Google Translator

Tuesday, July 13, 2010

Kek Bantat Tak Cukup Baking Powder...

Tulisan aku kali ini memang emo. Kalau tak suka baca nukilan orang tengah emo, jangan teruskan ya.
Aku bengang yang teramat dengan orang-orang tertentu yang menguruskan elaun aku ni. Sakitnya hati bukan kepalang.

Aku kat UK ni dapat 2 jenis elaun. Satu elaun dari KPT, yang itu untuk sara hidup aku. Pastu satu elaun lagi dari majikan, yang ini dinamakan elaun pasangan. Yang aku bengang ni elaun pasangan ni masih belum dapat walaupun hari ni dah 13 July. Sepatutnya elaun pasangan tu aku dan kengkawan yang dok belajar kat oversea ni dapat setiap 6 bulan. Masa hujung tahun 2009 hari tu, sepatutnya sebelum Januari 2010 kitorg dah dapat elaun untuk tempoh Januari hingga Jun 2010. Pastu kecoh-kecoh, akhirnya hujung Januari tu baru kitorg dapat elaun. Bayangkanlah kalau ada anak semua, nak bagi anak makan apa? Bagi makan salji kutip kat park kot?

Sekarang ni, untuk tempoh Jun hingga Disember 2010, sepatutnya hujung Jun ataupun awal July dah dapat. Tapi ini dah pertengahan July, masih belum muncul. Bila e-mail minta diuruskan perkara kelewatan ni, amik masa seminggu pulak nak selesaikan. Diorg ni tak ada jadual ke buat kerja? Ya Allah, bengangnya tak dapat aku  gambarkan. Kalau ikut hati memang la aku nak telefon & laserkan ala Kak Ogy Ahmad Daud melaser Kak Erma  Fatima zaman diorg glamor dulu. Tapi kena sabar, sabar dan sabar. Adalah nanti balasan untuk orang-orang jahat yang tak menjalankan amanah dengan betul tu.

Sekarang ni, duit sewa rumah belum bayar, bil letrik belum bayar, bil gas pun belum bayar. Bil air, lesen TV dan bil hp je yang dah dibayar. Itupun sebab bil-bil yang dah dibayar tu aku bayar secara direct debit. Cukup masa, tolak je dari akaun. Nasib baik bil letrik dan gas tu tidak dibayar secara direct debit. Kalau tak, sekarang dah negatif dah akaun bank aku. Nasib baik jugaklah suamiku kerja. Jadi 'floor engineer' kat sini. Cukuplah gajinya untuk belanja makan kami di waktu-waktu terdesak ni. Kalau nak buat bayar sewa rumah suma, memang tak cukup.

Orang-orang yang diamanahkan untuk menguruskan elaun kami ni fikir kitorg dok sini senang lenang ke? Memanglah kami pergi travel watsoever tu. Tapi itu semua hasil berjimat cermat seadanya dan duit gaji suami yang tak seberapa itu..Diorg tau tak, memikirkan hal duit belanja semua ni hanya menambah "unnecessary pressure" pada kami research student ni? Inilah yang aku kata "Sukarnya berurusan dengan mereka yang menguruskan hak orang seperti kek bantat yang tak cukup baking powder. Masa nak mengambil atau menyekat hak orang, lajunya seperti jet pejuang I.s.r.a.e'.l"


Semoga Allah memberi hidayah pada orang-orang yang slow menguruskan amanah tu.

p/s: untuk posting ni, kalau ada komen-komen yang membalas dengan penuh kekejaman di atas ke'emo'an aku, ada kemungkinan aku akan delete saja. Korang nak emo kat aku, korang tulis kat blog korang dan link ke sini. Hah! This is war gitu. Kalau aku sudah tidak emo lagi ketika membaca kekejaman komen korang, aku tidak akan delete.

8 comments:

Cik Specky said...

ooh mdm! saya suka baca tulisan2 emo sbb nnt saya pun emo sekali..ekeke~

mdm, hmm~ kat tmpt keje saya pon camtu mdm... kononnya organization gah punya, mengaku profesional tahap dewa lak tuh..alih2 payment lmbt giler..tiap2 bulan kena email, kena call baru dpt..tu pon mcm2 alasan diorang kasi..

ni dah masuk bln ke-5 keje tp payment baru dpt yg bln ke-2..giler ke hape tah! dpt duit je abih bayar hutang..

paling x leh blahh~ ckp kat kitorg diorg ade masalah sbb tu payment lambat..mmg hangguk la.. kata profesional, apahal lak nak cite kat kitorg..selesaikan jelah..

huh! mmg nama2 besar perangai camni kot..hudoh giler cara kerje!

agaga~ kan saya pun dah tumpang emo.. hee~

peace mdm! :)

ajezahmad said...

takut giler baca post nih! mmg penuh emosi. btw, kek bantat tuh mcm mana rupanya? wujud ker?

ajezahmad said...

btw, sy pon penah mengalami situasi yg lebey kurg la. kat company lama saya, sebelum sy quit, sy ada hntar form utk claim OT. ada ke patut dia boleh hilangkan form sy nagn colleagues sya? sy tak tau nak marah org HR ker atau SV saya. Dorg nak balas dendam sbb sy quit kot. X patut.. X patut.. Tapi dah tak berapa geram sgt dah. Sy halalkan jer. Malas nak pi ofis tuh utk claim. :p

Adah said...

Ya Allah Dilla, me and hubby pun sama case jugak..patutnya 2nd July dapat for the next 6 months punya..tapi of cosh la kan belum dapat..in my case, Adah suruh hubby called..hehehe..biar dia takut sikit..dia cakap in 2 weeks..hopefully betul la..Isnin depan ni cukup la 2 weeks from that phone call..harap2 tak postpone lagi..mmg betul la..diorang ni mmg takde sistem ke ek?

Tukar2 orang yg in charge pun tak update..kejap Sr. Amirah..skrg ni Br. Fuad la pulak..Kuliyyah punya website tak update2..

Nway..gitu la ceritanya..as for us..Adah bersyukur la sebab Adah pun ada part time job ni..so, takdela sesak sangat..Alhamdulillah..

Rhyati said...

alahai kesiannya.. saya pun sebelum ni mati2 ingat org duk ovc boleh mewah2.. hehe.. apapun semoga Allah permudahkan rezeki dilla sekeluarga dari mana2 jalan sekalipun..

Jannah Ibrahim said...

Kek Bantat nk wat cam ne Puan ..bling jek kt dinding..kalau nk makan bakar lagi kasik hangus..kalau uruskan hal org memang gitu..kalau uruskan hal diorg tangkas dan lekas saje..BTW.. diorg ni bukan dah ada jadual ke nk masukkan duit sekian-sekian haribulan..ke diorg syok gi enjoy kt Pulau Perhentian (IEP kot) sampai lupa nk balik ..hehe..ko tau tak diorg gi Pulau Perhentian??aku tgk kt facebook la..agaknyer diorg lupa jalan nk ke bank utk hntr form hehe..nk kata bank jauh..dekat jek ye tak??

~x0x0~fixa~ said...

madam...saya yg emo pun terus jadi lebih emo...wlwpun una n aziz lbh emo *nyorok jap*...
sabar la mdm...
org2 mcm ni kita masak je kek bantat tu pas kat dorg...
biar dia tau...
hahaha...

saya doakan yg terbaik yok mdm...amin...

Dilla said...

@HangLiJo:
Una, cubalah cari keje tempat lain. Diorg tu memerah tenaga korang la tu. Issh... geramkan? Padahal sesama Muslim.

@Aziz:
Hah! Jangan terkejut dgn ke"emo"an saya. hehe... Kek bantat tu kek yang keras dan tak gebu. Aziz, moralnyakan, lain kali, kalau hantar borang overtime atau apa saja borang, buat fotokopi dulu, dan kalau boleh dapatkan cop atau tandangan penerimaan. Kalau leh amik gambar sekali. CSI memerlukan semua itu tau! ;)

@Adah:
Skrg bukan Sr. Amirah lagi. Setau saya, ada orang baru. Saya call Sr. Hazrani terus, minta bercakap dgn dean.

@Rhyati:
Huhuhu... Mungkin nampak mewah sebab beli barang-barang ada jenama kot. Padahal kebanyakkannya, barang2 branded tu beli masa jualan murah. Just imagine, Boxing Day Sales (sales after Christmas) last year, Levi's jeans are +-5 pound each! Memanglah ada design yg tak cantik sangat. But still...

@Che'a of Riccarton:
Alhamdulillah, dah dapat duit elaun pada hari Rabu/Khamis. Syukurlah staff baru ni cepat buat kerja. Aku tak salahkan dia 100%. Cuma musykil, tak ada list tugas ke yang disediakan.

@Fiza:
Aziz emo yang malu-malu gitukan? Haha... Makasih Fiza atas doa awak yang tak putus :)