Google Translator

Wednesday, April 27, 2011

Barut Bayi: Macam mana nak jahit?

Saya bercadang nak menjahit barut bayi cuti hujung minggu ni. Cadangannyalah, menjadi kenyataan atau tidak tu tak pasti ye. Puas dah saya menggugel, jumpalah satu dua blog  yang sudi berkongsi cara nak menjahit barut bayi, ini dan ini. Saya berangan nak guna zap on untuk barut, tak nak guna tali. Tak reti nak mengagak berapa panjang perlu diletakkan zap on tu. Blog-blog lain tu banyaknya nak menjual barut bayi yang mereka jual. Heemmm... Kelmarin semasa menalipon Tok saya cuma bertanya berapa helai barut yang perlu dijahit. Ukuran pula kata Tok "Buatlah besar sikit". Errr... besar sikit tu besar mana agaknya. Kecewa!

Kalau korang yang membaca ni ada pattern atau jumpa mana-mana blog yang ada berkongsi tutotial menjahit barut bayi, minta kongsi dengan saya ye. Terima kasih :)

*Gigih nak menjahit sebab bosan yang teramat dengan writing up yang tak siap-siap. Waaaaa...

Tuesday, April 26, 2011

No safe place

It seems like there is no safe place anymore nowadays. Even in your house. I am referring to the news by NBC about the risks posed by smartphones pictures. Isn't it terrifying to even imagine that by just posting some innocent pictures on the internet, we are actually exposing our family and children to a bunch of predators? Have you watched it? Please do, especially between minutes 2.25 to 2.51 (the part where outsiders can map out your house just by using pictures you posted online). It'll make you think twice before posting a picture on the internet.



All this while we 'like' to think that the psychos, the child molester, the whatever criminals out there are outside our house. In actual fact they are IN our house!

I was watching The Craiglist Killer during the weekend and it does scares the hell out of me. Can you imagine a person who is in top 5% of his class, on top of that is a medical student, is actually a sadistic killer? Am I paranoid? Probably not. However watching Criminal Minds, Crime Scene Investigations and other crime dramas probably have made me more aware of the unthinkable acts out there.

Yeay! I feel you :)

It happened early Saturday morning. I was in between sleeping and waking up. So I wasn't really sure about it so I let it pass. Then it happened again in the afternoon, while I was praying with my husband. Ooooohhhhhh!
OUR-BABY-MOVES!

In some weird way, I think our baby heard my constant pleas to feel she moves. Most people name it as "feel the baby kicking". At this point I'd rather describe it as "bumping onto my womb". Yes, that's how it feels to me. I think she is having fun turning and swimming in there and accidently bump onto my womb/stomach. Then she moves away. Before she knows it, she bumps onto me again. How wonderful! :)

Few minutes before I wrote this entry, as I was reading some article on the internet, I feel she bumps onto my stomach again. So I put my fingers onto my stomach (exactly where she bumps) and give a little pressure. Subhanallah, Masya-Allah, I swear I feel pulses, you know like you put your fingers on your wrist. Amazing, so amazing.

Saturday, April 23, 2011

Nak matikan tak boleh!

Kenal dengan lintah bulan tak? Atau dalam bahasa omputih SLUG!!! Ni dia haiwan/serangga yang memakai tanda nama SLUG.

Saya geram sangat sekarang ni. Geram sebab saya tak boleh membunuh kaum kerabat lintah bulan yang menceroboh masuk ke rumah saya. Eeeii... Sungguhlah tertekan. Dulu-dulu sebelum mengandung, kalau ada keluarga lintah bulan ni menceroboh masuk ke rumah, saya pasti bunuh. Senang je nak bunuh mereka ni. Taburkan garam ke atasnya. Tapi AWAS!!! Kalau mereka ni berada di dalam rumah, campak dulu ke luar rumah sebelum ditaburkan garam. Sebab, bila lintah bulan ni menari cha-cha dengan garam tu, mereka akan mengeluarkan cecair berlendir lantas kiok!

