Google Translator

Wednesday, February 16, 2011

Tips mencari rumah sewa di UK

Sebenarnya nak cite pasal kitorg pindah rumah hujung bulan lepas. Tapi memandangkan cite pasal kitorg pindah rumah tu lebih kepada sesi melepas perasaan bercampur kutukan, lebih baik saya selitkan panduan mencari rumah sewa di UK. Moga dapat jadi panduan terutamanya pada rakan-rakan di Malaysia yang merancang untuk sambung belajar di UK.

1- Pastikan tingkap rumah double-glazing.
Maksud double-glazing ialah tingkap-tingkap kat rumah tu ada dua lapisan kaca. Kalau masa anda datang, dah wujud tingkap triple-glazing, hah! Amik terus rumah tu. Pastinya anda boleh jimat bil gas & elektrik. Rumah lama kitorg tu, tingkap-tingkapnya single glazing je. Masa nak menyewa dulu, kami tak terfikir pasal rumah yang hanya single glazing ni akan menyebabkan kesejukan maha hebat di musim sejuk. Yelah, masa tu kami baru 2 minggu sampai di UK. Nak menumpang rumah kawan lama-lama pun, kesian kat diorg. Jadi bila jumpa rumah yang agak OK berbanding dengan rumah-rumah lain yg kami dah tengok, kami teruslah setuju.

The downside of staying in a single-glazed house is it will cost you arms and legs for your gas and electric bills. Percayalah cakap saya ni. Dah la bil gas & letrik kat sini bukannya dpt tiap2 bulan (pilihan yang ada sama ada setiap 3 bulan, 6 bulan atau setahun). Susah tau nak pantau. Dan orang yang datang baca meter tu datang berpandukan pilihan bayaran kita (3,6,12 bulan sekali). Jadi susah nak pantau. Kalau musim sejuk, kita on heater tu, tak terasa pun. Terpaksa tambah dengan heater letrik pulak, itupun kena dok berdiang tepi heater tu barulah terasa panas.

2- Cubalah sedaya upaya menyewa rumah mat saleh
Setakat ini, kawan-kawan yang menyewa rumah dengan landlord mat saleh tak menghadapi banyak masalah. Dan selalunya rumah-rumah mat saleh ni kondisinya jauh lebih elok berbanding dengan rumah-rumah kepunyaan bangsa lain. Untuk pengetahuan korang, rumah-rumah sewa di UK ni, kebanyakkannya dimonopoli oleh bangsa Pakistan & Bangladesh. Adalah kes-kes terpencil tuan rumah berbangsa India dan Sikh. Kalau korang datang ke UK ni, terutamanya kat area Bradford, kat situ dah jadi kampung Pakistan. Seperti Chow Kit menjadi kampung Indonesia (err.. itu tahun 2002, masih lagikah sekarang?).

Ala, kat Newcastle ni pun apa kurangnya. Dalam sederet panjang rumah-rumah, korang imejen deretan rumah kat kawasan rumah teres di Malaysia, out of 30 houses, adalah kot 1 rumah mat saleh. Itupun kalau nasib baik, kalau tak kesemuanya dimonopoli pakistan.

Bukanlah racist, tapi dari pengalaman saya dah 2 tahun dok kat UK ni, tambah dengan pengalaman kawan-kawan lain, orang Pakistan ni nama je Islam, macamlah majoriti Melayu Malaysia juga, Islam tu sekadar dalam solat & puasa je kot. Dari segi etika kerja, hampeh & lebih kotor dari Sungai Gombak (especially kat area Central Market tu). Kalau rumah tu bocor atau rosak, takdenya diaorg nak datang baiki cepat-cepat. Kadang-kadang dekat seminggu baru datang baiki. Nasib tak baik, langsung tak baiki. Macam kes kawan saya, mesin basuh yg tuan rumah provide rosak, dia pun bgtaulah tuan rumah. Takde maknanya, tuan rumah buat dek je. Alasan sebab kawan saya dah nak kuar dari rumah tu. Padahal kawan saya tu akan dok kat rumah tu lagi 2-3 bulan. Memang vongok sangatkan.

