Google Translator

Friday, July 13, 2007

Di Persimpangan Dilema (1)

Ni adalah cerpen yg pertama saya tulis. Kalau tak silap pada tahun 2002. Saya dah pernah hantar kat 2 forum. Mungkin dah ada yg pernah baca kot. Sekarang asik berkira-kira nak tulis cerpen baru. Tulis sket.. berenti.. tulis sket berenti.. mana nak siap. huhuuhu...


***DI PERSIMPANGAN DI LEMA***
Part 1


Ima leka melihat gubahan hantaran dan bunga-bunga telur yang dipamerkan di kedai gubahan pengantin itu. ‘Cantiknya. Bila la pulak aku nak merasa gubah hantaran untuk diri sendiri’, desis hatinya.

‘Ima, kalau riben color hijau ni ok ke?’ muncul Ana, teman serumahnya sambil menunjukkan segelung riben.

‘Emm.. ok la. Tapi kalau light sikit color dia lagi ok,’ balas Imah.

Ana akan berkahwin dalam tempoh kurang lebih satu bulan lagi. Mulanya dia pening juga memikirkan bagaimana untuk meyediakan gubahan hantaran, bunga telur dan hadiah untuk para tetamu. Tetapi mujur ada Ima yang sedia menolongnya. Ima memang ada bakat dalam bab gubah-menggubah. Dari dulu lagi kalau ada teman rapat yang ingin melangsungkan perkahwinan, mereka pasti meminta pertolongan Ima.

‘Rasanya dah tak ada apa lagi yang aku nak beli. Jom, aku belanja makan,’ kata Ana.

Lantas mereka berdua meninggalkan kedai gubahan pengantin tersebut dan menuju ke McDonald yang terletak di seberang jalan.

Sedang Ima duduk dimeja menanti Ana mengambil makanan dan minuman,

‘Hai, menung jauh nampak…..sorang je?’ tegur seseorang pada Ima.

‘Eh! Shahrul…….. Em…saya datang dengan housemate. Awak? Sorang je? Ke dengan awek?’ bertalu-talu soal Ima pada Shahrul sambil tersenyum. Shahrul, jurutera yg terlibat dalam projek usahama antara syarikat tempat dia bekerja dengan syarikat di mana Ima bekerja, juga sebagai jurutera.

‘Saya pun dengan housemate jugak. Sesaja jalan hujung minggu. Kitaorang dah nak balik dah pun,’ balas Shahrul sambil melambai-lambaikan tangannya ke arah seseorang yang datang dari arah belakang Ima.

‘Ima, kenalkan….ni housemate saya, Aiman. Aiman,…. ni Nur Fatima. Engineer yang involve satu projek dengan aku.’

‘Waalaikummussalam…’,ujar Ima menjawab salam Aiman sambil menoleh ke arah Aiman.

Aiman Hafizi!!! …..Ya Allah!…mengapa kami dipertemukan kembali, desis hati Ima.


Ima jadi tidak keruan. Dia terpaku apabila terpandang wajah Aiman. Kenangan setahun lebih lalu mengimbas kembali. Dia cuba berlagak biasa walaupun hatinya berdegup laju. Dia tidak terkejut mendengar nama Aiman dari Shahrul tadi kerana dia memanggil lelaki itu bukan dengan nama Aiman, sebaliknya Hafizi.

Mujur bagi Ima, Shahrul tidak menyedari perubahan wajahnya dan mujur juga kedua-dua lelaki tersebut segera berlalu setelah berbual ala kadar.

Hemm.. kenapalah terjumpa, aku dah tak nak ingat lagi. Tabahlah kau wahai hati.

‘Oiiitt!!..makcik. Aku taula kau lapar, tapi takkan sampai bercakap sorang-sorang kot!’ sergah Ana.

‘Mana ada cakap sorang-sorang, aku tengah menyanyi la. Cepatla, lapar gila ni,’ tingkah Ima sambil tangannya laju mencapai makanan dari dalam tray.

*******

Ima dan Ana duduk bersila di depan tv sambil memotong riben dan kain net untuk dijadikan bunga telur. Sesekali terdengar gelak tawa mereka memberi komen tentang rancangan tv yang sedang ditonton.

Hanim, seorang lagi teman serumah mereka, datang dari dapur menatang sepiring buah-buahan. Dia terus duduk bersila disisi Ana. Sedang mereka leka membuat tugas masing-masing, tiba-tiba Hanim bersuara.

‘Ima, kau dengan Fuad apa cerita? Anything that we should know about?’

Ima sekadar tersengih.

‘Oii..sakitla’, Ima jegilkan biji mata ke arah Hanim. Sakit lengannya dicubit si Hanim.

‘Hah! Padan muka, aku tanya tak nak jawab, tersengih-sengih. Cakapla, dia ada bagi hints tak yang dia nak serius dengan kau? Sebabnya…ada orang nak kenal dengan kau. So kalau kau tak serius dengan Fuad, bolehla aku kenalkan kau dengan abang sepupu aku.’

‘Aku dengan Fuad? Biasa je. So far, kitaorang tak adalah bincang pasal kahwin, just dia ada cakap dia nak kenal family aku. And hujung bulan ni dia minta aku datang kenduri kahwin sepupu dia, nak kenalkan aku dengan family dia. Itu ajela’, terang Ima.

‘Emm..kalau nak kenalkan dengan family, tu dah kira serius la,’ celah Ana.

‘Entahla..aku tak nak berharap sangat, kalau ada jodoh, Alhamdulillah. Tak ada, takpelah,’ mendatar saja kata-kata Ima.

Tiba-tiba dia terbayang wajah Aiman Hafizi yang ditemui siang tadi. Dah bertunang ke dia? Ataupun sudah berkahwin? Kalau sudah berkahwin, takkan tinggal dengan housemate. Tapi zaman sekarang anything is possible. Ishh…. buat apa sesak-sesak fikir pasal dia. Perkara dah lepas, biarlah…….

No comments: