Google Translator

Monday, July 23, 2007

Cream Puff yang enak :)

Hari Sabtu ( July 21) saya try buat cream puff. Dah lama cari resepi, akhirnya jumpa kat forum cari.com.my. Tapi resepi cream puff ni saya dah ubah sket untuk sesuaikan dgn barang2 yg saya ada (& tak ada) kat dapur. Alhamdulillah, berjaya jugak walaupun first time cuba :)

Bahan:
100ml air
45g butter-suhu bilik, potong kecik2
60g tepung gandum- diayak
2 biji telur

Cara:
1-Pukul telur sampai kuning dan putih bercampur dalam mangkuk (tak perlu guna mixer, guna garfu pun dah ok).

2-Ayak tepung.

3-Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.

4-Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.

5-Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga adunan jadi sebati (dalam 3 minit). Kemudian padamkan api. Biarkan sejuk.

6-Masukkan telur sikit demi sikit & putar hingga sebati. (pun tak perlu guna mixer-guna senduk pun ok)

7-Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya.

8- Ada 3 cara untuk buat puff:-
a) Paling mudah( dan untuk yg tiada piping beg) - guna 2sudu makan. Kaut/cedok adunan dengan satu sudu, dan gunakan satu sudu lagi untuk menolak adunan ke atas dulang.

b) Masukkan adunan ke dalam piping bag. Picit adunan ke atas dulang. Anggaran diameternya ialah 4- 5cm.

c) Masukkan adunan dalam plastik beg. Potong satu bucu dengan gunting-lebih kurang 1/4 inci bukaannya. Picit adunan ke atas dulang.

9- Spray(renjis) permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit.

Inti
Bahan:
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung kastad
4 sudu besar gula
200cc(1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega

Cara
1- Masukkan bahan dari no1 - 3 ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.
2- Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
3- Masak atas api sederhana, dan masukkan mentega. Kacau hingga sederhana pekat.

2 comments:

Any IDEAS......?? said...

Wow....

best nyer cream puff.. boleh la cube ni

sarem said...

dla..
tak sempat lg aku nak buat cream puff yg enak bangat tuh!. btw lamanye ko tak update blog ko nih...
tukar template je kot ek?