Google Translator

Tuesday, May 10, 2011

Bersalahnya aku ni...

Saya rasa bersalah yang amat sangat pada anak dalam kandungan ni. Dia belum pun lahir saya sudah tidak menjadi ibu yang baik.

  • Saya tau saya perlu rajin mengaji.
  • Saya tau minum kopi dan makan coklat berlebihan itu tidak baik untuk bayi.
  • Saya tau saya perlu kurangkan menonton dan melakukan perkara-perkara lagha.
  • Saya tau saya perlu sentiasa bersangka baik dengan semua orang.
  • Saya tau saya tak boleh bunuh menghapuskan serangga/ binatang hidup (ini sekadar petua orang Melayu atau ada hikmahnya dalam Islam? Sesiapa yang sudi bagi pencerahan, minta tolong ye. Thanks)
  • Saya tau saya perlu sentiasa tenang.

TAPI...

Memanglah saya cuba memperbanyakkan bacaan Al-Quran, tapi saya masih belum betul gigih.

Memanglah saya tidak minum kopi berlebihan (not more than 2 cups a day- source: babycentre-Caffeine and Pregnancy) tapi saya masih tak boleh melupakan minum kopi 100%. (Saya akan cuba bermula...?) 

Memanglah saya tidak makan coklat berlebihan setiap hari, tapi bila diingat-ingat kembali macam pernah je saya makan coklat hampir setengah keping sehari di waktu awal mengandung dulu.

Memanglah saya tak mengumpat tapi dalam hati tu tetap ada rasa tak puas hati dengan makhluk-makhluk Allah tertentu. Contohnya: slug yang masuk rumah saya tu. Eeeiiii... Adalah contoh-contoh lain yang lebih berkaitan tapi kalau saya cerita jadi mengumpat pulakkan.

Memanglah saya tak berniat nak bunuh slug bila saya campak dia ke dalam mangkuk tandas, tapi kelmarin saya ada bunuh semut yang masuk rumah.

Memanglah saya cuba untuk sentiasa tenang, tapi kelmarin saya berjalan laju (hampir-hampir berlari) sebab nak ke kedai yang tinggal lagi 5 minit nak tutup. Awal-awal dulu pun ada 'ter'berlari mengejar bas.

Payah jadi ibu ni rupanya walaupun baby masih dalam perut.

Bila mengenangkan kopi yang saya minum, coklat yang saya makan, err.. dan macam-macam lagi makanan yang tak berkhasiat yang saya makan, takut memikirkan bayi ni lahir tak cukup berat.

Bila mengenangkan hati yang kadang-kadang tidak bersangka baik dengan makhluk-makhluk Allah yang lain, takut bayi ni nanti jadi seorang yang tidak indah akhlaknya.

Ya Allah, janganlah hendaknya begitu.


6 comments:

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

Kak Dilla..
Cuba lakukan yg terbaik..kita manusia mmg x lepas lah.. InsyaAllah.. u can do it!..

Salihah said...

mdm, saye masa awal2 mgandung (taktau lagi mengandung masa tu) makan jajan megi tu sampai 10paket! Pastu masa mgandung ntah nape la suke sangat nak makan maggi tuh! Huh dahla benda tak bagus, b4 ngandung, tengok maggi tu je dah tak lalu..pastu terlupe mkn vitamin la,malas minum susu,etc..err kekdg mcm stress gak dgn sikap diri sendiri. Hmm tapi nasihat saye, jgnla sampai stress ye, yg penting berusehe nk buat terbaik, dan doa doa dan doa.kalo bole amalkan baca surah yasin tiap2 hari (kalo sempat nak baca surah yusuf maryam luqman lagi bagus,hee)

Dilla said...

LIBL:
Sedang mencuba tapi tak lepas dari rasa seperti tak cukup tu. Thanks dik :)

Leyha:
Oh! Maggi tu satu hal. Sebelum saya tahu yang saya pregnant, saya pun dengan tiba-tiba SANGAT SUKA MAKAN MAGGI!!! Maggi kari & asam laksa tu. Tapi pada masa tu saya memang dah start amik vitamic utk memudahkan terjadinya proses mengandung tu :)
Pastu bila dah tau pregnant, memang cuba kurangkan makan Maggi. Tapi masa awal-awal tu, makan juga sebab Maggi adalah antara makanan yg boleh ditelan.
Alhamdulillah saya tak stress cuma rasa seperti saya tak buat yang terbaik untuk baby ni. Terima kasih sudi berkongsi tips & nasihat :)

Wan's Family @ Southampton,UK said...

dilla, you doing good je..jgn pikir sgt bende2 tu, sbb kadang2 kalau kita terlalu memikir, mmm, jadi gitu la..contoh, org yg was2 selalu syaitan ikut kan, and lagi contoh, actually coklat kopi tu kita makan biasa2 je, tp sbb pikir kita mengandung n tak baik makan bende2 gitu, jadi kita lagi nak,nak lagi, nak lagi.. sbb...yg terlarang itukan indah2, yg baik2 (contoh makananan), tak lalu pulak wlaupun kita tau baik kan..hehehe..InsyaALLAH baby ok je,dari segi akhlak sume, bykkan berdoa, I believe dilla rajin bc quran setiap hr, cuma maybe dilla nak byk lagi, takpe, buat yg terdaya, sikit2 pun takpe dilla,..sume perkara moderate..n lagi satu, nnti bila baby dah kuar, kita akan terpk mcm ni pulak- (ani la ni) better dia duduk dalam perut, lebih rasa secure, sbb kat luaarrrrr tu, ade mcm2 ancaman, udara tak elok la,bla bla, sume bende merisaukan kita..so, bak kata member ni (life is beautiful lyric)--cuba yg terbaik, ALLAH will help you, kerana yg dinilai itu dari segi usaha;-),and semakin kita mencuba, and consistent dgn usaha kita, HE will always there for you..and doa as well, good luck, we will share every tips k;-)InsyaALLAH.

tasha said...

erk..akak..tasha pun dh bunuh dgn sengaja lipas kat umah tasha nie..huhu..mmg x boleh ke..tapi serangga perosak bukan ke dibenarkan utk di bunuh? huhuh..

Dilla said...

Ani: Saya memang banyak nak kena refer dengan Ani. Kadang-kadang tu tak fikir sangat pun, tapi bila tengok orang lain boleh buat lebih baik, mulalah timbul rasa bersalah kat baby ni. Insya-Allah, akan cuba yang terbaik :)

Tasha: Itu petua orang-orang dulukala. Saya pun tak berapa setuju jugak sebab macam serangga perosak tu (semut, lipas, labah-labah, lintah bulan, etc) takkan kita nak biarkan diorg buat huru hara kat rumah kitakan? Saya amik pendekatan, bunuh je tapi bukan dengan niat nak menyeksa.