Part 2
Fikiran Ima melayang jauh. Peristiwa lebih setahun yang lalu bermain-main di kotak fikirannya.
‘Bila kau nak bagitau dia?’tanya Wani, rakan sepejabat merangkap kawan baik dan juga penasihat peribadi Ima. Dia sudah puas menasihati Ima agar berterus terang pada Hafizi tentang perasaan Ima.
‘Aku belum bersedialah. Nantilah dulu. Lagipun aku takut la, malu pun ye jugak’.
Sememangnya sepanjang setahun perkenalan Ima dan Hafizi, Wanilah yang akan menjadi pendengar setia Ima. Tatkala Ima gembira, dia turut gembira. Bila Ima berduka, dia tidak lupa memberi semangat pada Ima.
Dia juga pernah melalui saat-saat seperti Ima, tidak betah berbuat apa-apa kerana tidak pasti adakah huluran cinta akan bersambut, adakah salam rindu akan bersahut,atau ia akan hanya dibiar hanyut. Sekarang dia boleh bersyukur dan tersenyum senang, doanya telah Allah makbulkan. Dia menunggu masa sahaja untuk diijabkabulkan dengan tunang tersayang.
Wani sebenarnya bimbang akan Ima. Terdetik difikirannya, kalau benar Hafizi menyukai Ima, kenapa sampai sekarang masih berkawan biasa. Tapi kalau sekadar berkawan biasa, kenapa setiap kali pulang dari outstation, pasti ada buah tangan untuk Ima. Dari gayanya, memang Hafizi mengambil berat tentang Ima. Tetapi rentak lelaki tidak mudah ditafsir, Wani akur hakikat itu. Oleh kerana itulah dia mahu Ima berterus terang dengan Hafizi, agar jelas letak duduk perkara sebenarnya.
Dia tidak mahu Ima menggantung harapan pada sesuatu yang tidak pasti kerana dia tahu ini adalah kali pertama Ima benar-benar jatuh suka
( cinta??? Wani tidak pasti) pada seorang lelaki setelah 25 tahun hidup di bumi Allah ini. Walaupun sebelum ini ramai yang menunjukkan minat, tidak seorang pun dilayan lebih dari seorang kawan oleh Ima. Wani sendiri tidak pasti apa istimewanya Hafizi di mata Ima, sehingga Ima boleh benar-benar suka padanya kerana dia sendiri belum pernah berjumpa dengan Hafizi.
*******
‘Assalamualaikum Ima, you apa khabar?’ soal Hafizi memulakan perbualan. Dia sebenarnya kurang pasti mengapa dia sering menghubungi gadis ini. Tapi yang dia pasti dia sering teringatkan Ima, terutama sekali bila berjauhan, bila dia ke luar daerah atas urusan kerja. Cintakah ini?
Ahh… tak mungkin. I’m not yet ready for any commitment, begitu kata hati Hafizi setiap kali kata perkataan cinta terdetik di benak fikirannya.
‘Wa alaikummussalam. Alhamdulillah I sihat. You?’ lembut suara gadis itu menyambut panggilannya.
‘I okey je. I tengah outstation kat Johor ni,’ terang Hafizi tanpa dipinta.
Mereka leka berbual tanpa menyedari waktu berlalu. Begitulah perjalanan perhubungan Ima dan Hafizi. Ada pangkalnya, tapi hujungnya entah di mana.
******
Terdiam Wani mendengar cerita Ima. Jelas dimatanya Ima sedang menahan sebak, tergenang-genang airmata di bibir matanya.
‘Bertepuk sebelah tangan aku rupanya Wani. Mungkin aku tak sepatutnya berterus terang. I’ve tried my best to be cautious, not to fall for anyone unless I’m really sure about their feelings toward me. Aku silap dalam menilai Hafizi. Atau aku ni yang perasan?’
‘Hemm…tak. Aku tak rasa engkau perasan. Normal la kalau kita perasan bila ada orang yang concern pasal kitakan. Logically, why do we care for someone? Because we love them right?’
