Kelmarin, hari Selasa, kawan seopis/ sebilik saya Heather, datang untuk viva. Dalam 2.5 jam lebih dia kembali ke opis dengan senyum riang gembira. Lulus dengan minor correction (1 bulan untuk buat correction). Macam syok je kan dah viva. Saya taklah berangan pun nak viva lagi, menulis pun baru ada sepatah dua kata. Tapi bila memikirkan viva memang rasa berdebar je. Even when writing discussions and analyses on my results pun dah terfikir, agak-agaknya nanti examiner akan tanya apa pasal discussion ni.
Memang pun sebenarnya masa kita menulis kita patut keep in mind perkara-perkata seperti:
-kalau tulis macam ni, tala mana examiner akan tanya
-kalau guna perkataan "claim" instead of "suggest", agak-agak examiner akan argue tak
-elakkan dari menggunakan frasa "My method/study is the best solution to the problem." Ini statement mungkin akan makan tuan. Jaga-jaga ;P
Pada saya setakat ni, perkara yang paling susah dalam perjalanan PhD ni ialah MENULIS!. To master the art of writing an academic piece of work is not easy. Kalau tak percaya, cubalah ambil kelas Scientific Writing ataupun Thesis/ Dissertation Writing.
Sekarang bilik tempat saya duduk buat kerja ni tinggal dua orang je. Masa saya mula-mula mendaftar dulu, dalam bilik ni ada 4 orang. Dua orang post-doc dan dua orang post-grad, Heather dan sayalah tu. Awal tahun lepas, sorang post-doc tu habis kontrak dan seorang lagi pindah bilik lain, dia dapat kerja tetap ke apa ntah dengan school ni. Kemudian, dalam bulan April/ Mei tahun lepas, Heather tu dah habis tempoh PhD dia dan dapat kerja. Masa tu dia tinggal nak writing up je. Tinggallah saya seorang sampailah awal tahun 2011 ni, ada seorang lelaki Sepanyol datang menghuni bilik ni. Kami sama-sama tak peramah, jadi taklah berborak pun, cuma cakap Hi, Hello gitu je.
Sebelum Heather balik lepas viva tu, kami borak-borak sikit. Borak pasal PhD ni la. Betapa adakalanya susah nak keep the motivation going and to stay focus. Tulah, untuk buat PhD ni pada saya tidak memerlukan seseorang tu bijak yahamat; atau perlu seseorang yang sentiasa top in the class. Pada saya, perkara yang menduduki carta teratas ialah disiplin diri. Saya bukan nak menasihat sesiapa ye.
Ini cuma apa yg saya perhatikan pada diri sendiri. Nak maintain disiplin diri bukanlah perkara mudah. Tambah-tambah, bila buat PhD ni, kita sendiri yang atur jadual kita dan kita sendiri yang tentukan waktu bekerja kita. Memanglah ada due date tertentu untuk conference papers, presentation dan sebagainya tapi >90% dari tugasan PhD terpulang pada kita.
Saya sendiri pun, kadang-kadang bersemangat tapi kadang-kadang rasa lesu. Tambah-tambah bila perasan dapat result yg kekonon best gitu. Bila tunjuk kat supervisor, katanya, "This is really great. Very interesting."
Dalam hati saya fikir, bestnya, dah boleh bersenang-senang ke i.e. dah takde further tasks, alih-alih, laaa... Tak habis lagi ke, ada lagi nak buat ke... Emm... walaupun topik atau bidang PhD yang kita buat kajian tu menarik, tapi kadang-kadang naik muak jugak tengok benda yang serupa.
No comments:
Post a Comment