Google Translator

Sunday, October 25, 2009

Summer's gone, Autumn's here... Daylight Saving Time

Clear sky during summer @ Seaham, Newcastle


Pagi tadi bila bangun tidur, saya terus tengok jam. Pukul 5.30am waktu itu. Dalam kepala dah teringat, 'Eh!Hari ni kena tukar jarum jam pada standard time. Maknanya sekarang dah pukul berapa ye? 6.30 atau 4.30 pagi ni?'
Dalam keadaan kepala saya masih weng akibat makan ubat batuk semalam, saya cek World Clock Time di iphone saya. Pada World Clock website tertulis 5.30am. 'Eh! Betul ke World Clock ni?.'
Tak ada beza dengan jam iphone saya pun. Saya cek pula handphone suami, tercatat waktu 6.30am. 'Haa...jam Abang ni betul rasanya, mesti dia dah ubah sebelum dia masuk tidur semalam', fikir saya.
(Padahal sebenarnya suami saya tak tukar pun jam hp dia & dia tak set pun supaya jam tu automatically bertukar bila Daylight Saving Time. Hemm... Kiranya jam hp suami tu salahlah. Ishh...) Saya pun betulkan setting waktu pada iphone i.e saya jadikan waktu 6.30am seperti pada jam suami. Kemudian bergegas amik wudhuk dan kejutkan suami untuk solat Subuh. Yelah, matahari terbit jam 6.56am, maunya boleh terkedek-kedek nak menunaikan solatkan.

Lorong jalan kaki yang saya lalu waktu pulang dari school. Dah merahkan daun pokok tu?


Lepas Subuh, saya makan ubat batuk dan tidur semula. Suami pun sama juga. Bangun semula dalam pukul 10.00am~ini waktu yg tertera pada iphone. Buka laptop, jam di laptop menunjukkan pukul 9.00am. 'Eh! Salah ni', fikir saya.

Nak tukar tak boleh sebab laptop yg saya pakai ni laptop school (supervisor beli dengan duit grant), jadi saya tak boleh memandai nak download atau tukar apa2 software kat laptop ni. Saya cek lagi sekali pada website World Clock. Website World Clock menunjukkan jam pukul 9.00am sama seperti jam pada laptop. Aduuuhhh!!! Pening. Pening macam bila dengar lagu duet Ezlyn& M. Daud Kilau tu.
View dari tempat letak beskal Robinson Library, Newcastle University Dah kuning daun-daun ni, ada yg dah luruh pun :(

Kemudian saya chatting dengan member kamceng saya Ani di YM. Saya tanya Ani, 'Sekarang ni pukul berapa?' Sebab saya tersangat confuse, dah berapa kali saya cek waktu kat website World Clock tu, waktunya masih serupa dengan waktu sebelum saya tukar waktu di iphone saya pagi tadi. Kata Ani, 'Kul 11.40am Dilla'. Eh! 11.40 ke 12.40 ni? Confusenya. 'Dilla, tak yah tukar jam kat laptop & handphone, dia bertukar sendiri.', tambah Ani lagi.

Saya pun cek la setting iphone saya. Alahai.. rupanya saya dah setkan supaya waktu bertukar automatically bila tiba Daylight Saving Time. Kiranya pagi tadi masa saya bangun tu, waktu sebenar di UK memang pun pukul 5.30am seperti yang saya lihat. Tak perlu saya tukar-tukar lagi waktu kat iphone& laptop tu. Dahlah tak perlu tukar, tukar-tukar pulak salah tukar. Kalau ye pun saya nak tukar kedudukan jarum jam(terhad kepada jam2 yg tak mampu bertukar secara otomatik) , saya perlu tukar dari 5.30am kepada 4.30am, bukannya dari 5.30am kepada 6.30am seperti yg saya lakukan. Isshhh.. Entah apa-apa betullah saya ni.

Masa duduk di US dulu memang dah observe DST ni. Tapi dah lebih 10 tahun, dah lupa saya jadinya. Jadinya, bermula hari ni, waktu kami di UK dan 8o lebih negara lain ke belakang 1 jam. Pada waktu 0200 semalam, jam perlu diputarkan kembali ke waktu 0100. Macam back in time gitu. Jadi sekarang perbezaan waktu antara UK dengan Malaysia, kembali kepada 8 jam ( UK lewat 8 jam dari Malaysia). Nanti bila tiba bulan Mac, waktu perlu dipercepatkan 1 jam pulak. Inilah yang dinamakan Daylight Saving Time. Sebabnya bila tiba musim panas, waktu siang jadi panjang. Jadi demi untuk tak membazir tenaga cahaya dari matahari, jarum jam dipercepatkan. Waktu solat pun semakin rapat dan cepat sekarang. Subuh between 0500 to 0700, Zuhur jam 1150, Asar: +-1400, Maghrib masih lagi around 1645 dan Isyak dalam 1830. Tunggu jelah winter nanti bila Maghrib seawal 1540 gitu. Huhuhu.. sejuk tak terkata. Suasana luar rumah yg 'murung'. Memanglah asyik nak berselimut je jadinya.

Summer's gone... Autumn's here... Winter's closing in...


14 comments:

Ir A.Aziz said...

Mula2 baca, x paham. Confuse btol saya. Mcm mana nak tau bila kena tukar jarum jam ke tak? Dorg wat announcement kt tv ker?

ummi iman insyirah said...

yes, memula mcm tak aci, tipu la waktu ni..n dulu tak leh imagine kul 8 pm tu masih terang benderang, n kul 5pagi dah terang benderang, sungguh ku tak leh terima, bila dah alami, ok la, kene nmpk dgn mata kepala dulu..huhu..
tak lama lagi pukul 4pm dah gelap..so, jgn tertipu, bukan lah ia masa utk tdo ye:p (adapt adapt adapt lagi)hahah
ani.

Dilla said...

Aziz,mmg akan diberitahu. Dlm TV ada announcement kalau x silap. Biasanya pada 20 something of March, jam akan dicepatkan 1 jam. Maknanya, jam 0200 akan jadi 0300. Sebab masa summer waktu siang sangat panjang. Kul 9 lebih baru masuk Maghrib dan +- kul 3 dah masuk Subuh. Boleh imejen betapa 'sekejapnya waktu malam'. Dan bila dah Autumn, mcm skrg, 20 something of October tu, jam akan diputarkan ke belakang 1 jam. Sebab waktu malam yg sangat panjang,jadi bila putar jam tu ala2siang jadi standard gitu. Padahal kul 5 skrg ni dah gelap. Huhuhu... Lebih kurang gitulah.

PrincessHangLiJo said...

autumn in my heart! hehe~

btw, someday kena rasa sendiri.. baca ni pon agak blur2 lg.. ngee

ummi iman said...

British Summer Time Rule

From the last Sunday in March until the last Sunday in October the UK moves its clocks forward from Greenwich Mean Time by one hour (GMT+1). This is known as British Summer Time or BST for short. The UK is the United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland. Great Britain consists of England, Wales and Scotland. Since 1996 all clocks in the European Union, of which the UK is a member state, have changed on same dates and at the same time, 1am GMT.

* Starts: Last Sunday in March
* End: Last Sunday in October
* Time: 1.00 am (01:00) Greenwich Mean Time (GMT)

so tahun 2009, it was on 29March09, and ini oct, arini ler, 25oct, cos next sunday dah 1nov.

source:http://wwp.greenwichmeantime.com/time-zone/europe/uk/time/british-summer-time/

ani.

Ana said...

Tok pehe la...
tapi yg paling nak bagi tau...
ana suka sgt tgk gambo pokok2 yang kaler merah tu...
bestnya...rasa cam aman damai jek...
actually nak sgt rasa autumn camne....
hmmmmm...bile la bleh gi lagi..??

ummi iman said...

mama suka gmbr autumn?nnti kami amik k, tak sempt lagi amik gmbr autumn ni, hrp2 weeknd ke leh la..
waaa..

~x0x0~fixa~ said...

"jam iphone saya"...
ayat ini meng"emphasize"kan hp madam adlh iphone ok...huhu...
saya agak pening bila baca post kali nih...huhu...
amat rindu untuk berborak dgn madam...
im in need to talk wif u la madam..huhu..
kim salam sama suami..
=)

Wa'ah said...

hehe..teringat dulu
kami2 sampai kelas..tengok kosong kelasnya..time tu tak tau lagi pasal DST...wahahahahahah. jadi murid cemerlang plak sampai sejam awal :D

angin tak bertiup kencang ke skang ni?

Dilla said...

ana& fiza:
dah puas susun ayat tp tak berjaya kot :(
ana, autumn yg cantiknya daun2 kemerahan tu je kot. dan jugak waktu solat isyak yg awal membolehkan masuk tidur awal. hehehe...selebihnya pada saya tak best sebab cuaca semakin sejuk. sat g pokok2 tinggal dahan&ranting je.

fiza, nanti emel saya hp number awak k. insya-Allah saya call :)

wa'ah:
angin kadang2 je bertiup kuat. belum masanya kot. tp kat rumah dah start pasang heater ni.

ummi iman said...

wuiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...
santiknyerrrr blog auntie dilla. comelllllllll:D. ummi bukak terus terpikat nihhh:D

Ir A.Aziz said...

wah2, madam berjaya tukar layout. madam, letak la chatbox satu. senang siket nak chat2..

read my tutorial here: http://irazizinenglish.blogspot.com/2009/02/fancy-to-smile.html

Ana said...

waaaaaa...dah tukar background nampaknya... :)

Anonymous said...

To be honest, yet we severely enterprise a lush demeanor as good as renounced reputation of hermes handbags as good as Hermes Evelyne Kelly, we still do not cruise them have been of a undiluted infrequent accessories. In my opinion, they might be a special object for bureau ladies due to a grave character as good as a stand in rolled handles. We cry for a little sporty demeanor from hermes scarf .
lida is a product of a company which produces goods diet pills. lida daidaihua are famous all over the world these days. daidaihua can be bought through online ways also. One of the lida slimming website which provides this facility is ours. slimming capsule increases your metabolic rate 18 times! Do you want to feel like a teenager again? Well, now you can. Act like a teen again with slimming capsules
!
This is the way to ensure that the Chanel handbags that you have purchased or that you are looking into purchasing is not a replica. With so many knock offs out there today, this hologram is one of the best ways to ensure that you are buying Chanel and nothing less. chanel watches is very detail oriented and because the reporter bag does have many small details you will likely be able to discredit the fakes before you even consider paying for Chanel Wallet .
If you desire to excite your dear one with an impressive gift, then Tiffany uk will be right choice. silver pendants keeps introducing novel and brand-new jewels that are absolutely worth remembering. So if you can afford silver bracelets , please grasp any opportunity and go ahead to buy some Tiffany sets in ever style, I believe that you will become more beautiful and sexy.