Sejak mengandung ni, saya terpaksa menahan diri dari membunuh kerabat lintah bulan yang menyibuk je dok masuk rumah saya. Awal-awal mengandung dulu, saya terlupa. Mujur saya tak bunuh, saya cuma campakkan mereka ke dalam toilet bowl & flush. Bila saya bagitahu suami, katanya kenapa tak buang ke luar rumah saja. Jawab saya, dah malam-malam buta, takkan saya nak buka pintu. Nak tunggu suami balik dari restoran, sempatlah lintah bulan tu buat roundabout dalam bilik air dan dapur saya. Eeiii.. Geram la!. Lagipun mungkin lintah bulan tu boleh berenang dalam kolam kumbahan, hujah saya lagi pada suami. Suami geleng kepala dengan hujah tak masuk akal saya. katanya, pernah tengok lintah bulan berenang? Emmm... Malas nak jawab.

Itu pun dia :)

Sepanjang bulan Mac, saya menghitung hari menunggu tarikh 5 April. Tarikh ini ialah tarikh untuk scan kedua kami. Di UK, generally hanya ada 2 scan untuk ibu-ibu mengandung. Scan yang pertama sewaktu kandungan berusia antara 10- 14. We got ours done in the 12th week. Scan yang kedua pada minggu ke-20.

Secara asasnya scan yang pertama itu ialah untuk mengambil ukuran bayi & to make sure everything is going well. Sebelum scan saya yang pertama, macam-macam bermain di fikiran saya. Things like 'What if there's no baby inside? All this while I'm just imagining things up.' Namun bila terpampang saja imej bayi kami pada skrin di depan kami, terus hilang semua gusar. Gembira sangat hingga bergenang air mata saya. Saya genggam tangan suami. Kemudian, bila dengar degupan jantung bayi kami, rasa nak melompat kegembiraan pun ada  I know it sounds stupid. Seterusnya sonographer menunjukkan kedudukan perut, tangan dan kaki bayi. Saya risau semula bila tak nampak kaki bayi. Suami saya pula dengan yakinnya cakap dia nampak bayi kami sedang baring dengan kaki berlipat; seperti posisi orang buat sit-up.

Sekaligus dengan scan pada minggu ke-12 ini, screening test untuk down syndrome juga boleh dilakukan atas persetujuan ibu yang mengandung. Screening test ini bukanlah keputusan muktamad bahawa bayi yang dikandung bakal mempunyai down syndrome. Ianya sekadar ujian saringan untuk melihat peratus kebarangkalian terjadinya down syndrome. Sekiranya peratusan kebarangkalian adalah tinggu, ujian seterusnya akan dilakukan untuk pengesahan. We choose to do ours and Alhamdulillahh a few weeks later we received a mail confirming that we are in the low percentage group.

Penantian dari minggu ke-12 hingga minggu ke-20 tu rasa sangat panjang. Fizikal saya dari mata kasar belum nampak seperti orang mengandung. Really! Kecuali kalau saya pakai baju yang muat-muat badan (ketat bak sarung nangka) barulah nampak nyata perut saya yang makin membulat.

Semasa menalipon Tok beberapa minggu lepas, saya mengadu;
"Perut ni macam tak membesar je." Luah saya pada Tok.
"Takpelah. Ada orang sampai dah beranak pun tak nampak perut dia besar." Pujuk Tok.
"Hemm... Ntah-ntah baby ni tak membesar kot?" Adu saya lagi. Risau sebenarnya.
"Eloklah kalau baby tak besar, senang nak bersalin."

Saya tahu Tok yang dah berpengalaman melahirkan 7 orang anak cuba untuk menghilangkan kerisauan saya. Tapi saya memang risau. Tambahan pula, kalau ikutkan dari pembacaan saya, sekitar usia kandungan 18 minggu, kebiasaannya ibu dah dapat merasakan pergerakan bayi. Dalam kes saya, sikit pun saya tak rasa bayi saya flutters like butterfly.

