Google Translator

Wednesday, November 4, 2009

Batuk Orang Lidi

Ini bukan gambar lukisan anak siapa-siapa. Ini hasil lukisan doktor yang saya jumpa minggu lepas. Masuk minggu ni dah 3 minggu saya batuk. Elok je macam nak sembuh batuk semula bila cuaca bertambah sejuk.

Minggu lepas selepas melihat saya menderita batuk, suami ajak (ala-ala paksa) saya ke klinik. Saya sebenarnya malas nak pergi klinik di UK ni ( di UK kami panggil GP-General Practitioner). Satu sebab je saya suka pergi GP. Kat GP ada banyak majalah hiburan&fesyen yang saya boleh selak-selak sambil tunggu giliran. Hahaha...

Awal tahun ni masa winter hari tu, saya pernah batuk teruk jugak. Jumpa doktor yg saya panggil doktor berjimat (Dr. J). Kenapa saya panggil dia Dr. Jimat? Sebabnya bila jumpa Dr. J, bukannya dia nak bagi prescription utk beli ubat. Lepas cek pernafasan saya dan pastikan saya tak ada asma, dia mula cerita pasal sejarah batuk. Siap dengan analogi pulak tu.

Katanya, batuk tu umpama penjahat. Bila penjahat datang menyerang tekak kita, antibodi dalam badan kita akan bertindak sebagai polis untuk menangkap penjahat-penjahat tu. Polis akan menang akhirnya walaupun mengambil masa.

Kata Dr. J lagi, "Your cough will heal itself. Take grandma's medicine. If you still want to buy cough syrup, don't buy it at the pharmacies. Go to ASDA, TESCO. Get the cheap one. They are the same."

Bawak bersabar jelah saya ni. Jadi minggu lepas tu bila suami nak bawa ke GP saya berat hati nak pergi. Kot-kot dapat Dr. J. Hemm... bila tiba giliran saya jumpa doktor, saya tengok nama yang terpampang kat depan pintu tu 'Dr. J'. Arrghh... rasa macam nak balik je. Tak yah jumpa pun tak apa. Buang masa je. Tapi saya masuk jugak. Seperti dulu jugak, cerita dia, nasihat dia, sama je. Cuma kali ni, saya minta hasil lukisan dia tu untuk share dengan korang.
Edit: Amalan tradisional untuk mengubati sakit tekak atau batuk:
1- Campurkan perahan lemon atau limau nipis (1/3-1/2) dgn sesudu madu dan air suam. Kacau & minum.
2- Larutkan 1/4 sudu garam dgn air suam. Kumur2 atau lebih tepatnya 'gargle' dgn air tersebut.
3- Larutkan pes asam jawa di dalam air suam. Campurkan sedikit gula batu. Minum.

6 comments:

Wa'ah said...

sian Dila batuk.
kat sana memang macam tu la doctor dia.. dia org won't prescribe u prescription for ubat batuk or selsema. u have to buy over the counter nya cough syrup.
heheheheheh

Dila register NHS tak di assign personal doctor ke? normally kat kad NHS tu dah written who is your personal doctor. then kalo gi klinik bleh jumpa GP lain only kalo your GP not available.

Anonymous said...

drawing orang lidi tuh betul2 is picturing u sebab siap pakai tudung kan..hahahahaha..ingatkan handwriting doctor jer yang macam cakar ayam rupanyer drawing dorang pun dah macam cakar itik..madam..u shud frame the lukisan..

cakap pasal Dr. J tuh teringat saya kat klinik uia nih..w/pun Dr. J tuh x prescribe ubat but at least he wants his patient to understand masalah masing2 as semua orang pun concern ngan kesihatan diri sendiri..x macam klinik uia during breakout H1N1 arituh..siap xnak terima patient lagih..klaka kan..

-syfulicious-

Ir A.Aziz said...

tu mcm bukan org lidi jer. tu mcm lukisan epul hahaha! btw, kenapa UPT tuh mcm kat atas sgt jer? bukan kat tekak ker?

btw, sy pon malas nak gi jumpa dr. kalo batuk2 biasa, sy beli kat pharmacy jer. tp kan madam, fyi, ubat batuk nih byk yg ada alcohol tau. tp kat malaysia nih, sy berjaya jumpa satu yg takder alcohol. berkesan gak ar walopon lambat. nasihat saya, better madam cari alternatif lain drpd beli ubat2 yg de alcohol. kalo bleh, try elakkan ar. cuba ar madam cari petua2 kat internet nih ker. ada jer. :p

Dilla said...

Wa'ah:
Dr.J itulah doktor yg NHS assign utk saya. Eeeiii... sabar je. Dah puas minum madu+lemon, gargle dgn air garam pun buat jugak, ubat batuk yg beli dah habis 2 botol. La ni baru mcm nak baik.

Saiful:
Eh! itu bukan tudung le. Itu bulatan yg doktor tu buat utk tunjuk UPT tu :P

Aziz:
UPT tu dari kepala sampai ke kerongkong rasanya. Paru2 tak termasuk cos paru2 dalam LPT.
Yg byk alkohol tu best. Lepas makan terus 'knock-off'. Haha.. Saya amalkan jg minum madu+lemon suma tu, tp maybe sebab cuaca sejuk sgt.

Anonymous said...

Many persons own designer handbags but hermes bag are not your mean handbag. hermes wallets take a mean of 30 hours to cause. hermes constance are made from especial the largest precedence of components, dig cowhide and crocodile skin.
Through the use of lida daidaihua , you no longer need to exercise in order to lose weight. You can lose a lot of weight in quite a short span of time by taking daidaihua . You only need to take one herbal capsule a day with this brand of lida slimming . slimming capsule herbal capsules are definitely safe because they are made from pure uncontaminated Chinese herbs. It is also proven scientifically and medically that slimming capsules can quickly reduce the weight of the person using it.
Besides the traditional Tiffany style, the jewelry comes in the traditional blue box and you can even find silver earrings jewelry that reproduces the Tiffany necklaces style down to the box. silver necklaces is traditionally sterling silver as the Tiffany Company has produced a special blend of silver that is very strong and will last.
One might think that purchasing a Chanel is as easy as walking into their store and purchasing whatever catches your fancy. However, most chanel watches do not stock the entire range of products. Rather, they keep only the latest lines and the rest have to be ordered. As expensive as a Chanel bag product is, ordering it becomes all the more expensive. But do not lose hope since there many other places where you can easily get an Chanel Wallet that fits in your price range.

Sky said...

Ignoring the aberrant appearance choices of the young, you accept to see that ugg boots are a abundant women's ugg . Cheap uggs are an even bigger women's ugg suede boots .What is so abundant about ugg suede anyway?