Google Translator

Tuesday, October 7, 2008

Menanti Salmon Tiba II

Ada sikit lagi sambungan pesanan ringkas saya dengan Ash.

A: Ala kak, kalau dah terpilih ikan sardin, tak sempat pun nak jumpa ikan salmon.

Saya tak sempat nak balas mesej Ash sebab perjalanan kami dah tiba ke kawasan yang takde liputan rangkaian ( network coverage ler..). Sampai di Raub, terus berbunyi telefon bimbi saya. Pesanan ringkas dari Ash lagi.

A: Kak, tak sabarnya saya nak tunggu jumpa salmon ni. Huhuhu..

Adoi la adik saya yg seorang ini. Perkara jodoh ni bukan perkara kecil. Mencari jodoh ni bukanlah semudah membeli kasut di SOGO, atau pun memilih tudung di JALAN TAR, atau juga seperti membeli apam balik di pasar malam. Eh! Beli apam balik pun kita kena berhati-hati tau. Tersilap pilih maunya keracunan makanan 10 hari 10 malam. Kalau golongan artis & orang-orang tertentu tu ialah kan, berkahwin untuk GLAMOR dapat mengadakan majlis sebesar-besar alam gitu.

Pada saya yang berkahwin agak lewat ini, iaitu dalam usia saya hampir mencecah 31 tahun, mencari jodoh (baca: mencari jodoh yang sesuai) ini adalah satu proses yang bukan sekadar memenatkan tapi sangat-sangat mencabar kestabilan emosi. Namun penghujungnya insya-ALLAh proses itu banyak membantu mematangkan cara berfikir dan bertindak kita.

Mencari jodoh yang sesuai bukanlah mudah. Kalau kita ini jenis yang boleh terima siapa saja yang datang bertandang di dalam hati dan hidup kita, YA, mungkin mencari jodoh itu MUDAH. Tapi berapa ramai antara kita yang boleh menerima sesiapa saja? Jujurnya, saya bukan orang yang sebegitu.

Bila kita mengenali seseorang, tentunya banyak faktor yang kita fikirkan untuk menentukan sama ada adakah dia adalah pasangan yang terbaik untuk kita. Perlu kita ingat, terbaik untuk kita tidak semestinya terbaik untuk orang lain. Contohlahkan, pada CT Nurhaliza yang terbaik untuk dirinya ialah Datuk K. Tapi pada saya tentunya bukan Datuk K yang terbaik. Mestilah tu ada yang akan kata, mestilah Datuk K pun tak pandang engkau pun. huhuhu.. Itu contoh saja.

Sebelum kita menemui pasangan yang terbaik untuk kita, selalunya kita akan ditemukan dengan beberapa orang yang 'TIDAK SESUAI' terlebih dahulu.Sebab apa?
Satu - mungkin itu adalah sebahagian ujian ALLAH untuk ita hamba-NYA.
Dua - mungkin supaya kita lebih menghargai pasangan kita
Tiga - mungkin untuk mematangkan kita dan lantas kematangan itu mampu memberi
kelangsungan untuk kita membantu orang lain.

*Sesiapa yang cinta pertamanya ialah pasangan yang sesuai tu kira kes terpencil OK.

Saya sendiri pun sebelum bertemu dengan suami, telah penat diperkenalkan dan berkenalan dengan calon-calon pilihan kawan-kawan. Penat sampaikan pada satu tahap saya sudah bosan dan muak lantas saya nekad untuk memberhentikan semua aktiviti berkenalan dan saya benar-benar redha sekiranya sudah tertulis takdir saya akan tidak berkahwin sehingga ajal menjemput. Dan ketika itu saya telah pun menyimpan angan-angan untuk bertemu lelaki yang baik di syurga ALLAH. Dan saya juga telah menyimpan niat untuk mengambil anak angkat. Dah terbayang keseronokan saya membawa anak angkat saya keluar membeli belah, balik ke kampung untuk beraya. Wah! Bukan main angan-angan saya ketika itu. Tapi tidak sempat setahun saya 'meredhai' takdir itu, ALLAH Maha Besar telah menemukan saya dengan suami. Kurang 2 bulan dari setahun kami selamat diijabkabulkan.

Hati saya sentiasa berbisik syukur yang teramat sangat ke hadrat Ilahi kerana suami adalah jodoh saya dan tidak orang lain. Terutamanya di bulan pertama perkahwinan kami bila saya jatuh sakit dan terpaksa berulang-alik ke hospital setiap minggu untuk lebih 8 bulan.

Teringat saya ketika bila suami cuba menyembunyikan sebak sewaktu menghantar saya ke hospital untuk menjalani pembedahan. Sedangkan saya boleh ketawa dan menyanyi mengikut rentak lagu apa entah waktu itu.

Teringat saya ketika dia begitu sabar dan sanggup menemani saya mendapatkan 2nd dan 3rd opinion dari doktor lain ketika seorang doktor yang kejam itu memberitahu saya bahawa jalan terbaik untuk saya kekal sihat ialah dengan membuang rahim saya.

Teringat juga saya jawapannya menjawab persoalan saya:
+:Abang tak menyesal ke kahwin dengan saya? Dapat isteri yang sakit?
-:Untuk apa menyesal. Kalau kahwin dengan orang lain pun belum tentu keadaan
sentiasa sihat dan tenang tanpa masalah.

Ketika- ketika itu hati saya sentiasa berkata-kata Ya ALLAH, aku bersyukur dia yang Kau jodohkan untuk aku, bukannya orang-orang lain.

Jadi kesimpulannya, dalam kita mencari salmon, banyak sardin-sardin yang akan berkunjung ke daerah kita. Jangan hiraukan sardin-sardin picisan itu. Tunggulah salmonmu...

*untuk adik saya yang menunggu Dolphin tu, oklah. Dolphin pon dikira sekelas dengan Salmon ;P

2 comments:

Jannah Ibrahim said...

Hohoho...
Dilla.. aku baru jek makan ikan salmon utk sahur ni..wah... aku dah jumpa ikan salmon..aku jumpa kt Mount Cook. siap ada iklan kt brochure tourism..
Kt asrama dulu jumpa ikan jaket jek.. masuk uni jumpa ikan tenggiri...dtg sini jumpa ikan salmon yumm yumm

Dilla said...

hehehe..
syok le ko che'. dah jumpa 'salmon'. yummy lagik..
ikan jaket pon sodap. makcik kat asrama tu je yg masak ntah hapa-hape... arrrggghh.. ada ke ikna jaket masak asam pedas.