Hemm.. bestnya Ahad baru ni.
Kegembiraan saya sebenarnya berpunca dari perkara yg kecil amat. Yang mungkin pada sesetengah orang, tak bermakna apa-apa pun. Tapi 'perkara kecil' itulah yang membuatkan saya betul-betul gembira Ahad baru-baru ni-walaupun terpaksa sekali lagi membersihkan tahi kucing-Yess!! ada kucing mana ntah datang lagi berak kat pasu yang kucing beranak enam tu berak dulu. Cehh!!! Budus!!!
Perkara kecil yang saya maksudkan tu ialah menanam bunga dan menyusun pasu2 kat depan koridor dua kangkang kera kat depan apartment tu (sebenarnya saya tak pernah pun ukur betul2 berapa sentimeter 1 kangkang kera..hhuhu). Kecik je kan? Tapi memberi satu kepuasan yang tak terhingga pada saya.Tambahan pulak, suami saya membantu. Terima kasih Abang :) tolong belikan pasu, tanah, baja. Nanti-nanti, tolong siram pulak ek ;)
Pokok2 bunga tu pulak saya import dari kelantan. Bukanlah betul2 import, tapi masa balik ke Kelantan semasa cuti Tahun Baru Cina, sambil2 melawat saudara mara suami saya, saya dengan muka tak malunya meminta pokok bunga tu, pokok bunga ni dari ipar duai saya. macamlah di KL ni tak ada. Cuma kalau di KL ni kena beli. Dan kalau nak yang murah, nun di Sungai Buloh dekat beka stapak hospital kusta tu. Kalau beli di sepanjang jalan Sungai Buloh-Shah Alam tu, jgn haraplah nak dapat murah.
Ingat lagi masa nak pindah ke apartment ni dari rumah atas tanah, saya dah berikan semua pokok2 bunga & pasu2 saya pada makcik2 saya. Kononnya susah nak angkat2 pasu sebab duduk kat tingkat 3. Tapi akhirnya saya sendiri yang tak tahan. Mungkin sebab hobi kot, jadi bermula dari satu pasu, tambah lagi satu, tambah lagi, dan sekarang dah jadi ntah berapa pasu dah.
Kebetulan bercerita pasal tanam menanam ni, saya ada 1 tips untuk orang-orang yg suka tanam menanam ni. Kalau korang ada pokok2 bunga yang jenis mudah layu dan korang ada pulak kene g outstation/balik kampung- takde plak sesapa nak tolong siram pokok2 korang, korang letak le pasu tu dalam bilik air/jamban. Insya-Allah tak layu pokok bunga korang. Saya ada 2 pasu bunga yg tersangatlah manjanya. tak bole takde air. Jadi bila saya nak balik kampung untuk waktu yang lama, kat bilik air tu le mereka ni akan bermastautin.
Tapi kalau korang guna pasu tembikar, hemm.. payahle sikit, beratkan?.
Jadi, gunakanlah pasu pastik.. :)
2 comments:
dla, aku kat sini pun dah berjangkit dpt hobi baru: gardening!
tak penah2 kat malaya buat keja ni. huhuu baru last week aku beli satu pokok Gardenia Augusta, 16 dolar melayang..aduss..tak kesahla tu.so ada la teman utk pokok2 kaktus kemetot kat balcony aku tu hahaa
kak ema,
sungguh la tak ku sangka.
sejak bila ko dapat hobi ni?
n cactus?! wat?! unsangkarable betui!!!
kalau labun tau, sure labun kesedihan.. huhuh
p/s: kak, kata nak balik mesia. bilanya? rindu kat ko.
Post a Comment