Kitorg pun kes yang sama. Mesin basuh yg tuan rumah provide rosak. Kebetulan ada rezeki lebih, kitorg malas nak tunggu tuan rumah gantikan, kitorg beli sendiri. Kitorg call dia soh kutip mesin basuh dia yang haprak tu, sampai ke sudah tak berkutip.

Tuan rumah mat saleh pula, selain dari provide kelengkapan rumah, kadang-kadang diorg siap provide pinggan mangkuk & alat2 memasak lagi. Yang baru pulak tu. Kalau tuan rumah Pakistan, dari peti ais, mesin basuh, dapur, semuanya yang used atau refurbished. Itu belum korang tengok sofa yang tuan rumah Pakistan ni bagi. Adoiiiilaaa... huduh sangat2. Mesti korang terfikir saya demand kan? Tidak sebenarnya, sebab rumah-rumah sewa kat sini standardnya fully furnished.

By the way, rumah yang kami baru sewa ni, landlordnya Pakistan juga. Kami ingatkan bila guna ejen untuk menyewa rumah, bolehlah dapat rumah mat saleh, Rupanya tak jugak :( Kitorg tahu landlord baru kami Pakistan pun selepas dah bayar deposit & sign kontrak. Kitorg ingat bila guna ejen, tak perlulah berurusan dengan landlord. Tidak rupanya. Nasib baik sign kontrak 6 bulan je. Takde niat pun nak pindah randah lagi, tapi kalau something happen within this six months, bolehlah kitorg blah. Harap-harapnya lebih baik dari yang dulu.

H.A.R.A.P.A.N je la kan, sebelum kami masuk rumah baru ni, ejen kata nanti tuan rumah akan steam wash karpet yg dah kusam tu, cuci toilet dan tukar cooker (dapur untuk memasak yang ada grill & oven sekali tu). Karpet tu kitorg tanya tak boleh tukar baru ke sebab kotor, katanya nanti dia steam wash. Kedekut sangatkan. Toilet pulak takdenya dicuci. Dah la masa pindah tu saya tengah mabuk & loya yang teruk, boleh kata semua bab mencuci suami buat. Saya kesian, jadi saya tabahkan hati & mata & segala deria untuk tidak muntah uwek uwek demi untuk mencuci toilet. Perihal cooker pulak, hampir 2 minggu kitorg pindah baru dapat cooker. Bukannya cooker baru pun, used &refurbished. Semasa tak dapat cooker lagi, saya adalah call 2 kali kot tanya bila cooker akan sampai. Boleh landlord tu soh saya guna dulu cooker yang sedia ada. Cooker tu eeeiii.... kotor giler. Bukan takat tak lalu nak makan, nak masak pun saya tak kuasa guna cooker kotor tu.

3- Elakkan menyewa rumah tingkat bawah
Kebanyakkan rumah kat sini, ala-ala macam town house kat Malaysia. Tingkat bawah orang lain, tingkat atas orang lain. Ada jugak rumah yg macam rumah teres. Kebiasaannya rumah tingkat bawah ada 1 atau 2 bilik tidur, ruang tamu, dapur & tandas. Rumah tingkat atas pulak, biasanya ada 2 atau 3 bilik tidur, ruang tamu, dapur & tandas. Jadi bagi keluarga kecil, pasangan belum ada anak atau anak 2 gitu, kami menyewa rumah tingkat atas atau bawah saja.

So apa advantage menyewa rumah tingkat atas? Anda tak terganggu dek tapak kaki & bunyi bising dari tingkat atas. Kecualilah kalau anda punya anak-anak yang hobinya melompat atas lantai & berlari keliling rumah, perlulah fikirkan utk menyewa rumah bawah supaya orang tingkat atas tak hangin dengan anda.

Rumah-rumah kat UK ni, lantainya lantai kayu. Jadi kalau nasib anda dapat rumah yg dah hampir kerepot, confirmlah anda akan dengar macam-macam bunyi dari tingkat atas. Antaranya bunyi orang beromen (ni pengalaman kawan saya), bunyi orang atas basuh baju, vacuum rumah, berparti dan macam-macam lagi bunyi yang bisa buat telinga kalian bingit dan kepala pusing.

