Note kepala: Saya bukan orang BN, bukan jugak org PAS, malah bukan org PKR, DAP apatah lagi bukannya. Cuma sebagai seorang Muslim saya mahu negara Malaysia tercinta kita ni ditadbir dengan betul, berlandaskan Al-Quran& hadis(dah nama pun negara Islamkan, lain la kalau kat US) di mana pentadbir akan berlaku adil pada semua orang tanpa mengira agama&bangsa tanpa menggadaikan maruah Islam:
***NO RASUAH
- supaya saya bole lalu jalan2 raya kat Malaysia ni dgn aman& tenang tanpa resah& gelisah takut runtuh, takut tak cukup duit nak makan bila dah berbelas ringgit habis bayar tol
- supaya anak2 saya nanti bole g sekolah tanpa saya rasa takut kot2 bumbung makmal komputer terhempap atas anak saya& rakan2nya...
***NO MAKAN DUIT ORG LAIN YG BUKAN HAK
- supaya bakal students saya nanti bole rasa lega dapat belajar kat unibersiti dgn biasiswa hasil kutipan duit rakyat
- supaya takdele pegawai kebajikan masyarakat yg taraf SPM jek, umur baru 20-an mampu pakai 2 kereta mewah
- supaya takde lagi rancangan2 mengarut macam Bersamamu TV3 tu(berlakon jek lebih)
- Supaya saya tidak lagi disinggahi orang2 meminta sedekah untuk didermakan pada rumah-rumah yatim. Memang itu peluang dari Allah utk saya berbuat kebajikan& mendapat pahala, tapi saya mahu menderma atas dasar kerana Allah; bukan atas dasar dipaksa atau kasihan kerana tengok anak2 yatim tu berkongsi 4-5 orang makan seekor ikan (ni saya tgk depan mata sendiri) .
***NO MAKSIAT
- supaya saya tak gundah gulana bila tertgk rancangan TOM-TOM BAK yg menjadi pusat untuk melahirkan pakar penari bogel malaysia, pakar kaki disko semalaysia (i'll discuss this in abother post)
*********
Yg berikut bukanlah hasil tulisan saya. Saya copy dari blog 'Rocky's bru& paste di sini. Ia adalah komen dari seorang pembaca blognye. Sebenarnya saya masih dalam proses minta kebenaran untuk copy& paste ni. Tapi saya kurang sabar sikit, jadik saya paste jek. Jadik bacalah cepat, kot2 permintaan saya untuk copy&paste ni tak diterima, saya akan delete posting ni.
########################
Encik Rocky, saya sudah ulas perkara ini dalam blog Dato' A kadir Jasin. Sebagai bekas pegawai kerajaan, saya tahu situasi sebenar tentang subsidi sebab saya pernah jaga hal elwal subsidi dan bantuan.
Saya hantar semula komen saya dalam blog The Scribe, dengan izin.
1. PRU adalah waktu pengundi dan parti-parti politik menandatangani kontrak lima tahun. Pengundi beri undi, parti-parti beri janji;
2.Parti yang menang tubuh kerajaan. Kerajaan itu terhutang budi (beholden) kepada pengundi/rakyat. Bukan sebaliknya;
3. Atas kontrak itu, rakyat bayar bermacam cukai, hasil, tarif dan tol kepada kerajaan. Rakyat jelata juga menanggung hutang yang diambil oleh kerajaan. Sekali lagi kerajaan terbutang budi dan beholden kepada rakyat. Bukan rakyat terhutang budi atau beholden kepada rakyat;
4. Kerajaan pungut cukai, hasil, tafif dan tol. Kerajaan belanja untuk dirinya -- macam belanja lebih MR16 juta untuk renovate Seri Perdana oleh Pak Lah dan Endon/Jeanne -- bayar gaji menteri dan kakitangan awam. Bayar hutang negara;
5. Untuk pembangunan kerajan berhutang dari dalam dan luar negeri. Rakyat yang tanggung hutang itu generasi demi generasi;
6. Subsidi dan banbtuan bukan dari duit kerajaan. Ia dari cukai, hasil, tarif dan tol yang rakyat bayar;
7. Subsidi/bantuan tanam semula getah dan kepada sawit datang dari cukai cess getah dan minyak kelapa sawait;
8. Subsidi padi datang dari pengguna yang beli beras. Kerajaan beri francis kepada Bernas.
Bernas import beras mutu tinggi yang murah dari luar negeri dan campur dengan beras mutu rendah yang mahal dari dalam negeri.
Bernas campur kedua-dua beras ini dan jual pada harga yang lebih tinggi dari harga di pasaran dunia.
Bernas ambil sikit untung dan bagi bakinya kepada keerajaan untuk diagihkan kepada penanam padi. Jadi yang bagi subsidi padi bukan kerajaan tapi kita yang makan nasi.
9. Jadi yang kita mahu adalah kerjaaan yang cekap, yang amanah dan telus. Kita yang bayar untuk biayai kerajaan dan pentadbiran negera, bukan kerajaan.
10. Subsidi petrol itu juga bukan duit kerajaan tapi duit Petronas yang kita semua miliki sebagai rakyat jelata, pengundi dan pembayar cukai.
Tiada pengundi, tiada kerajaan. Kerjaan yang wajib berterima kasih kepada kita, bukan kita berterima kasih kepada kerajaan.
Selamat memilih orang suruhan kita.
Pegawai JUSA Pencen
#####################
Renung2kanlah...
No comments:
Post a Comment