Minggu kedua bulan Julai hari tu, dapat email dari supervisor, nak buat meeting katanya. Hah! Saya dah rasa tak senang hati. Sebabnya memang saya dah lama tak jumpa supervisor saya, adalah dalam 2 minggu kot. Nak kata saya menyembunyikan diri tu tak jugak, cumanya saya sangat tertekan sebab nak tulis laporan 9 bulan ni. Saya dah ada sketch camana nak tulis, tapi bila nak start tu macam tak reti. Pastu saya jadi murung. Murung sendirianlah, tak tunjuk pada suami.
Pastu pergilah jumpa supervisor hari Rabu, 8 Julai. Memang betul pun sangkaan saya. Diorg kata dah lama tak jumpa saya. Rasa nak nangis pun ada. Bukan sebab supervisor marah tapi sebab diorg ala-ala caring gitu. Hahaha.. Lepas bincang-bincang, dapatlah idea macam mana nak tulis. Saya betulkan semula sketch yang saya dah buat tu. Actually I totally scrap it. Ganti baru. Pastu mulalah menulis.
Ya Allah! Susahnya nak start ayat yang pertama tu. Saya tengok research proposal saya, saya tengok presentation yang saya dah buat beberapa bulan lepas, semata-mata nak cari idea camana nak start tulis ni. Alhamdulillah dapatlah jugak tulis beberapa helai. Tak sampai 5 helai pun. Sedihnya.
Semalam, saya e-mail supervisor, minta nak jumpa. Saya memang dah tersangat kecewa dengan diri sendiri. Tak tau nak proceed camana. Kalau nak hentam keromo saja bolehlah, tapi saya tak suka. Kata supervisor saya, "Your problem is you are a perfectionist. Please don't. This is a learning process, you have to accept criticism." OKlah, saya akan cuba untuk tak jadi perfectionist.
Tadi jumpa supervisor, tunjuk apa yang saya dah ada. Kata mereka, semalam mereka dah bincang setakat mana details yang saya perlu tulis. Lepas dah bincang-bincang, rasa lega sangat. Bijak betul supervisor saya ni memberi motivasi. Katanya,"I know you are facing a writer's block now. I can see it in your face." Hahahaa.... Memang pun. Pegang jurnal tu tak kena, buka section ni tak kena. Eeeii... sungguhlah rimas!!!
Kata supervisor saya yang seorang lagi, "It's OK tu take half day off rather than staring at your computer doing nothing. You might get idea in themiddle of the night and end up writing pages." Betul, saya tau semua tu cuma saya tak praktikkan.
Dan kata-kata akhir kedua-dua mereka yang saya tak lupa, "Writing is the hardest part. We know you have a lot of information in you. You just need to put it in writing. It's OK to take a lot of time. But once you've done this, you'll be more confident to proceed with your research."
OKlah. Saya akan cuba. Saya dah pun minta kebenaran diorang untuk buat kerja dari rumah. Saya lebih selesa menulis di rumah. Padahal sebenarnya, dua minggu lepas pun memang dok rumah saja. Work at home.
Sampai suami saya naik pelik dan bertanya "Tak gi school ke sayang?"
Walaupun saya duduk sendirian menghadap laptop dalam bilik-memerah otak menulis reportlah tu, dia risau agaknya kalau-kalau supervisor saya marah saya tak pergi ke univerisiti.
"Selagi tak siap report ni memang nak duduk rumah."
Ya Allah, tiada sesuatu pekerjaan yang mudah kecuali sesuatu yang Engkau jadikan mudah, mudahkanlah urusanku.
4 comments:
madam jangan asa k...kami disini mendoakan madam selalu...moga dipermudah kan...amin...
gambate mdm!!!
*sambil buat gaya*
alamak typo la
*putus asa
(malu nya...nyorok jap la)
fiza:
makasih sangat2. tak yah nyorok. nampak jugak kamu kat FB. hehehehe...Amacam kerja? best?
eee...bestnya supervisor dila..very concern...hubby pon same..takpe..buat slow2 mesti bleh punye...Insyaallah.. :)
Post a Comment