Google Translator

Tuesday, March 22, 2011

Susah Senang Kita Berdua

Bila susah ramai yang menjauh, hatta saudara sendiri. Bila senang orang yang tak pernah-pernah kenal pun boleh merapat, betul tak?

Jatuh bangun, menangis ketawa, susah senang sejak berkahwin semuanya dikongsi bersama pasangan. Itulah antara nikmat perkahwinan bagi saya. Ada sahabat untuk kita kongsi gundah gulana. Nikmat perkahwinan tu bukan saja waktu gembira atau waktu senang atau ... waktu di ranjang saja ye. Walaupun yang terakhir itulah nikmat yang sering digembar-gemburkan. Isshh ...

Selingan
Di awal perkahwinan dulu, suami susah sangat nak berkongsi masalah dia dengan saya. Padanya selagi dia boleh cuba untuk selesaikan walaupun bagai nak rak memikir, selagi tu dia akan cuba. Sampaikan dulu-dulu saya sering merajuk semata-mata sebab suami tak mahu bercerita tentang perkara yang merunsingkan dirinya. Saya tahu orang lelaki ni bukannya suka nak berkongsi masalah dengan isteri. Kononnya tak nak menyusahkan isteri. Peringatan ye untuk kaum lelaki, majoriti isteri lagi gembira kalau dapat meringankan beban suami. Walaupun setakat menjadi pendengar.

Bila buat-buat merajuk tak berjaya, saya cuba teknik lain. Bila saya lihat suami senyap lain macam je, saya taulah dia sedang berfikir.

"Abang tengah fikir apa?", tanya saya.

"Takde apa", ringkasnya jawapan suamiku dulu.

"Sayang tau, Abang tengah fikirkan something kan? Cakap yes or no je. Tak payah bagitau apa yang Abang fikir tu." umpan saya lagi.

Selalunya suami mengangguk mengiakan dia sedang berfikir.

"Boleh Sayang tau apa yang Abang fikir?" konon je tadi tu tak payah bagitau, tapi masih lagi nak menyiasat. Di situlah silapnya saya dulu. Suami jadi geram sebab saya seolah-olah mendesak walaupun cara halus. Huhuhu... Bila suami tak jawab, saya merajuk lagi. Hodoh betul rasanya.

Tapi lama kelamaan saya semakin bijak. *Perasan*. hehe... Lagipun kata suami dia tak gemar didesak. Jadi bila saya terus-terusan bertanya, saya seolah-olah meletakkan suami dalam posisi didesak. Makanya, selepas suami dah explain macam tu, saya pun ubahsuai teknik di atas.

Lepas suami mengiakan bahawa dia sedang berfikir, saya terus berhenti bertanya walaupun dalam hati meronta-ronta nak tau. Tulah impact asik dok menonton CSI, Criminal Minds bagai tu. Selagi tak tau sampai  ke akar umbi, selagi tu susah nak berhenti menyiasat. Tapi saya kuatkan hati untuk berhenti bertanya. Selalunya saya ubah topik lain atau saya tengok TV atau buatlah apa saja asalkan saya tak bertanya lagi pada suami. Dan... yang bestnya, teknik ni memang berkesan. Berkesan sebab akhirnya suami akan buka cerita tanpa saya bertanya. Paling lama pun 24 jam tempoh saya menunggu. Hehehe...

Dan Alhamdulillah, tahun ni masuk tahun ke-4 perkahwinan kami, kami berdua semakin matang. Sekarang saya pun dah tak perlu bertanya banyak seperti dulu. Suami dengan rela hati bercerita tanpa dipinta. YESSS!!! :)

Tamat Selingan

Berbalik pada susah senang dikongsi bersama pasangan, bila jauh merantau ni lagilah macam-macam yang dilalui. Sampaikan saya dan suami pernah berbicara, "Takpelah, whatever it is, we have each other. Kita ingatlah tu. Waktu kita susah, memang payah nak minta tolong sesiapa hatta dari orang yang kita pernah tolong sekalipun. Esok-esok bila senang, kita jangan lupa waktu kita susah."

3 comments:

abessier said...

sweet jer mdm berdua....heheheheh

tu lah kan mdm...time susah, memang susah lah nak jumpa org yg sggup hulurkan bahu meringankan beban kita....

tp kalau senang, mak aih....xpasal2 mengaku sedara pun ade.... sakit hati tul... huhuhuhu

moga mdm n suami sentiasa bahagia dalam rahmatNya....amin

ajezahmad said...

Madam, Criminal Mind dah ada francaise baru: Criminal Mind: SUspect Behavior. :p

ishakabdulrahman said...

tu lah ada nya lelaki..lebih suka handle sendiri dari share dgn org..walau pun is3..tapi itulah sebenarnya kepuasan bila masaalah sattle tanpa dibantu