Google Translator

Sunday, July 18, 2010

Kek Lobak Merah & Nanas

 Happy Birthday To Abang & Myself :)

Kek ni saya buat bersempena dengan ulang tahun hari lahir saya dan suami. Suami yang tengok resepi ni kat TV, langsung mencadangkan supaya saya buat. Saya suka buat kek tapi kalau yang suami tak suka makan, saya malas nak buat. Sebab nanti saya kena makan sorang. Saya sekarang cuba untuk err.. mengurangkan berat badan :'( Sadis!

Resepi ni saya tiru dari Ina Garten dalam rancangan Barefoot Contessa. Kek ni sewaktu baru sejuk, memang manis rasanya. Jadi cadangan saya, perlu biarkan seharian dulu, baru rasanya OK. Untuk cream cheese frosting, saya hanya gunakan 1/2 cawan confectioners' sugar sebab saya tak suka terlalu manis. Saya masih mencari resepi cream cheese frosting yang 'can hold its shape but not so sweet'. Resepi yang ini, bila dah dibiarkan semalaman, barulah agak keras cream cheese frosting tu.

Bahan:
Untuk Kek:
2 cawan gula pasir
1 1/3 minyak sayuran
3 biji telur saiz besar, pada suhu bilik
1 st esen vanila
2 1/2 cawan tepung serbaguna + 1 sb, asingkan (saya guna tepung naik sendiri)
2 st serbuk kulit kayu manis
2 st baking soda
1 1/2 st garam halus
1 cawan kismis
1 cawan kacang walnut, dipotong
1 pound/ 450gm lobak merah, disagat
1/2 cawan nanas, dipotong dadu

Untuk Frosting:
*(ada sesiapa boleh bagi saya perkatan Bahasa Melayu untuk frosting? Menyalut kek? Atau apa ye?)
3/4 pound cream cheese, pada suhu bilik
1/2 menterga tanpa garam, pada suhu bilik
1 st esen vanila
1/2  pound (225gm) gula confectioners, diayak (resepi asal 1 pound/450gm gula confectioners)

Untuk Hiasan:
1/2 cawan nanas dipotong dadu

Cara
Panaskan oven pada suhu 350 F.
Griskan 2 tin pembakar bersaiz 8 inci. Alas dengan kerta minyak, gris kertas minyak dan taburkan tepung. Ketuk-ketuk tin pembakar supaya tepung tu sekata.

Untuk Kek:
1. Pukul, gula, minyak, dan telur dalam mangkuk sampai kekuningan. Masukkan esen vanila.
2. Dalam mangkuk lain, ayak 2 1/2 cawan tepung, serbuk kulit kayu manis, baking soda dan garam.
3. Masukkan adunan bahan kering ke dalam adunan bahan basah.
4. Gaulkan kismis dan walnut dengan 1sb tepung. Masukkan lobak merah dan nanas ke dalam campuran ini. Kemudian masukkan campuran ini ke dalam adunan. Gaul sebati.
5. Bahagikan adunan sama banyak ke dalam dua tin pembakar. Bakar adunan selama 55-60 minit, atau sehingga bila dicucuk dengan lidi, lidi tu keluar bersih je. Biarkan kek yang telah masak sejuk di dalam tin pembakar.
**Tips: Elakkan dari membakar kesemua adunan di dalam satu tin pembakar. Nanti kek jadi tebal sangat dan lambat masak.

Untuk Frosting:
1. Campurkan cream cheese, mentega dan esen vanila dalam mangkuk dan pukul sehingga bergaul. Dalam resepi kata "just combined".
2. Masukkan gula dan pukul hingga sebati.
3. Letakkan sebiji kek di atas pinggan atau dulang hidangan, sisi rata menghadap ke atas. Sapukan frosting dengan menggunakan pisau roti atau spatula. Letakkan sebiji kek lagi di atas kek pertama, sisi rata menghala ke bawah, sapurkan frosting di atas dan semua sisi kek. Hias dengan potongan nanas.

Malas Tak sempat nak hias dengan potongan nanas.

4 comments:

Ir A.Aziz said...

madam, balik malaysia nanti bukak kelas kek? sya jd org pertama join. (skrg tgh mcari kelas wat tart plak. mcm best jer wat bluberi tart tuh. :p)

HangLiJo said...

mdm, birthday nye bile? tau bln ni x sure date yg tepat..ngeh3x..

btw, happy birthday to mdm n husband.. semoga dipermudahkan segala urusan dan murah rezeki..

uhuk! uhuk! uhuk!

kalo aziz nk blaja wat kek ngan mdm, saya nak makan jek..keh3x

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

wah... sedap jer nampak..

s820 said...

Mmm... sedapnya nampak kek ni. Yum yum...