Petang puasa terakhir, sedang saya dan suami dalam perjalanan pulang ke kampung, saya teringat untuk menghantar pesanan ringkas buat seorang 'adik' saya (ex-student sebetulnya). Niat sebenar menghantar pesanan tu bukanlah nak mengucap selamat hari raya sangat pun, tapi nak mengusik dia yang menafikan dirinya sedang angau.
S(Saya): Ash, dah sampai kampung ke? Selamat Hari Raya dari saya & Abang Amran.
A(Ash): Baru je sampai kak. Penatlah naik bas tadi. Akak & Abang Am raya kat mana?
S: Aik!! Naik bas ke? Ehem tak hantar? Kita orang raya kat Raub. Maybe raya ke-2 baru balik kelantan.
A: Ceh! Ehem hari Jumaat dah balik kampung. Akak, sekarang saya dah rasa biasa je bila dia tak mesej saya. Dulu kalau dia tak mesej saya rasa tak senang duduk. Saya rasa macam saya dah start suka kat dia la..
S: Eh!!(buat-buat terkejut) dulu kata takde apa-apa? Hehehe.. Korang tak pegi beli baju raya sedondon ke?
A: Ala akak ni. Mana ada.. tak sempat nak shopping pun. Akak, hubungan kita orang hubungan terhalang la.
S: Apa Ash ni? Kejap kata takde apa-apa, kejap hubungan terhalang. Pening la..
A: Memanglah takde apa-apa lagi. Kalau ada apa-apa,itu yang jadi hubungan terhalang. Akak ni, susahnya nak paham.
S: Sabarlah Ash. Mula-mula ni memang Allah temukan kita dengan ikan sardin sebelum kita jumpa ikan salmon. Hehehe..
Oppss.. kena stop.. nanti saya sambung k.
No comments:
Post a Comment