Google Translator

Wednesday, July 7, 2010

Ada Baik?

Minggu lepas, semasa saya berjalan kaki nak ke kedai Primark saya menelefon adik saya di Malaysia. Kononnya lepas singgah untuk tukar baju kat Primark tu, nak terus ke Eldon Square. Adik saya ni lah , mengidam sangat hendakkan terompah GUESS katanya. Masa datang  ke UK 2 minggu lepas, dok memilih sampai tak jadi beli. Ni dah sampai di bumi Malaysia, sampai angau pulak.

Masa tengah menelefon tu, saya lalu kat tepi seorang pakcik Britons ni. Dia berpaling ke arah saya. Pastu kejap-kejap dia berpaling ke arah saya. Fikir saya, 'Err.. kuat sangat ke aku bercakap ni sampai menganggu orang lain?'. Jadi saya pun perlahankan pitching suara.

Pastu bila saya dah habiskan perbualan dengan adik, tiba-tba saya dengar ada orang menegur.
"Gotta bike?"

Saya pun pandang ke arah tuan punya suara. 'Oh! Pakcik Britons yang pandang-pandang saya tadi.'
"Oh! I'm walking. I don't have a bike."

Pakcik tu pandang saya dengan muka konpius.

"That's not what I meant. I said 'Ada baik'?. That's what you said right to ask whether are you good [alright]?"

Laa... terus saya ketawa. Pakcik Britons ni cakap Melayu dengan saya rupanya. Rupa-rupanya Pakcik Britons ni dulu askar British kat Malaya tahun 1956 dulu. Sebelum merdeka tu. Katanya dulu-dulu kalau nak tanya ok ke tak keje kat orang-orang Melayu kat plantations, dia cakap "Ada baik?"

Sebelum Pakcik Britons ni, hujung tahun lepas masa saya dan suami dalam perjalanan ke Southampton, saya ditegur seorang Pakcik Britons juga. Masa tu tengah nak beli kopi kat R&R. Sedang saya menunggu kopi saya disediakan, tiba-tiba ada suara bertutur dalam Bahasa Melayu. Saya ingatkan siapalah, tak mungkin suami saya sebab suami saya pergi tandas. Bila saya berpaling ke belakang, rupa-rupanya seorang Pakcik Britons. Pakcik ni bukan askar tapi dok keje kat universiti kat Sarawak dalam 7 tahun gitu.

Seronok gak bila mereka cuba bercakap Bahasa Melayu dengan saya :)

5 comments:

Cik Specky said...

hahaha~ gotta bike!..hihi~

hmm~ rasa bangga kalo ade org luar cuba bertutur guna bahasa kt :)

ajezahmad said...
This comment has been removed by the author.
ajezahmad said...

"Gotta bike?"

"Oh! I'm walking. I don't have a bike."

LOL! (sambil membayangkan wajah madam menaiki motosikal harley davidson)

Nur Adibah Md Azman said...

Wah, teringin r nk g UK. hoho.

Dilla said...

@una: hahaha... tak leh blah kan.

@aziz: haha... fikiran ntah ke mana masa tu. muka inesen je mengaku takde beskal :=)

@diba: g US la, lagi syok :) tapi UK pun best juga.