Sepanjang bulan Mac, saya menghitung hari menunggu tarikh 5 April. Tarikh ini ialah tarikh untuk scan kedua kami. Di UK, generally hanya ada 2 scan untuk ibu-ibu mengandung. Scan yang pertama sewaktu kandungan berusia antara 10- 14. We got ours done in the 12th week. Scan yang kedua pada minggu ke-20.
Secara asasnya scan yang pertama itu ialah untuk mengambil ukuran bayi & to make sure everything is going well. Sebelum scan saya yang pertama, macam-macam bermain di fikiran saya. Things like 'What if there's no baby inside? All this while I'm just imagining things up.' Namun bila terpampang saja imej bayi kami pada skrin di depan kami, terus hilang semua gusar. Gembira sangat hingga bergenang air mata saya. Saya genggam tangan suami. Kemudian, bila dengar degupan jantung bayi kami, rasa nak melompat kegembiraan pun ada I know it sounds stupid. Seterusnya sonographer menunjukkan kedudukan perut, tangan dan kaki bayi. Saya risau semula bila tak nampak kaki bayi. Suami saya pula dengan yakinnya cakap dia nampak bayi kami sedang baring dengan kaki berlipat; seperti posisi orang buat sit-up.
Sekaligus dengan scan pada minggu ke-12 ini, screening test untuk down syndrome juga boleh dilakukan atas persetujuan ibu yang mengandung. Screening test ini bukanlah keputusan muktamad bahawa bayi yang dikandung bakal mempunyai down syndrome. Ianya sekadar ujian saringan untuk melihat peratus kebarangkalian terjadinya down syndrome. Sekiranya peratusan kebarangkalian adalah tinggu, ujian seterusnya akan dilakukan untuk pengesahan. We choose to do ours and Alhamdulillahh a few weeks later we received a mail confirming that we are in the low percentage group.
Penantian dari minggu ke-12 hingga minggu ke-20 tu rasa sangat panjang. Fizikal saya dari mata kasar belum nampak seperti orang mengandung. Really! Kecuali kalau saya pakai baju yang muat-muat badan (ketat bak sarung nangka) barulah nampak nyata perut saya yang makin membulat.
Semasa menalipon Tok beberapa minggu lepas, saya mengadu;
"Perut ni macam tak membesar je." Luah saya pada Tok.
"Takpelah. Ada orang sampai dah beranak pun tak nampak perut dia besar." Pujuk Tok.
"Hemm... Ntah-ntah baby ni tak membesar kot?" Adu saya lagi. Risau sebenarnya.
"Eloklah kalau baby tak besar, senang nak bersalin."
Saya tahu Tok yang dah berpengalaman melahirkan 7 orang anak cuba untuk menghilangkan kerisauan saya. Tapi saya memang risau. Tambahan pula, kalau ikutkan dari pembacaan saya, sekitar usia kandungan 18 minggu, kebiasaannya ibu dah dapat merasakan pergerakan bayi. Dalam kes saya, sikit pun saya tak rasa bayi saya flutters like butterfly.
Berat badan saya pun masih sama seperti awal-awal mengandung. Baju-baju semua masih muat dipakai. Seluar pun masih muat kecuali di bahagian pinggang. Kali terakhir timbang berat badan ialah semasa usia kandungan 16 minggu. Itupun atas permintaan saya sendiri. Kalau ikutkan bidan, katanya tak perlu.
Jadi saya memang sangat menunggu scan pada minggu ke-20 ini. Satunya saya nak tau keadaan bayi, dan keduanya nak tau jantina bayi. Hehehe...
Pada tarikh 5 April tu juga saya ada presentation untuk Postgraduate Conference di universiti. Presentation saya pada hari itu ialah sebahagian dari penilaian progress PhD tahun 3 saya. Mungkin disebabkan teruja sangat nak scan bayi kami, saya betul-betul bersemangat menyiap-sediakan presentation saya. Sampaikan malam sebelum hari kejadian, serak suara saya jadinya tak henti-henti berlatih untuk presentation. Saya orang yang ketiga present pada sesi pertama.(Feedback dari supervisor saya sehari selepas presentation: You did great!) Dalam jam 10 pagi., habis je saya present, saya terus keluar dan berjalan kaki ke hospital. Mujur hospital betul-betul seberang jalan dari bangunan Chemical Engineering. Saya telefon suami untuk maklumkan bahawa saya dalam perjalanan ke hospital. Janji kami sebelum keluar rumah pagi itu untuk berjumpa di hospital.
Alhamdulillah, bila di scan nampak jelas bayi saya sedang bergerak, tangan dan kakinya yang bergerak-gerak. Terketawa saya dan suami melihatnya. Syukur Alhamdulillah dia sihat. Gender wise, saya dan suami tak kisah lelaki atau perempuan. Yang penting dia sihat. Cuma bila dah tahu jantina, mudah nak shopping barang-barang untuknya dan dah boleh mula panggil namanya.
11 comments:
Bestnye la bc cite mdm ni. hihihi.
mdm...sy jd sgt excited bile bce entry mdm kali ni. seronoknye!!!!
Happy.. :)
yeay..yeay..
My anak buah is coming..
mdm balik deliver kt mesia ke x?
bile nk balik...?
rindu. T__T
Diba:
Insya-Allah nanti tiba saat Diba pulak. hehe :)
Anon:
Kita sama2 excited :) wajib excited selepas mengharung 3-4 bulan tak bertenaga.
Ira:
Thank you. Nanti insya-Allah giliran Ira pula :) Saya insya-Allah bersalin kat sini. Leceh nak balik Malaysia. Insya-Allah saya tempek gambar baby nanti :)
Ok mdm..take care tau..
Agak2 bape thn lg kat sana?
madam....saya dah nak jadi uncle ke nih...wah, sgt teruja*over excited kan*
bestnya anak madam merasa dok oberse kejap...
=))
nanti kita berMAC ok baby while ibu g school. haha (^.^)
xoxo-fixa:
Abang Amran & saya nak tuntut janji awak pada kami. Jeng! Jeng! Jeng!
*hint: berkenaan dgn baby & majlis persandingan awak. hehehe
ainulazrin:
Silalah bercuti panjang ye Angah Yen kalau ada hajat nak bemake-over dgn baby.
ya allah dilla. syok dengar cerita excited ko! aku lak yang excited lebih nih hahahah!
yes, babies are miracle beings. the best!
take care ek? bila la aku buleh pi sana tengok ko.
eh, bila due ?
knv:
aku memang over excited kot. Hahaha... ko pun tau kan. Insya-Allah due 23 Ogos, +- lagi seminggu nak raya. Puaslah aku nak mengganti pose ni ko.. :(
laik baekk kalo on 13th ogos. besday aku tuuuu! hihihihi! :P
Post a Comment