‘Yes, that’s right. But I just don’t understand him, Wani. Aku tak kisah kalau dia tak dapat terima aku lebih dari seorang kawan. Yang aku geram dan sedih tu bila dia kata dia dah ada special girlfriend. Aku rasa macam dipermain-mainkan.’
‘Kalau dia dah ada special girlfriend, apa perlunya dia contact aku selalu, belikan aku macam-macam, sampai aku jadi perasan.Aku tak tau lelaki jenis apa la dia tu, dah ada girlfriend pun still nak kawan dengan perempuan lain,’sambung Ima lagi.
‘Orang gila la namanya kalau macam dia tu. Dah la tu Ima, banyak-banyak berdoa pada Allah. Obviously he’s not the right one for you. Kiranya Allah dah tunjuk pada kau yang dia bukan lelaki yang baikkan?’pujuk Wani.
Ima hanya mengangguk lesu sambil menyekang airmatanya.
***********
Lewat petang itu, sedang Ima berkemas untuk pulang ke rumah selepas waktu pejabat, handsetnya berbunyi minta dijawab. Diambilnya handset dari dalam beg tangan.
‘Assalamualaikum,..hello…’
‘Wa’alaikummussalam. Boleh bercakap dengan Ima?’ kedengaran suara lelaki di hujung talian.
‘Yup! Siapa ni?’ soal Ima.
‘Sori la kalau I mengganggu. You tengah busy ke?’ Tanya lelaki itu tanpa menjawab soalan Ima.
‘Encik, sama ada encik mengganggu ke tidak, itu bergantung pada siapa encik ni sebenarnya. So, siapa encik ni?’ tegas suara Ima mengulangi soalannya.
‘Ima… jangan la garang sangat. Takut I. Ni… Hafizi. Ingat lagi tak?’
Gulp…..Berderau darah Ima mendengar nama itu. Setelah hampir dua tahun tidak bersua muka, tidak berbalas bicara, memang suara itu janggal pada pendengarannya. Apatah lagi dia telah cuba seboleh-bolehnya mengikis perasaannya terhadap Hafizi. Dia mahu mengingati Hafizi tidak lebih sebagai insan yang pernah mengetuk pintu hatinya dan juga sekadar teman biasa.
‘Hemm….Insya-Allah I ingat. Ada apa hal you telefon ni?’
‘Saja. I dah lama benar tak dengar khabar berita dari you Ima. Tiba-tiba je you hilang. Mana you pegi?’
‘I ada. Cuma busy lately.’
‘Lately?! Setahun lebih you hilang Ima. Puas I cari you. Kalau tak terserempak dengan you kat McD hari tu, sampai bila-bilalah I tak jumpa you,’Hafizi menempelak alasan Ima.
‘Ye la lately. Last year memang I wasn’t around. I pegi UK for one year, further study. I baru je balik, about five months ago’,terang Ima pada Hafizi, walaupun dia sebenarnya berat hati untuk berbicara dengan Hafizi.
Apa perlunya kau cari aku Hafizi. Kau sepatutnya lebih senang bila aku tiada. Tiada lagi wanita yang mengharap padamu. Kau boleh bersenang-senag mengecap kebahagiaan bersama teman wanitamu. Apa lagi yang kau mahukan dari aku sekarang. Apakah kehadiranmu kali ini untuk memberi harapan palsu seperti dulu.
Ketika itu, aku umpama kanak-kanak yang dihulurkan gula-gula, bila aku mahu mengambilnya dari huluranmu, kau katakan gula-gula itu bukan milikku. Kejam sungguh kau Hafizi, bisik hati Ima.
Panggilan pertama dari Hafizi itu rupanya permulaan bagi panggilan-panggilan berikutnya. Kekerapan Hafizi menghubungi dirinya membingungkan Ima. Namun ajakan Hafizi untuk keluar bersama ditolaknya dengan baik. Ima bimbang hatinya tidak sekuat yang dia fikirkan. Hafizi adalah lelaki pertama yang hadir dalam hatinya. Tidak mustahil jika perasaan sayangnya masih bersisa.
No comments:
Post a Comment