Inilah antara sebab kami pindah. Jiran tingkat atas rumah lama kami tu sangat biadap. Masa kami masuk rumah tu dulu, jiran kami sorang perepuan yang tua sikit dari saya. Dia ni kira contoh jiran mithali la. Pastu dia pindah, masuk bujang-bujang lelaki India/Pakistan. Start dari jam 10 malam sampailah ke pagi jam 6 gitu, diaorg memekak. Dahlah memasing bukannya saiz kanak-kanak nak berlari dalam rumah. tapi diorg bantai berlari dalam rumah. Isshh... berdenyut kepala saya time tu. Pastu jam 2-3 pagi, diorg boleh bergelak ketawa senda ria. Hampeh betul. Adalah 2 kali saya tak tahan, kul 2 pagi tu jugak saya ketuk pintu rumah diorg dengan penumbuk. Saya minta diorg soh diam, ikut hati memanglah hangin puting beliung rasa nak karate sekor-sekor. Tapi saya sabarkan hati & cakap elok je ala2 lakonan Eja yang penuh kelembutan. Ikut hati memang nak call police je. Tapi saya cuba diplomasi dulu. Pastu janji tak bising lagi. Beberapa minggu kemudian, boleh buat parti kul 1 pagi. Bunyi letusan ketawa, bunyi kerusi jatuh (main musical chair agaknya) memang membingitkan telinga. Saya sound lagi sekali. Eiii... dahlah masa tu saya dalam minggu-minggu awal mengandung. Badan lembik tak makan, nak tidur susah sebab asik terjaga. Memang kalau saya ada magik, saya dah magiikan diaorg jadi bahan kumbahan.

Rumah baru ni masih rumah bawah. Macam tak serikkan kitorg ni. Saya memang minta suami cari rumah atas. Tapi rumah atas yang kita pergi view tu, sangatlah tak best. So terpaksa cancel. Rumah baru ni, semasa view rumah, saya tanya pada orang yg bawa kami view tu, siapa sewa kat atas, katanya saya quote, "Very quiet Asian students." Setakat ni takdelah diorg berlari hentak-hentak kaki dalam rumah atau berparti waktu dinihari. So far so good lah.

4- Pastikan ada electric shower
OK. Ini point saya yang akhir. Kot2 ada lagi, saya update lain kali. Kenapa pentingnya electric shower?
Sebab, kalau boiler korang rosak, takdelah korang terpaksa masak air untuk mandi, untuk basuh tangan, untuk basuh kencing & berak, dan lain-lain keperluan. Saya serius ni. Kat sini, sumber air setiap rumah ada dua, air sejuk dan air panas. Air sejuk yg keluar dari pili tu, sejuknya lebih sejuk dari ais. Lebih-lebih lagi kalau musim winter. Kalau musim panas pun, sejuk jugak. Bak kata sorang kawan ni, "Tak kiralah musim sejuk ke musim panas ke, saya basuh pinggan tetap guna air panas." Jadi korang bolehlah bayangkang setara mana sejuknya air sejuk kat sini. Makanya kalau ada electric shower tu, kurang-kurang nak mandi tu, tak perlulah memasak air seperiuk besar.

Rosaknya boiler kat rumah lama tu adalah satu lagi punca utama kitorg pindah. Boiler rumah lama tu dah separuh rosak masa hujung Disember 2010. Bayangkan, masa tu peak winter. Giler punya sejuk. Kitorg call tuan rumah, katanya kena tunggu lepas cuti Tahun Baru 2011 berakhir baru dia leh contact technician. Pastu dah habis cuti Tahun Baru, takde jugak tuan rumah call kitorg. Kitorg call lagi, dia kata nanti dia mesej nombor tepon technician. Dari pagi sampai ke petang kitorg dok tunggu mesej dia tak juga kunjung tiba. Saya dan suami tekad tak nak bayar sewa rumah selagi boiler tak dibaiki. Kemudian, bila tiba minggu ke-3 dalam bulan Januari, pandai pulak dia mesej kitorg tanya sewa rumah dah bayar belum. Kitorg saja je lambat reply. Tapi kitorg balaslah jugak & bgtau kitorg tak bayar lagi & kitorg tunggu boiler dibaiki. Nan ado nak dtg baiki. So, jangan haraplah kami nak bayar sewakan. Pastu tiba penghujung Januari, dia mesej lagi, katanya korang nak pindah ke? Apa-apapun call la dia, dia nak tahu apa plan kitorg. Eleh... yang sebetulnya dia nak halau kitorg dari rumah tu secara terhormat sebab dia nak naikkan sewa. Minggu lepas kitorg lalu depan rumah lama tu, kitorg nampak dah ada kertas iklan dengan sewa yang dinaikkan. Hemm... licikkan orang Pakistan ni? Bluwek!!!

