ceriti yang saya dengar.
Keji betullah perangai manusia nan seorang ini. Asal boleh je dia akan mengambil kesempatan. Memang muka tak malu sungguhlah. Sana sini dia mengambil kesempatan ye. Nasib baiklah aku ni sudah tak laser macam zaman aku sekolah menengah dulu. Kalau tak, aku rasa manusia nan seorang ini dah tak sanggup nak tengok muka aku. Silap-silap terus lari kalau nampak aku kot? Muka nampak baik, bak kata pepatah, pijak semut pun tak mati. Atau kita bagi moden sikit, kentut pun tak berbau. Dah lama-lama baru berbau tengit!
Takpe... takpe... Tunggu sikit masa lagi. Bila dia dah bertemu saingan sebenar dia, ala-ala dalam WWF tu, masa tu baru dia sedar tok mudim tak habis khatankan dia. Itupun kalau nak sedarlahkan, kalau hati tu dah hitam macam warna taik lepas makan arang, tak mungkin akan sedar. We'll see, we'll see...
p/s: *&*^*&%*% dalam tajuk bermaksud Bengang. Tiada kaitan dengan sebarang carutan okies :)
Makasih sudi baca walaupun ntah hapa-hapa.
6 comments:
Sabo madam. hehe.
marah pasal aper nih madam? ce citer ce ceiter. :p
Wohoho.. Mdm sudah mengamuk.. Sapa la yg mdm maksdkan tu ye? Sabar-sabar...
erk.. boleh jumpa byk peribahasa dlm entry ni :))
Diba, Aziz, Najla:
Malas nak cite details. Nanti termengumpat plak. Dah malas nak pk skrg, tunggulah orang itu mendapat balasan. Time tu kita tepuk tangan ramai2. Hahaha...
Una: Bijak budak Una ni. Berjaya menangkap yang tersirat ;)
kita bakor ajerrrr..kita bakor..kita bakorr
Post a Comment