Google Translator

Wednesday, March 23, 2011

Padan Muka!

Padan muka aku, sengaja melambat-lambatkan ganti puasa. Sudahnya sekarang baru terkial-kial nak mengganti puasa. Sebenarnya separuh dah aku ganti dalam bulan Syawal. Separuh lagi kononnya aku rancang nak ganti masa winter iaitu bulan Disember. Alasannya masa bulan Disember tu, waktu Maghrib masuk awal & waktu Subuh masuk lewat, jadi pendeklah tempoh berpuasa. Walaupun tempoh berpuasa itu pendek, disebabkan oleh cuaca yang sejuk, perut kita lagi cepat terasa lapar.

Tapi apa yang aku rancang tak menjadilah pulak. Alih-alih, bulan Disember tu, aku mabuk + loya + tak berdaya bagai nak rak. So tak puasalah jugak. Aduhhh! Tunggu Januari, masih tak larat. Tunggu Februari, dah larat sikit tapi masih muntah-muntah. Sampailah dah ke penghujung Mac ni, barulah badan aku ni betul-betul rasa ada tenaga. Kalau ikutkan payah juga nak berpuasa sebenarnya. Perut aku ni pantang kosong sikit, walaupun tak lapar, masuklah angin. Bila dah masuk angin tu, memang muntahlah kalau cuba-cuba untuk makan.

Semalam aku cubalah berpuasa. Kunci jam pukul 3 pagi untuk bangun sahur. Memang dah terbangun jam 3.15 a.m tu, tapi saja je baring-baring pastu terlelap. Sedar-sedar dah jam 3.40 a.m. Hah! Kelam kabut bangun nak bersahur, mana taknya waktu Subuh masuk jam 3.58 a.m. Tak sempat dah nak makan nasi. Telan Nestum dan roti jelah jawabnya. Hemmm...

Sepanjang hari di universiti semalam, aku asik mengira berapa jam lagi nak berbuka. Parah sungguh! Macam budak kecik je. Walaupun tak delah lapar sangat, tapi angin dah mula masuk ke kepala dan dalam badan. Aduhaii... nasib baik ada skill untuk 'menyendawakan' diri. Dapatlah sikit sebanyak mengeluarkan angin.

Itulah, bila Allah bagi kelapangan dan kesihatan jangan amik mudah dan jangan leka. Bila dah tak lapang dan tak sihat macam aku ni, barulah terasa menyesal tak sudah. :(
Sebab tulah ada hadith yang mengingatkan  tentang ini.
Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara lain, yaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sehat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum masa miskinmu, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datangnya saat kematian. (Hadith Riwayat Muslim dan Tirmizi dari Amru bin Maimun r.a.)

5 comments:

ajezahmad said...

Selamat berpuasa ganti! :)

~x0x0~fixa~ said...

berusaha madam...=))

Irfa said...

salam perkenalan dari saya..
singgah jalan-jalan dari blog aidaryzal :-)

sib baik dah abes ganti posa

tasha said...

kak dilla! tasha pun baru skrg terhegeh2 nk ganti puasa..huhu..tu pun, sbb acap bising takut x sempat, nasib dia pun sama puasa sbb nk kasi support..hukhuk..dh habis 1st trimester nie baru leh puasa, kalo x mcm x mampu jer..

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

pelan2 abeslah.. insyaAlah..