Saya bercadang nak menjahit barut bayi cuti hujung minggu ni. Cadangannyalah, menjadi kenyataan atau tidak tu tak pasti ye. Puas dah saya menggugel, jumpalah satu dua blog yang sudi berkongsi cara nak menjahit barut bayi, ini dan ini. Saya berangan nak guna zap on untuk barut, tak nak guna tali. Tak reti nak mengagak berapa panjang perlu diletakkan zap on tu. Blog-blog lain tu banyaknya nak menjual barut bayi yang mereka jual. Heemmm... Kelmarin semasa menalipon Tok saya cuma bertanya berapa helai barut yang perlu dijahit. Ukuran pula kata Tok "Buatlah besar sikit". Errr... besar sikit tu besar mana agaknya. Kecewa!
Kalau korang yang membaca ni ada pattern atau jumpa mana-mana blog yang ada berkongsi tutotial menjahit barut bayi, minta kongsi dengan saya ye. Terima kasih :)
*Gigih nak menjahit sebab bosan yang teramat dengan writing up yang tak siap-siap. Waaaaa...
7 comments:
http://akubilerrajin.blogspot.com/2010/05/tutorial-barut-bayi.html
nak kene cubit ni, apsal tak ckp barut takde lagi..ani totally takde idea apa nak bwk utk ibu dilla,kalau tau, ummi dah bwkkan dr msia ni..
dilla, buat yg ade tali la, leh agak2 nak ikat ikut size dia..ikut pengalaman ani, buat la 2 saiz, satu besar, satu kecik, sbb kalau anak size kecik sian dia bila barut besar (Iman and Nidhal-baby baru ana, kecik, so kalau pakai barut besar ternaik terturun, sian, kalau barut tak stay on the place, kadang2 baby senang nak masuk angin)..tp kalau dah tau baby size apa, ok je..dua budak kecik yg ani ckp kat atas tu less than 3kg beratnya:) take care, and all the best! nnti baby pun mesti rajin menjahit mcm ibunya gak, leh la ummi join sekaki;-)
Ani, saya terlupa nak kirim dengan Ani. Lagipun rasanya senang je nak jahit. Saya tunggu kain yg saya order sampai, insya-Allah next weekend boleh cuba jahit. Rasa mcm nak buat warna-warni gitu. hehe..:))
salam..haii..hihi..tersinggah kt sini...sy pun tgh nk jahit barut baby sndiri..
tapi anis adala contoh barut lama(anak first punya) yg mak mertua bekalkan dulu.ingat nk ikut yg itu aje lah.
betul kata ani yg kt atas tu.yg bertali lagi better.sbb barut2 zipzap yg beli,semua asik nk terkeluar je..pestu kena buat besar skit dari yg kt pasaran.
thanks pada ani yg bg link tutorial tu juga ye :D Buat dilla,take care..selamat menjahit,selamat bersalin nnti..dah bape weeks dah ye?
salam kenal,
anis,sri lanka :P
salam perkenalan anis, selamt menjahit barut ye;-)
woiii! aku pos aje dari sini. nak tak? :D
knv: aku dah beli kain la pulak Ana. gbr lebah comel gitu. Nanti aku pikir apa barang lain nak kirim. Boleh? hehe :)
bring it on bebeh. emel jek aku wokey
Post a Comment