Google Translator

Monday, April 18, 2011

Menekan diri sendiri

Perlukah memberi tekanan pada diri sendiri?
Kadang-kadang perlu, kadang-kadang tidak. Namun, ada beberapa keadaan orang sekeliling yang membuat saya musykil. Saya jadi musykil bila bertemu atau membaca rintihan manusia yang memberi tekanan pada diri sendiri tentang perkara-perkara seperti:
  1. Nak cepat-cepat kahwin (konon dengan berkahwin selesai semua masalah)
  2. Nak menambah anak ( yang ada berderet tu tak cukup, nanti orang lain anak cukup satu pasukan bolasepak, dia hanya cukup satu pasukan bola keranjang je)
  3. Nak mempunyai pacar (mana boleh jadi, orang lain je boleh dating, walaupun boyfriend tu kuat membelasah)


Kenapa ya, kenapa perlu menekan diri sendiri dengan hal-hal sebegini? Tak bolehkah kita tengok sesuatu dari sudut yang lain? Contoh:
  1. Kenapa perlu berpacaran? Jika hanya menambah dosa? Silap haribulan tergadai  segala.
  2. Kenapa perlu menambah bilangan anak? Jika yang berderet tu pun tak terdidik?

Hemm.... Serius tak faham kenapa ada orang yang sanggup menekan diri sendiri dengan benda-benda remeh sebegini.

1 comment:

mrs plain-june said...

i think.. they thought that the grass is always greener on the other side.. itu yang apa yang ada tak pernah mencukupi.. apa yang ada kurang disyukuri.. astaghfirullah..
moga kita dihindari dari hasutan syaitan dan manusia2 bertopeng syaitan..
na'uzubillah..