Google Translator

Saturday, April 23, 2011

Nak matikan tak boleh!

Kenal dengan lintah bulan tak? Atau dalam bahasa omputih SLUG!!! Ni dia haiwan/serangga yang memakai tanda nama SLUG.

Saya geram sangat sekarang ni. Geram sebab saya tak boleh membunuh kaum kerabat lintah bulan yang menceroboh masuk ke rumah saya. Eeeii... Sungguhlah tertekan. Dulu-dulu sebelum mengandung, kalau ada keluarga lintah bulan ni menceroboh masuk ke rumah, saya pasti bunuh. Senang je nak bunuh mereka ni. Taburkan garam ke atasnya. Tapi AWAS!!! Kalau mereka ni berada di dalam rumah, campak dulu ke luar rumah sebelum ditaburkan garam. Sebab, bila lintah bulan ni menari cha-cha dengan garam tu, mereka akan mengeluarkan cecair berlendir lantas kiok!

Sejak mengandung ni, saya terpaksa menahan diri dari membunuh kerabat lintah bulan yang menyibuk je dok masuk rumah saya. Awal-awal mengandung dulu, saya terlupa. Mujur saya tak bunuh, saya cuma campakkan mereka ke dalam toilet bowl & flush. Bila saya bagitahu suami, katanya kenapa tak buang ke luar rumah saja. Jawab saya, dah malam-malam buta, takkan saya nak buka pintu. Nak tunggu suami balik dari restoran, sempatlah lintah bulan tu buat roundabout dalam bilik air dan dapur saya. Eeiii.. Geram la!. Lagipun mungkin lintah bulan tu boleh berenang dalam kolam kumbahan, hujah saya lagi pada suami. Suami geleng kepala dengan hujah tak masuk akal saya. katanya, pernah tengok lintah bulan berenang? Emmm... Malas nak jawab.

7 comments:

Anonymous said...

madam, ada ke binatang tu...eeewww...hahha...teringin plak nak tgk dia menari cha cha tuh...lagi hebat dari saya ke...hahaha...

Ir A.Aziz said...

haha. umah sy pulak sering diserang lipas skrg. adeh. tak tau nak buat aper. tp kalo jumpa dlm bilik air, sy pon siram kat lipas tuh sampai masuk lubang air mengalir kat lantai tuh.. :p

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

comep pulak tgk slung nih..slug kat mesia wana itam.. mcm mana tuh kak dilla?

Dilla said...

Anon:
try la cari sekor slug & tabur garam atasnya. Pastu rakam aksi dia bercha-cha, kalau sanggup la... hehehe... eeiii... geli weh.

Aziz:
Awak dah cuba racun lipas? Ala, yg mcm racun semut tu? Racun tu awak letak kat tempat yg lipas selalu kunjungi. So nanti mana2 lipas yang melawat, dia bergelumang dengan racun tu. Pastu bila dia balik sarang dia, dia akan touch-n-go dengan geng2 dia. Patu suma pun akan mati. Cuba tengok kat Giant. Ada kot jual.

LIBL:
Nangis sangat bila LIBL kata comel! huhuhu... geli dik oitt... Kat sini macam2 warna ada, warna coklat, warna hitam. Eiiii.... nak muntah dah ni.

tasha said...

kak dilla..nie gambar slug yg merayau kat umah akak ke? mcm lawa la pulak..haha..

eima said...

kat rumah aku pun byk skrg mai mana tah

azlina said...

Saya pon penah tabur garam dkat slug..ayah yg sruh ..saya sempat tngok slug tu menari cha cha cha..hahhaha..tapi time kluar darah tu..erkk geli dowh..