Berat badan saya pun masih sama seperti awal-awal mengandung. Baju-baju semua masih muat dipakai. Seluar pun masih muat kecuali di bahagian pinggang. Kali terakhir timbang berat badan ialah semasa usia kandungan 16 minggu. Itupun atas permintaan saya sendiri. Kalau ikutkan bidan, katanya tak perlu.

 Jadi saya memang sangat menunggu scan pada minggu ke-20 ini. Satunya saya nak tau keadaan bayi, dan keduanya nak tau jantina bayi. Hehehe...

Pada tarikh 5 April tu juga saya ada presentation untuk Postgraduate Conference di universiti. Presentation saya pada hari itu ialah sebahagian dari penilaian progress PhD tahun 3 saya. Mungkin disebabkan teruja sangat nak scan bayi kami, saya betul-betul bersemangat menyiap-sediakan presentation saya. Sampaikan malam sebelum  hari kejadian, serak suara saya jadinya tak henti-henti berlatih untuk presentation. Saya orang yang ketiga present pada sesi pertama.(Feedback dari supervisor saya sehari selepas presentation: You did great!) Dalam jam 10 pagi., habis je saya present, saya terus keluar dan berjalan kaki ke hospital. Mujur hospital betul-betul seberang jalan dari bangunan Chemical Engineering. Saya telefon suami untuk maklumkan bahawa saya dalam perjalanan ke hospital. Janji kami sebelum keluar rumah pagi itu untuk berjumpa di hospital.

Alhamdulillah, bila di scan nampak jelas bayi saya sedang bergerak, tangan dan kakinya yang bergerak-gerak. Terketawa saya dan suami melihatnya. Syukur Alhamdulillah dia sihat. Gender wise, saya dan suami tak kisah lelaki atau perempuan. Yang penting dia sihat. Cuma bila dah tahu jantina, mudah nak shopping barang-barang untuknya dan dah boleh mula panggil namanya.

Monday, April 18, 2011

Woombie

Saya minat betul dengan benda ni: WOOMBIE. Dah berangan nak beli untuk digunakan bila membedung baby nanti. Saya dah check, boleh beli kat Amazon. Kat Malaysia, ada kedai yang jual woombie ni, kat Johor. Tapi saya tak pasti berapa harganya di Malaysia. Eeeiii... tak sabar nak bershopping barang-barang baby :) Asalnya barang dari Amerika.

Woombie US - the official website   

Menekan diri sendiri

Perlukah memberi tekanan pada diri sendiri?
Kadang-kadang perlu, kadang-kadang tidak. Namun, ada beberapa keadaan orang sekeliling yang membuat saya musykil. Saya jadi musykil bila bertemu atau membaca rintihan manusia yang memberi tekanan pada diri sendiri tentang perkara-perkara seperti:
  1. Nak cepat-cepat kahwin (konon dengan berkahwin selesai semua masalah)
  2. Nak menambah anak ( yang ada berderet tu tak cukup, nanti orang lain anak cukup satu pasukan bolasepak, dia hanya cukup satu pasukan bola keranjang je)
  3. Nak mempunyai pacar (mana boleh jadi, orang lain je boleh dating, walaupun boyfriend tu kuat membelasah)


Kenapa ya, kenapa perlu menekan diri sendiri dengan hal-hal sebegini? Tak bolehkah kita tengok sesuatu dari sudut yang lain? Contoh:
  1. Kenapa perlu berpacaran? Jika hanya menambah dosa? Silap haribulan tergadai  segala.
  2. Kenapa perlu menambah bilangan anak? Jika yang berderet tu pun tak terdidik?

Hemm.... Serius tak faham kenapa ada orang yang sanggup menekan diri sendiri dengan benda-benda remeh sebegini.