Kitorg masa tu memang dah cari rumah lain pun. Dan sedang memunggah barang pun. Tepat 31 Januari, kitorg mesej kata kitorg dah pindah. Kitorg top up another 100 pound pada deposit utk cukupkan sewa rumah sebulan. Kiranya deposit + top up kitorg tu = sewa rumah utk Januari. Kitorg cakap lagi, bidan yg in charge of my pregnancy yg suruh pindah sebab kondisi rumah tak sesuai utk mom&baby i.e. boiler tak berfungsi. Bagi dia cuak sikit. Kunci rumah kitorg pos je ke pejabat dia. Hah! Balasan mesej dia bikin saya & suami ketawa je. Kata ex-landlord kami, "OK. But didn't you call the technician?" Sungguhlah kotor macam tapak pasar malam selepas selesai habis semua jualan. Camana kitorg nak call technician tu, dah ko tak bagi nombor. Dan kalau kitorg yang call, sapa nak bayar technician tu? Kami ke? Seriously I can't comprehend this kind of attitude. Kalau korang nak tau, ex-landlord kami tu anak Imam salah satu masjid kat sini. Dia pun selalu g solat kat masjid tu. Hemmm....

Harap-harapnya dapatlah apa yang saya tulis ni menjadi panduan pada sesiapa yang nak datang bermastautin di UK sebagai pelajar. Kalau korang datang sebagai professional, korang pastinya mampu untuk sewa rumah yang lebih baik kondisinya.

7 comments:

ishak arrahman said...

alkesahnya..ada gak bangla kat uk tu...ingatkan kat malaysia jer...kalau dah bangla/indon atitude diaorang ni kat mana2 pun sama kan..

Dilla said...

golongan bangla ni sangat kaya kat UK ni encik ishak. Adalah jugak golongan marhaein, hak tu yg baru sampai kot. But seriously, majority of them are so annoying.

ikhramismail said...

sy nak tny la..ade tips2 untuk senang dpt rumah sewe tak..bagi situasi sy, sy akn ke bath pada 17/9 ni..tp hampir semua rumah sewe yg saya bekenan..tak nak ambik student.pastu tul ker kalo nak deposit murah kene ade akuan bank kat uk..kalo tak diorang akn mintk sampai 6 bulan deposit..keje giler tu...

Ghostz said...

Salam..Actually tgh cr info about life in Newcastle Uni when I came across ur blog.Sy akan start class Sept 2011, so mmg tgh cr info or tips about life kat sane. I'm a bit worried sbb dapat uni accomodation dkt Bowsden Court, South Gosforth.Is it really a hassle to take the Metro everyday?FYI, sy student Mara.Do share ur thoughts.Thanks!

lin said...

Salam....boleh bgtau rate harga sewa rumah sebulan kt uk? sy maybe akan tinggal dengan suami jer....tq

Anonymous said...

YA Allah..
tabahnya family awak mharungi keadaan mcmni..

TQ sbb sudi share pengalaman n tips utk sewa rumah..
mgkn lepas ni,kalau nk cari rumah kne check apa yg awak bgthu tu.

Boleh tahan jugak eh set2 bangla ni,..bermaharajalela..
tapi once dh signed mmg xblh ke cancel agreement.sbb pihak dorg yg xsediakan apa yg kite nak

Unknown said...

T