Google Translator
Saturday, October 11, 2008
Ada nak bagi apa-apa tak?
Belakang: Saya& Amran
Depan: Farisya, Aiman & Raihana(Baby)
Ahad lepas, makcik saya datang beraya ke rumah. Diaorang on the way balik dari Johor ke Raub.
Si kecik baju purple tu, kita orang panggil baby.
Waktu saya sibuk menyiapkan hidangan kat dapur, tiba-tiba dia datang menghampiri.
B: Along ada apa-apa ke nak bagi baby?
S: Hah?! (saya kurang paham maksud pertanyaan dia sebenarnya)
B: Along la.. Along ada apa-apa ke nak bagi baby?
S: Bagi? Along ada janji nak bagi apa-apa ke kat Baby?
B: Geleng
S: Baby nak apa sebenarnya?
Dia berlari ke bilik tetamu. Datang kembali ke dapur membawa satu kit kecil berisi pengetip kuku, cermin& pengorek telinga yang boleh bertukar warna. Lupa nak snap gambar.
B: Ini sapa punya?
S: Oooo.. Baby nak ke benda ni? (Rupa-rupanya dok senyap dalam bilik tu dia menggeledah..hemm..macam-macamlah budak-budak ni).
B: Baby naaaakkk..
S: Tak bolehlah Baby. Ini Abang Amran punya. (Sebenarnya saya memang tak nak pun kit tu. Tapi sebab kit tu ada satu je. Nanti mesti jadi barang rebutan dengan Abangnya si Aiman tu.)
Lepas tu, tak habis-habis si Baby ni merengek mahukan kit tu. Cari punya cari akhirnya saya jumpa jugak satu kit lain untuk diberikan pada Aiman. Kit yang ada spanar-spanar kecik berserta pita ukur.
Mula-mula gembiralah si Aiman tu dapat kit tu. Tapi sebelum balik tu, sempat lagi dia kata "Aiman nak yang itu, sambil menunjukkan kit yang ada pada tangan adiknya. Aduhai Aiman.. takkan dah Darjah 3 masih belum grow up. Masih nak dengkikan adik tu.
Teringat saya ketika kedatangan mereka sebelum ini. Saya berikan kakaknya si Farisya tu pengering rambut. Boleh merajuk panjang sampai ke hari ini si Aiman dengan saya sebab dia pun mahukan satu set pengering rambut.
Kalau ikutkan , eeiii.. mahu cubit-cubit saja Aiman ni. Tapi kadang-kadang tu kesian jugak. Yelah, dia seorang je lelaki. Tentunya dia tak boleh nak geng melaram dengan mak dia. Mestilah dia cemburu, dari mak sampai ke 2 kakak dan adiknya itu boleh melaram dengan beg tangan dan baju bertabur manik. Cerita maknya, Aiman minta beg tangan bulu-bulu dari abahnya. Kata adik saya, Aiman ni aku pukul kalau jadik mat lembut nanti.
Pada hemat saya, Aiman ni bukanlah lembut pun. Tapi saja je cemburukan kakak-kakak dan adiknya tu. Aiman..Aiman.. cepat sikit grow up ye. Tak larat Along nak layan cemburu& rajuk Aiman tu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment